Bab 1: Bayi

9.8K 425 10
                                    

Hujan lebat yang baru sahaja membasahi bumi langsung tidak menganggu penduduk bumi yang sedang tidur diulit mimpi. Muncul sebuah portal purba di depan sebuah rumah. Dari portal tersebut kelihatan sepasang suami isteri yang memegang bayi perempuan yang sedang tidur tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya. Dari riak wajah si isteri jelas terpancar kesedihan apabila melihat anaknya yang sedang tidur manakala si suami dalam keadaan risau sambil melihat keadaan sekeliling.

"Kekanda pasti ingin meninggalkan anak kita di sini? Adinda tidak sanggup.... apabila melihat wajah anak kita ini. Adinda tidak pasti bahawa anak kita dapat menjalani kehidupan di sini. Bagaimana kalau kita membawa balik anak kita di sana dan kita sama-sama menjaga dan mempertahankan anak kita" kata si isteri.

"Adinda....kekanda pun tidak sanggup tetapi kita mempunyai ramai musuh yang ingin membunuh kita dan anak kita. Kekanda cuma mahu keselamatan anak kita terjaga. Adinda....janganlah khuatir akan keadaannya. Kekanda pasti anak kita akan terus hidup kerana dia sudah ada Red dan Blue yang pasti akan melindungi anak kita. Anak kita mempunyai takdir yang perlu dilaksanakan olehnya. Namun, masanya bukan sekarang tetapi suatu hari nanti. Dan kekanda pasti pada waktu itu dunia kembali aman seperti yang diinginkan." kata si suami kepada isterinya.

"Baiklah kekanda.... adinda hanya mampu berharap anak kita tidak akan cepat berputus asa." si isteri dan si suami tersenyum sambil melihat bayi itu.

"Adinda cepat tinggalkan anak kita... kekanda tidak terfikir mereka akan mencari kita di sini." kata si suami apabila melihat sekumpulan bayang-bayang menuju ke arah mereka dan pada yang sama si isteri meninggalkan anak mereka di hadapan pagar rumah yang jelas tertera rumah anak yatim. Mereka memandang anak mereka untuk kali terakhir sebelum menghilangkan diri di dalam portal yang membawa mereka ke dunia lain.

Bayi perempuan tadi apabila ditinggalkan terus menangis dan menyebabkan tuan rumah anak yatim tersebut bangun dan keluar untuk mencari suara bayi. Tuan rumah yang merupakan seorang perempuan tua terpandang bayi perempuan yang ditinggalkan di atas lopak air. Segera pemilik itu membuka kunci pagar dan membawa bayi itu masuk.

" Tak sangka bayi secomel ini ditinggalkan. Sungguh aku tak sangka dunia semakin kejam. Bayi yang tidak bersalah ditinggalkan. Hhmmm...... tidak mengapa aku akan menjaga kamu si kecil"

Perempuan tua itu terpandang rantai yang dipakai oleh bayi perempuan. Rantai bertakhta berlian berwarna putih yang berbentuk seperti naga dan terdapat satu tulisan.

" Alyxie... Aryzei..... Mungkin nama si kecil ini. Baiklah Alyxie mulai sekarang kamu akan tinggal di sini bersama anak-anak yang lain."

...........................................................................

DI DUNIA ASTHEREAL

Berlaku peperangan di Dark Blood Land dan seluruh kawasan sudah menjadi tawanan demons. Kini mereka ingin menyerang Ancient Light World. Pasangan tadi turut sertai dalam peperangan tersebut untuk menyelamatkan negara mereka. Si isteri yang merupakan pemaisuri di Ancient Light World dalam keadaan lemah. Manakala, si suami yang merupakan Raja di Dark Blood Land hanya mampu bertahan dan cuba melindungi isterinya. Namun, mereka dibunuh oleh pemberontak dari Dark World.

Sebelum si suami menghembus nafas terakhir dia sempat memandang badan isterinya yang bercahaya kemudian pecah seperti kaca yang bertaburan dan naik ke langit. Badan si suami turut bercahaya namun dia sempat berpesan kepada adiknya yang merupakan general di Dark Blood Land.

"Aryl... a...aku min...ta to..long ja....ja...jaga a...anak a...aku y..y..yang a..ku ting...galkan di bu...mi. Kau.....harapan tera...khir a...ku. Ja...gakan Aly...xie ka...mi."kata si suami sebelum badannya turut pecah dan naik ke langit.

General Arylzie hanya mampu bersetuju apabila melihat roh abangnya naik ke atas langit.

"Aku akan tunaikan permintaan kau, Aryzei. Aku akan latih Alyxie dan aku akan lindunginya seperti aku lindungi nyawa aku sendiri." Setelah memandang roh abangnya, general Arylzie segera melarikan diri dari peperangan dan pergi ke bumi untuk mencari anak saudara nya.

BERSAMBUNG...

THE LAST HEIR OF THE LIGHT KINGDOM (MALAY)Where stories live. Discover now