Bab 9: A Week!?

4K 348 4
                                    

Alyxie membuka matanya perlahan-lahan apabila merasakan sesuatu yang lembut dibaringnya. Alyxie akhirnya sedar akan dirinya yang kini berada di tempat yang sama. Namun, keadaan di situ sangat berlainan. Tiada lagi gunung berapi dan lautan tapi kini hanya ada adalah bunga ros.

Alyxie perlahan-lahan bangun dan perasan lantai yang dibaringnya terdiri dari kelopak bunga ros. Dia memegang salah satu kelopak bunga dan terkejut apabila merasakan cecair merah. Apabila dibaunya, Alyxie terkejut apabila menyedari cecair di tangannya bukan sekadar cecair biasa namun ianya DARAH!

Alyxie sedar kini di hadapannya terdapat seorang wanita? Eh mestilah wanita sebab pakai baju miko. Di tangan wanita terdapat pedang berwarna biru. Apabila diperhati betul, pedang tersebut seperti pernah dilihat Alyxie. Alyxie sedar di lantai dimana wanita itu berdiri terdapat satu bulatan atau lebih difahami medan magic berwarna biru. Alyxie melihat wanita itu meletakkan hujung pedang di bibirnya kemudian menari dan menyanyi. Wanita itu menari dengan lembut bagaikan pedang yang dipegangnya hanyalah sekadar perhiasan.

Sedang Alyxie leka memerhati tarian wanita itu. Dia tidak menyedari wanita itu telah hilang dari pandangan matanya. Alyxie mencari wanita itu sehingga masuk ke dalam satu taman yang dipenuhi bunga ros. Bunga ros lagi.

"Roses...If we seen it is very weak but when we touched. We get pain." kata wanita itu sambil melihat jarinya yang berdarah. Darah yang menitis di atas bunga itu hanya dipandang sepi.

"Who are you? Macam mana aku boleh ada kat sini" tanya Alyxie sambil memandang wanita itu. Alyxie sedar cara percakapannya agak kasar namun dia hanya menghiraukan.

"Did you know roses are always despised by all the other flowers. why? Can you help me?" tanya wanita itu sambil memandang Alyxie. Alyxie hanya menggaru kepalanya kemudian mengganguk.

"Find out the real you. Kemudian kamu akan tahu kenapa saya mempersoalkan kelemahan bunga ros" kata wanita itu sambil memandang Alyxie. Namun Alyxie tidak dapat melihat wajah wanita itu kerana dilindungi satu cahaya yang sangat terang.

Alyxie hanya terkedu apabila mendengar ayat wanita itu. Cari diri aku yang sebenar? Aku siapa? Alien? Hantu? atau.... hahaha aku keturunan zombie? Ehh...... Apa yang aku melalut ni.

"Apa maksud kau cari diri aku? Kau siapa?" desak Alyxie.

"Saya hanya penyampai. Sebelum itu ini ialah kali terakhir kita akan berjumpa dan kamu akan berjumpa tuan saya yang sebenar. Selamat tinggal the CHOSEN ONE." kata wanita itu sebelum badannya bertukar menjadi sekuntum bunga ros warna putih.

Alyxie yang mendengar kata-kata akhir wanita terus terkejut dan extra terkejut apabila melihat kejadian itu. Kini dia sedar akan satu perkara bahawa dia bukan sekadar gadis bumi tetapi seorang yang berlainan. Dan bagi mengetahui dirinya, dia perlu mencari identitinya yang hanya dipanggil the CHOSEN ONE. Alyxie akhirnya pengsan tanpa menyedari.

........................................................................

Alyxie mendengar akan perbualan seseorang. Dia membuka matanya perlahan-lahan apabila menyedari kini dia bukan di biliknya lagi. Dia melihat keadaan sekeliling yang putih dan berdekatan dengan pintu terdapat Zachary dan seorang pemuda. Apabila diperhati lebih dekat pemuda tersebut ialah Rayden.

Zachary tersedar apabila melihat Alyxie memanggilnya. Segera dia menuju ke tilam Alyxie. Rayden yang berada disampingnya turut mengikut.

"Kau dah sedar. Akhirnya, kau bangun juga. Takut aku tau bila dapat tahu dari pengetua bila kau tak sedar selama satu minggu" kata Zachary sambil membelai rambut Alyxie.

" Satu minggu?" tanya Alyxie bagi mendapatkan kepastian. Apabila terpandang Rayden yang mengangguk menyebabkan Alyxie terkejut. Tak kan lah jumpa wanita tu pun sampai satu minggu?

"Dah tak payah nak fikirkan sangat. Apa kata kau tidur sahaja. Nanti aku dan Rayden datang jenguk kau lagi. Aku nak jumpa pengetua. Rayden boleh kau belikan Alyxie makanan?" Rayden hanya mengangguk.

"A week?" soal hati Alyxie.


THE LAST HEIR OF THE LIGHT KINGDOM (MALAY)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon