End | MinHyo

2K 238 59
                                    

MINHYO.



🌟🌟🌟


; Jimin's pov.

Kaki aku bergerak perlahan keluar dari perut kapal terbang yang aku naiki tadi, sekarang aku berada di Korea! Dah seminggu aku meninggalkan Korea, sekarang aku mahu berjumpa dengan BTS.

Sedang-sedang aku berjalan, ada satu tangan memeluk bahu aku dari arah tepi, aku tak terkejut sebab aku kenal bau minyak wangi lelaki ni, kalau bukan Kim Taehyung BTS.

"Heol~ Jimin! Best Italy? Wah untunglah kau dapat pergi", kata Taehyung.

Aku tidak berkata apa malah hanya tersenyum nipis, kemudian ada satu lagi bayangan datang menghampiri aku, Jungkook orang nya diikuti Jhope hyung, Suga hyung, RM hyung, dan Jin hyung.

"Hyung! Mana hadiah?", claimed Jungkook.

"Aigoo kau tahu nak hadiah je", kata Jin.

"Entah kau Kook, tak malu eh? Sedar tak harini harijadi Jimin? Sepatutnya kita yang bagi dia hadiah", ceramah Yoongi selamba.

Manakala Hoseok mula berusaha mengeluarkan satu buah bungkusan sederhana besar dari beg galas hitamnya "TADAA♡"

kata Hoseok teruja sambil mengeluarkan bungkusan itu betul-betul dihadapan wajah aku.

"Apa ni?"

"Ni hadiah kiteorang berenam untuk kau, HAPPY BIRTHDAY PARK JIMIN merangkap OUR TINY CHIMCHIM!", jerit Taehyung teruja memeluk aku erat diikuti ahli BTS yang lain.

Aku turut tersenyum apabila mendapat abang-abang dan adik-adik yang sangat menyayangi aku seperti keluarga sebenar mereka.

; end pov.

mereka mula melakukan aktiviti menyakat Jimin. Sementara itu, Namjoon mendapat whatapps dari adik perempuannya Jennie.

"Hey hey guys", panggil Namjoon sambil matanya masih melihat skrin telefonnya dan semua ahli BTS melihat leader nya bagi meneruskan percakapannya.

"Omma aku dah masak makanan sedap-sedap dekat rumah untuk sambut harijadi Jimin, kajja? Kita gerak?"

"Wuuuuuu♡! Makan!", jerit Jin teruja seraya berlari menuju ke van BTS.

"Hyung! Tunggu!", Hoseok mengejar.

"MAKAN!", kata Jungkook mengikut jejak Hoseok.

"Yeah♡", kata Jimin mengikut Jungkook.

"Hahaha, woi tunggu!", senyum Namjoon.

"Tak swag, HOI ORANG TENGOK LAH! MALU LAH SIKIT!"

semua teruja mengejar Jin dihadapan yang telah pun sampai dipintu van BTS tetapi seorang sahaja yang berdiri tegak memerhati dengan muka yang mendata.

Kim Taehyung orangnya, dia memerhati sahaja gelagat Jimin dari tadi seperti dia sedang memikirkan sesuatu tentang Jimin, tetapi apa?

[C] Dreamcatcher | JiminWhere stories live. Discover now