Bab 14: Kau.......

4.1K 314 61
                                    

"Kau ada kat sini?"

Mata Alyxie yang berwarna gold mula bercahaya sikit. Dia membuka matanya kemudian tersenyum sinis.

"Kau...........kau yang bagi aku sakit" kata Alyxie kepada bayang hitam. Bayang itu hanya tergelak.

"Kau tak jawab lagi soalan aku budak. Macam mana kau ada kat sini?"

"Red yang sampaikan matlumat tentang tempat ni. Kau jangan berani nak salah kan aku. Salah kan Red" jelas Alyxie. Dia sedar akan bayang itu mengenggam tangannya.

"Red.......berani kau bagitau budak ni tunggu kau nanti aku tukar kau jadi katak..." kata bayang itu dengan perlahan menyebabkan Alyxie tidak dapat menangkap kata-katanya.

Alyxie melihat bayang itu dari dinding gua yang mengalir air. Bayang itu seperti kelihatan seorang lelaki.

"Bila kau nak keluar dari situ. Seronok jadi bayang? Dah macam lukisan dah aku tengok kau kat dinding.....dengan tak bergeraknya..." kata Alyxie. Bayang itu hanya tergelak sinis. Ish....geram aku senyum sinis, gelak sinis, lepas ni? Duduk, berdiri, berjalan semua sinis. Ok stop!

"Kenapa nak tengok rupa sebenar aku ke? Tak sangka kau pun jenis pandang rupa."

"Kau......." geram Alyxie.

Bayang itu mula ke luar sedikit demi sedikit. Mula dari kaki, tangan dan akhirnya keluar kepala. Keluarlah lelaki tampan. Sangat tampan..... kalah Rayden. Hehe.....

"Kacak kan aku?" Kata pemuda itu. Alyxie hanya tergelak. Perasan gila lelaki ni.

Pemuda itu hanya memakai semua pakaian berwarna hitam. Ditambah lagi dengan rambut dan iris mata warna hitam. Seriously? Type Lyna. Hehehe.....

"Nama kau" tanya Alyxie tanpa mempedulikan cebikan pemuda itu. Alyxie sedar akan cebikan yang diberi.

"Black Angle"

"Kau ni angle ke?"

"Tak....aku........rahsia.... Hahahahaha" Alyxie menahan geram. Tetapi sebab tangan terlalu gatal terlepas pulak tumbukan kat wajah Black. Terdiam Black.

"Kau......budak......sabar Black. Sabar.. Huhu.....kuat juga tumbukan kau budak. Kuasa kau tak buka lagi tapi tenaga kau dah kuat. Agak kuat berbanding dulu. Macam mana boleh meningkat dengan cepat?"

"Entah, mungkin aku tak puas hati sebab tak ada siapa nak bagitahu siapa aku" marah Alyxie.

Black menghampiri Alyxie. Alyxie cuak. Ye lah apabila lelaki dan perempuan dalam satu bilik mestinya ada orang ketiga iaitu........ Black menarik Alyxie dalam pelukannya.

Alyxie tergamam. Perasaan amarahnya perlahan-lahan hilang. Hatinya kembali tenang. Black mencium bawah mata kanan Alyxie. Keluar satu lambang menyebabkan Alyxie menutup mukanya.

Darah memenuhi mukanya. Kesan daripada corak lambang itu atau tatu. Kesakitan itu semakin bertambah apabila tatu Red dan Blue bercahaya dan bersambung dengan tatu di bawah matanya. Badannya dipenuhi dengan darah miliknya sendiri. Suara teriakkannya kedengaran di setiap penjuru gua. Bukan setakat itu sahaja, pelajar-pelajar yang lain termasuk Dragon Knight turut mendengar suara itu.

"Aarrhhhh!!!!! Sakit!!!!! Arrrhhh!!!!"jerit Alyxie.

SITUASI DRAGON KNIGHT

"Kau dengar suara tu?" Tanya Ian kepada ahli kumpulannya. Yang lain hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Apa yang pasti pemilik jeritan ni memang kuat. Aku dapat rasa aura dia" kata Rayden dan mendapat persetujuan daripada Kyle.

SITUASI ALYXIE ARYZEI

Perlahan-lahan kesakitannya beransur hilang. Dia mula berdiri dengan perlahan. Tersangat perlahan. Black hanya melihat keadaan Alyxie.

Alyxie tersenyun menampakkan matanya yang berwarna-warni. Terdapat tatu dari tangan kanannya dan bersambung ke bawah mata kanannya. Tatu yang bermula dari warna biru dan merah dan hujungnya berwarna hitam. Hujung rambut silvernya turut menjadi warna-warni.

"Hehehe......."gelak Alyxie. Black hanya memandang Alyxie.

"Kau bab*, bangan* bodo*, seta*, bitc*.......bla........bla........bla." maki Alyxie kepada Black.

"Kau tau tak sakit?" Marah Alyxie. Black hanya tergelak. Black menghampiri Alyxie. Alyxie mengundur ke belakang apabila melihat wajah Black yang tegang.

Black memegang kepala Alyxie dan akhirnya Alyxie pengsan.

"Tidur......kau masih lemah dan perjalanan kau masih jauh"

........................................................................

Semua pelajar mula berkumpul di gelanggang besar Artly Highschool Magic . Kebanyakkan mereka teruja akan perlawanan diadakan. Hal ini dikatakan terdapat gadis misteri yang turut bertanding. Siapa?

"Baik, kita akan memulakan pertandingan pada kali ini. Sebelum itu, saya Shon pengacara anda akan memperkenalkan peserta perlawanan pada kali ini. Peserta pertama ialah seorang jejaka dan merupakan putera dari Snapdragon Land iaitu......Putera Rayden Lockheart dengan mata yang tertinggi iaitu 500 mata. Kedua, diikuti dengan Putera dari Aevendella Land iaitu.......Putera Kyle Velentine dengan mata terkumpul 150 mata. Dan perserta lelaki yang terakhir ialah Ian Martell dengan mata 60 mata."

"Mata bagi wanita yang tertinggi ialah Stella Mckenzie iaitu dengan mata keseluruhan 55 mata, diikuti dengan Olive Cloud dengan mata 35." Kata Shon. Setelah mendengar pengumuman terus tercetus suasana bising. Hal ini kerana peserta akhir merupakan peserta yang mempunyai 0 mata? Terdengar ketidak puas hatian daripada pelajar. Namun, siapa sangka peserta ini berjaya melayakkan diri dalam perlawanan ini.

"Saya akan bersambung. Seperti kamu semua tahu peserta akhir tidak berjaya mengumpul sebarang mata. Namun, dia dimasukkan kerana pihak sekolah meminta enam pelajar yang dapat bertahan pada awal pusingan. So, biar saya perkenalkan peserta akhir. Dia merupakan satu-satunya peserta dari Bumi. Silakan Alyxie Aryzei." Jemput Shon. Alyxie dapat mendengar bisikan tidak puas hati dari pelajar. He.....ingat aku kisah?

Namun, kebanyakkan pelajar agak pelik dengan cara Alyxie berpenampilan. Baju hitam yang berlengan pendek pada sebelah kiri dan berlengan panjang sebelah kanan. Bertambah hairan lagi apabila dia memakai topi di kepalanya. Dia bagaikan merahsiakan sesuatu.

"Baik setelah memperkenalkan peserta kita. Mari kita mulakan perlawanan. Sebelum itu, saya akan menyenaraikan peraturan perlawanan. Seperti biasa peraturannya ialah MENANG. Ini bermaksud tiada peraturan lain dan ditegaskan dalam setiap perlawanan ialah tiada penipuan dan pembohongan dalam perlawanan. Jadi, mari mulakan perlawanan." Selesai sahaja ucapan menyakitkan daripada Shon mendapat jeritan keterujaan daripada pelajar.

"Perlawanan pertama ialah .............."

THE LAST HEIR OF THE LIGHT KINGDOM (MALAY)Where stories live. Discover now