Bab 3: Arylzie Elvender

4.9K 370 24
                                    

"Uncle dah lama nantikan kedatangan kamu, Alyxie." kata seseorang sambil menghulurkan tangan ke arah Alyxie. Alyxie hanya memandang sepi huluran tangan itu. Di hadapannya terdapat seorang lelaki yang lengkap dengan pakaian tentera??? Negara mana pulak yang berperang ni.

"Kamu jangan takut. Biar saya perkenalkan diri saya, saya Arylzie Elvender. I'm your lost relatives. Kamu boleh panggil saya uncle Aryl. Mulai sekarang kamu akan tinggal dengan saya di sini. Saya harap kamu dapat membiasakan diri dengan saya." sambung lelaki itu apabila melihat Alyxie yang hanya mendiamkan diri.

"Apa maksud uncle tinggal di sini" tanya Alyxie sambil memandang sekelilingnya. Uncle Aryl hanya tersenyum apabila Alyxie akhirnya berani mengeluarkan suara. Meskipun suaranya kedengaran sangat perlahan.

"Kalau kamu mahu tinggal dengan uncle, mari ikut uncle pulang ke rumah." ajak uncle Aryl sambil menghulurkan tangan. Alyxie pada mulanya hanya memandang sepi kemudian dia teragak-agak untuk menyambut huluran tersebut. Apabila tangannya bersentuhan dengan lelaki itu dia dapat merasakan sesuatu di dalam dirinya yang mula bangkit. Uncle Aryl hanya tersenyum. Dia membawa Alyxie masuk ke dalam hutan dan mereka akhirnya tiba di sebuah rumah hutan yang agak tersorok daripada pandangan manusia.

"Ini rumah uncle dan sekarang ini juga rumah kamu. Uncle akan jaga kamu." uncle Aryl hanya tersenyum apabila memandang wajah Alyxie. Dari raup wajah Alyxie mengingatkannya akan seseorang."Mari kita masuk, uncle akan tunjukkan bilik kamu" sambung uncle Alyxie apabila melihat wajah ceria Alyxie. Dari luar rumah kelihatan sangat usang, namun di dalamannya amat lah bertentangan. Alyxie dapat merasakan kehangatan rumah ini.

 Alyxie dapat merasakan kehangatan rumah ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambaran untuk Uncle Arylzie

......................................................................................

10 TAHUN KEMUDIAN

Seorang gadis berambut silver sedang berlatih di belakang halaman rumahnya dengan menggunakan pedang. Senyuman sentiasa terukir di bibir gadis itu. Hanya dengan warna itu kita tahu siapa gadis itu. Dari jauh uncle Aryl hanya memerhati pergerakan Alyxie. Sedang Alyxie sibuk melatih dirinya, terdengar suara ngauman yang sangat kuat. Uncle Aryl yang mendengar bunyi tersebut terus mengarah Alyxie masuk ke dalam rumah. Alyxie hanya menurut arahan unclenya dan terus berlari menuju ke rumah.

Dari dalam rumah, Alyxie mengintai unclenya yang sedang memegang pedang sambil memerhati keadaan sekeliling. Tanpa disedarinya muncul bayang manusia yang berlari ke arah uncle Aryl. Bayang manusia itu menyerang uncle Aryle tetapi sempat dielak. Pedang yang dipegang dihunus ke arah bayang itu. Alyxie yang menjadi pemerhati di dalam rumah hanya mendiamkan diri kerana terkejut akan situasi yang sedang berlaku. Baginya situasi itu bagaikan mimpi yang tidak pernah terjadi dalam hidupnya. Namun,dia tidak dapat menangkap pergerakan mereka kerana mereka terlalu pantas.

"Aku tak sangka diorang dah hantar orang untuk bunuh anak saudara aku. Tapi korang silap dia masih ada aku. Aku akan lindungi Alyxie." kata uncle Aryl kepada bayang manusia itu.

Alyxie dapat melihat bayang manusia itu sudah keletihan dan terdapat banyak kesan luka dibadannya. Namun, luka tersebut hanya sedikit berbanding luka di badan unclenya. Dalam hati Alyxie hanya risau akan unclenya yang sedang menahan kesakitan.

Uncle Aryl mengambil kesempatan untuk menyerang bayang manusia itu apabila melihat bayang itu sedang keletihan. Dia mengangkat pedang ke atas dan badannya bercahaya merah. Cahaya merah daripada badannya disalurkan ke pedang sebelum melibas bayang manusia itu. Bayang manusia itu terbelah dua sebelum menjadi debu hitam yang berterbangan.

Uncle Aryle yang dari tadinya berdiri terus jatuh menghempap tanah.Dia tidak menyangka kuku bayang manusia itu terdapat racun yang boleh membunuh. Alyxie yang sedar akan situasi itu terus keluar dari rumah pergi melihat unclenya. Alyxie menyambut uncle dan meletakkan kepala uncle Aryl di atas pahanya.

"U..uncle a..apa yang ber..laku? Uncle tak apa-apa kan" tanya Alyxie dan pada masa yang sama dia terkejut apabila melihat badan uncle Aryl bercahaya.

"Alyxie....ingat pesanan uncle. Kamu masih ada takdir yang perlu dilaksanakan. Satu hari nanti kamu akan ketahuinya. Dan waktu itu uncle berharap kamu masih menjadi diri kamu sendiri. Ingat wahai pe...wa...ris..ca............." belum sempat uncle Aryle ingin menghabiskan ayatnya, badannya sudah pecah seperti kaca sebelum kaca itu naik ke langit.

Alyxie yang melihat kejadian itu terus cuba mencapai cahaya itu "Uncle!! Uncle!! Jangan tinggalkan Alyxie!!". teriak Alyxie sanbil menangis. Alyxie hanya berlutut melihat cahaya itu sebelum pengsan.

Rantai Alyxie bercahaya biru kemudian keluar seorang lelaki dari rantai itu. "Belum tiba masanya untuk dia bangkit. Bila tiba masanya dia perlu melaksanakan tugasnya sebagai............" kata lelaki itu sebelum hilang menjadi cahaya biru. Cahaya biru itu masuk kembali ke dalam rantai tersebut.

THE LAST HEIR OF THE LIGHT KINGDOM (MALAY)Where stories live. Discover now