Bab 2: Perjumpaan

4.9K 381 2
                                    

5 TAHUN KEMUDIAN....

"wei....cuba kau tengok budak tu....rambut dia warna putih. Aku rasakan dia tu dah tua walaupun baru umur 5 tahun." kata salah seorang anak di rumah yatim apabila melihat Alyxie lalu dihadapannya.

"Ehhh kau silap lah bukan 5 tahun tapi 85 tahun. Mana ada manusia rambut warna putih. Tapikan cuba kau tengok mata dia warna biru..... aku rasakan dia bukan manusia"sambung rakannya.

"Aku rasakan dia tu Alien. Hahaha...." semua anak-anak di rumah anak yatim ketawa akan sindiran yang dikenakan kepada Alyxie.

Alyxie hanya mampu menahan diri daripada menangis dihadapan mereka. Dia hanya berlari dan menuju ke hutan di belakang rumah anak yatim. Alyxie menyandarkan dirinya di sebatang pohon tua. Alyxie melepaskan tangisan yang selama ini ditahannya apabila dia sering dibuli di rumah itu.

Pohon yang disandarnya seakan memahami perasaan Alyxie. Alyxie yang masih menangis terkejut apabila dia diselimuti dengan daun yang sangat besar dan lembut. Alyxie memandang pohon itu sambil tersenyum. "Aku tau kau akan selalu jaga aku. Terima kasih sebab faham akan perasaan aku"kata Alyxie. Alyxie yang penat menangis terus tertidur di situ. Tanpa diketahuinya ada seseorang yang memerhati pergerakannya.

"Aku dah jumpa kau, Alyxie...."

...........................................................................

Alyxie yang baru sahaja bangun terus terkejut apabila melihat waktu sudah masuk senja. Dia terus bergegas menuju ke rumah anak yatim. Sampai di pertengahan jalan, Alyxie memusingkan badannya dan menjerit, "Terima kasih Eva!!!", pohon tua yang gembira apabila mendapat nama daripada Alyxie hanya menggerakkan dahannya sebagai tanda. Alyxie hanya tergelak kecil dan terus pergi ke rumah anak yatim.

"Kamu dari mana, Alyxie??" kata Puan Sarah iaitu pemilik rumah anak yatim.

Alyxie hanya mendiamkan dirinya kerana dia tahu dia akan dimarahi oleh Puan Sarah. Puan Sarah yang melihat kelakuan Alyxie berasa geram dan terus mengambil penyapu yang berhampiran dengannya. Lalu dia terus memukul Alyxie tanpa menghiraukan suara tangisan Alyxie.

"Geramnya aku dengan kau...aku tanya kau tapi kau boleh diamkan diri ja?? Hei kau jangan nak tunjuk besar kat sini. Aku tak sangka kau jajah satu taman ni kata aku dera anak-anak yatim kat sini?? Kalau aku tahu kau akan berperangai seperti ini aku tak akan ambil kau masa kau masih bayi. Biar kau mati kesejukan kat luar sana. Memang patut pun kau kena tinggal oleh mak ayah kau. " kata Puan Sarah dan pada masa yang sama tangannya tidak lepas peluang memukul Alyxie.

Alyxie yang merasa tidak tahan terus meronta untuk melepaskan diri daripada genggaman Puan Sarah. Apabila dia berjaya, dia terus melarikan diri ke hutan. Dia dapat mendengar suara jerkahan Puan Sarah dari jauh. "Kau jangan berani nak jejak kaki kat rumah ni budak tak kenang budi". Alyxie terus melarikan diri dan merehatkan dirinya di pohon tua atau Eva. Dia merintih dan melihat lebam dari libasan penyapu. Ada dari lebamnya yang berdarah. Alyxie tidak menyangka dia dituduh sedemikian oleh Puan Sarah. Alyxie banyak termenung sambil memandang rantai yang dipakainya. Tiba-tiba..... seseorang menegurnya.

"Uncle dah lama nantikan kedatangan kamu, Alyxie" kata seseorang sambil menghulurkan tangan ke arah Alyxie.

BERSAMBUNG...

THE LAST HEIR OF THE LIGHT KINGDOM (MALAY)Where stories live. Discover now