Bab 7: Artly Highschool Magic

4.3K 319 18
                                    

"Welcome to Asthereal World"

Alyxie tergamam melihat permandangan di hadapannya sekarang. Di hadapannya terdapat sebuah kerajaan yang dikelilingi lautan. Di atas laut dapat melihat bayangan dari atas seperti melihat cermin. Zachary hanya tersenyum melihat riak wajah Alyxie yang ternganga.

 Zachary hanya tersenyum melihat riak wajah Alyxie yang ternganga

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

"Tutup mulut kau, jom. Sekarang aku nak daftarkan kau kat Artly Highschool Magic." kata Zachary sambil berlalu pergi.

Alyxie sedang dari tadi hanya tersenyum melihat ragam penduduk di situ yang sedang sibuk di pasar. Tak sangka dunia kat sini lebih kurang sama kat bumi. Alyxie hanya mengekori Zachary sehingga mereka tiba di hadapan sebuah bangunan yang sangatttttt besar..... Alyxie hanya melihat bangunan itu dari belakang badan Zachary. Kepalanya yang senget di bahagian kanan menyebabkan Zachary hanya tersenyum.

"Jom.."

Sebelum mereka masuk, Alyxie perasan Zachary memakai jaket hitam yang agak besar dan menyebabkan mukanya tidak kelihatan. Alyxie hanya memandang hairan. Sewaktu mereka lalu, Alyxie hairan apabila melihat hampir semua pelajar di situ memandangnya dan Zachary. Ada diantara mereka yang membisik dan menyatakan sesuatu. Alyxie hanya dapat menangkap salah satu perbualan gadis.

"Wei....tu bukan mystery knight ke....tak sangka aku dapat tengok dia. Tapi siapa gadis di belakang dia tu?"

Zachary dan Alyxie masuk ke dalam salah satu bilik dan terpandang seorang lelaki yang berusia sedang duduk di kerusinya. Sampai sahaja, Zachary terus membuka jaketnya dan menampakkan wajahnya ke arah lelaki berusia itu.

"Ohh tak sangka keturunan Highwind akan datang, Zachary Highwind" kata lelaki berusia itu.

"Prof Harvey Dwayne, maaf menganggu" kata Zachary sambil menunduk sedikit wajahnya.

"Haha..ha Zach sudah-sudah lah, sini duduk. Bagitahu saya apa tujuanmu masuk ke dalam pejabat saya" pelawa Prof Harvey. Zachary terus duduk berhadapan dengan Prof Harvey termasuk Alyxie yang hanya menjadi pemerhati.

"Prof saya datang nak minta prof daftarkan Alyxie di sini."

"Ohh....apa nama kamu wahai anak muda"

"Alyxie Aryzei" kata Alyxie.

"Hhmm.....macam aku pernah dengar nama Aryzei....Alyxie saya berpendapat kamu bukan asal dari sini bukan?" Alyxie hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Prof...biar saya jelaskan. Alyxie ialah manusia bumi yang menyelamatkan saya sewaktu saya cedera di bumi. Pada mulanya saya terkejut apabila mengetahui bahawa dia hanya manusia bumi dan bukannya penduduk Asthereal. Oleh itu saya membawanya pulang ke dunia kita supaya dia tidak ditangkap atau dicederakan oleh shadow hunter." jelas Zachary.

Prof Harvey hanya mengangguk kemudian memandang wajah Alyxie. Dari tadi hatinya mengatakan gadis bernama Alyxie merupakan seseorang yang amat dikenalinya namun dia hanya menidakkan perasaan itu.

"Baiklah, saya akan daftarkan Alyxie sebagai pelajar di sekolah ini. Namun, saya cadangkan identitinya sebagai manusia patut dimaklumkan oleh semua warga sekolah supaya tidak berlaku masalah nanti." Zachary hanya mengangguk. Meskipun dia tidak bersetuju dengan cadangan itu tetapi dia pasti Prof Harvey sedar akan tindakannya.

"Alyxie boleh kamu tunggu diluar sebentar"pinta Prof Harvey

Alyxie hanya tersenyum kemudian keluar dari bilik itu. Dia pasti Prof dan Zachary ingin berbincang sesuatu. Meskipun keinginan untuk mengetahui perkara yang dibincang membuak-buak namun dia tidak mahu menjadi seorang yang menjaga tepi kain batik orang lain.

DI DALAM BILIK

"Zach saya rasa kamu tahu apa yang ingin saya tanyakan"

"Prof saya tahu dia bukan hanya manusia biasa. Saya sangat pasti bahawa dia penduduk Asthereal. Oleh itu saya mengugutnya dengan mengatakan dia hanya mempunyai dua pilihan iaitu dibunuh atau mengikut saya ke Asthereal. Dan sekarang saya meminta kebenaran Prof untuk menyiasat asal usul Alyxie"

"Kalau apa yang dikatakan kamu adalah benar, saya izinkan kamu untuk memulakan penyiasatan dan kamu jangan risau saya akan jaga dia elok-elok di sini."

........................................................................

Apabila melihat Zachary keluar dari bilik segera Alyxie berlari menujunya. Zachary hanya mengusap kepala Alyxie. Baginya Alyxie merupakan seorang gadis yang misteri.

"Okay, sekarang kau akan tinggal di sini. Aku masih ada tugasan yang perlu diselesaikan. Kalau kau perlukan apa-apa Prof Harvey akan bantu kau. Nanti kalau aku ada masa aku akan lawat kau." pesan Zachary. Alyxie hanya tersenyum sebagai jawapan.

Sedang mereka leka berbual, keluar Prof Harvey dari biliknya. Dia melangkah kakinya ke arah mereka.

"Alyxie Aryzei selamat datang ke Artly Highschool Magic"

........................................................................

Gambaran untuk Zachary Highwind

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

Gambaran untuk Zachary Highwind.

THE LAST HEIR OF THE LIGHT KINGDOM (MALAY)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें