Bab 15: Ian VS Kyle

4.8K 330 53
                                    

"Perlawanan pertama ialah diantara Ian Martell dan Kyle Velentine. Biar saya terang lebih lanjut. Ian Martell merupakan pengguna kuasa air tahap 5 manakala Kyle Velentine pengguna kuasa tanah tahap 7. Dan saya ingin sampaikan pesanan iaitu setiap peserta boleh mengeluarkan ancient beast." Kata Shon.

Lyna: dah Shon stop talking.....!!!!orang nak baca perlawanan...........

Ian dan Kyle berjalan menuju ke tengah bulatan gelanggang. Mereka berdua memandang antara satu sama lain. Bagaikan ada satu litar elektrik di mata mereka. Ian menggunakan tombak manakala Kyle hanya menggunakan sebatang kayu? Kyle mesti kalah ahh.........

Terdapat satu medan magik berwarna koko di bawah kaki Kyle. Badannya mengeluarkan aura seperti api koko yang menyelubungi dirinya. Lambang ular yang sedang melilit mangsanya jelas terpapar dari medan magik Situasi tersebut sama seperti Ian. Namun, terdapat perbezaan dari segi warna dan lambang iaitu lambang kepala serigala.
Perlahan-lahan aura tersebut menjadi api yang sangat marak. Setiap pelajar seperti ketakutan melihat kedua-dua peserta.

Di bahagian duduk sudut belakang sekali, terdapat dua orang jejaka yang saling bergaduh merebut........pop......corn. Seorang berambut merah manakala seeorang lagi berambut biru. Dan yup mereka ialah Blue dan Red.

"Red kau rasa siapa menang?" Tanya Blue.

"Hhmmm...... rasanya budak yang ada kuasa tanah tu." Kata Red. Blue hanya mengangguk kemudian mukanya perlahan-lahan berubah.

"Jangan kau kata budak tu jadikan White Snake sebagai ancient beast dia. Tak sangka Tesna jadikan budak tu sebagai tuan dia." kata Blue. Red hanya mengangkat bahunya.

"Kau silap lah Blue..... Kyle yang selamatkan Tesna daripada dijadikan Dark beasts. Kau nak tahu Tesna dah lama tahan kuasa kegelapan tu dari menguasai diri dia. Tapi sayang dark power tak selamanya boleh ditahan." Kata.........Alyxie.

Bayangkan Blue dan Red daripada muka happy go lucky terus jadi muka beruk bila tiba-tiba ada orang sampuk dalam perbualan diorang.

"Sejak bila kau ada kat sini Axie? Bukan kau duduk kat bahagian peserta." Tanya Red.

"Aku duduk kat sini lebih kurang 30 minit 25 saat. Lama kan aku kat sini? Ni korang dah kenapa duduk kat sini?"

Kedua-dua mat beruk tu hanya tersengih-sengih sabagai jawapan.
Alyxie hanya tersenyum melihat gelagat diorang.

"Kami agak happy bila tengok kau senyum. Dah jarang kau senyum ikhlas. Selalunya senyum yang tidak ikhlas"

"Nothing.....just......rindukan Uncle"

.....

Kyle dan Ian kembali merenung antara satu sama lain. Bunga sakura yang berterbangan di udara perlahan-lahan jatuh ke tanah. Maka, mulalah pertandingan antara mereka.

Kyle dan Ian meluru antara satu sama lain dan kedua-duanya menyerang dengan kuasa mereka. Kyle menyerang Ian dengan bongkah tanah yang tajam pada bahagian hujungnya manakala Ian dengan pedang airnya. Kedua-dua menerima luka yang agak banyak.

Tekanan kuasa Kyle semakin kuat sehingga semua penonton mula bersorak. Tanpa membuang masa, dia segera mengeluarkan golem tanah apabila muncul cahaya koko gelap di hadapannya. Ian yang melihat golem tersebut segera membuka langkah, kolam air yang menghiasi dewan perlawanan tersebut mula bergegar. Perlahan-lahan air mula naik lalu menjadi dinding air yang sangat tinggi. Tangan Ian yang diangkat tinggi segera dijatuhkan ke bawah menyebabkan dinding air membentuk ombak yang sangat tinggi. Golem tanah yang tenggelam dalam air bertukar menjadi tanah liat apabila keadaan menjadi reda.

THE LAST HEIR OF THE LIGHT KINGDOM (MALAY)Where stories live. Discover now