nine

1.8K 226 63
                                    

BTS

🌟🌟🌟

Air kopi panas dihirup di balcony sambil melihat pemandangan pagi Italy. Cerah, sesuai untuk bersenam tetapi fikirannya terganggu oleh sesuatu

"He betrays on you...", tiba-tiba suara Taemin terngiyang dimindanya.

"Macam tak percaya, kau dah tikam belakang aku sedangkan kau lah satu-satunya orang yang aku percaya"

Dihirup lagi air kopi panas itu, dia terasa ingin bersiar diluar memandangkan pagi ini nampak sesuai untuk bersenam.

Sebelum itu, dia harus mengajak Jihyo pergi sekali dengannya takut perkara buruk berlaku lagi. Rumah bersepah ke, rumah terbakar ke atau rumah hilang ke. Tak ke naya?

"Mana Jihyo ni? Jihyo?", Jimin bangun dari dudukknya dan mula melangkah mencari Jihyo.

Didapur? Tiada. Dibilik tidur Jihyo? Tiada. Dibiliknya? Tiada.

"Dah hilang ke? Bagus jugak. Hilang sikit beban aku", ngeluh Jimin.

"Park Jimin!", jerit Jihyo dari belakang betul-betul ditelinga Jimin.

"Yah!", terkejut anak Park, terus dia menutup telinganya kerana sakit.

Jihyo tersengih kemudian disengetkan sedikit kepalanya manakala kakinya dijengket-jengket kecil.

"Jangan! Buat! Macam! Tu! Lagi!"

"Saranghae!"

"Ha? Saranghae? Kau tahu pulak saranghae tu apa?", soal Jimin.

Dia tersenyum manis kemudian dia mengelengkan kepalanya laju sambil tersenyum.

"Kalau tak tahu kenapa cakap?"

"Molla, itu apa yang selalu kota-"

"Kau sebut lagi perkataan 'kotak' aku kiss kau!"

"Kiss macam Park Jimin buat dengan yeojachin Park Jimin dalam gambar tu ke?", tanya Jihyo lebih kepada mengumam.

"Oi kau gumam apa?"

Chup!

"Macam ni ke? Hehehe", tanya Jihyo selambam

Jimin mengelap kasar pipinya yang dicium oleh Jihyo. Jimin tolak dahi Jihyo sedikit kasar kemudian pergi ke dapur.

Jihyo mengikutinya dari belakang sambil terlompat-lompat kecil lalu dipeluk Jimin dari belakang. Jimin sekali lagi mengeluh.

"Dia ni sengaja menguji keimanan aku lah", ketika itu Jimin terhidu bau yang agak tidak menyenangkan dari arah Jihyo.

Di pusing badannya menghadap Jihyo, kemudian dia menundukkan sedikit kepalanya sehingga hidungnya sedikit rapat dileher Jihyo.

Jihyo tersenyum bahagia entah kenapa kelakuan Jimin ini membuatkan jantungnya berdegup laju.

Dia sukakannya.

[C] Dreamcatcher | JiminWhere stories live. Discover now