Bab 10: Pertandingan

4.1K 338 9
                                    

Angin nyaman menyapa wajah Alyxie. Alyxie hanya memejam matanya sambil menenangkan gelora di jiwanya. Di fikirannya kini penuh dengan persoalan mengenai dirinya sendiri. Kemudian dia mengeluh sambil melihat matahari terbit. Dia kini berada di tepi bukit berhadapan laut biru selama 2 jam.

'Aku siapa? Siapa orang tua aku? Kenapa keadaan begitu rumit? Kenapa kehidupan aku penuh dengan persoalan?'

Tanpa Alyxie sedari, Zachary memerhatinya dari jauh. Bagi Zachary, apabila melihat Alyxie yang mengangkat tangannya ke arah angin. Alyxie bagaikan angin. Susah untuk disentuh atau dicapai. Seperti dia terikat atau berhubung dengan sesuatu yang sangat jauh. Mungkin Alyxie memang bukan penduduk bumi?

........................................................................

Alyxie jalan masuk ke dalam pintu masuk utama Artly Highschool Magic. Dia menyedari banyak pelajar yang berkerumun di satu kawasan. Alyxie cuba mendengar perbualan beberapa pelajar.

'Pertandingan tu dah diadakan lah. Kau nak join?'

'Mestilah join. Aku akan pastikan kita akan kalahkan ahli Dragon Knight.'

'Bila pertandingan tu?'

'Entahlah, mungkin pengetua akan umumkan kut'

Alyxie hanya menjeling pelajar tersebut sebelum berlalu ke kelasnya. Alyxie perasan sewaktu berjalan banyak pelajar yang memandang hina terhadapnya. Dia hanya membiarkan pandangan yang diberi dan masuk ke dalam kelasnya.

Seorang lelaki yang berusia memasuki kelas Alyxie. Dia hanya memerhati pelajar setiap sudut dalam kelas sebelum pandangannya beralih kepada Alyxie. Dia menunding jari telunjuknya ke arah Alyxie.

'Kamu, bangun dan perkenalkan diri kamu kepada saya.' Alyxie bangun kemudian memandang guru tersebut.

'Alyxie Aryzei. Penduduk bumi' jawab Alyxie ringkas.

'Ohh, kamu pelajar yang dikatakan. Baik, kamu boleh duduk'

Alyxie hanya mendiamkan diri di tempat duduknya. Kemudian matanya melihat tag nama di baju lelaki hadapannya itu. 'Noel Vencent' Alyxie hanya menumpukan perhatian apa yang hendak disampaikan oleh sir Noel.

'Baiklah saya sangat pasti kamu semua sudah mengetahui pertandingan yang akan diadakan oleh kerajaan Snapdragon. Sekarang saya akan menerangkan kepada kamu semua lebih lanjut.' Semua pelajar memasang telinga dan tidak ketinggalan Alyxie.

'Pertandingan tahun ini agak berbeza daripada tahun sebelumnya. Seperti kamu semua sedia maklum, tahun sebelum ini terdapat dua kategori iaitu kepada lelaki dan perempuan. Namun, pada tahun ini terdapat kelainan. Dengar baik-baik.'

'Semua pelajar akan bercampur jantina dan dimasukkan ke dalam satu medan. Dalam medan itu kamu berkemungkinan berada di satu kawasan yang berbeza. Kemungkinan pantai, dasar laut dan lain-lain. Kamu semua dikehendaki berlawan satu sama lain dan setiap lawan kamu merupakan markah yang perlu kamu kumpulkan. Satu pelajar, satu point.'

'Sir! Dalam pertandingan tu nanti, kalau pelajar tu telah kumpul 20 point dan lawan seterusnya dia kalah. Markah tu akan berpindah kepada lawannya ke?'

'Yup, dalam sekolah ni terdapat 800 orang pelajar. Dan turut diingatkan kamu dibenarkan berpasukan dalam pertandingan ini. Tetapi akhir pertandingan kamu akan berlawan satu sama lain. Pertandingan ini akan diadakan seminggu dari sekarang. Akhir pesanan saya, lawan dengan adil dan kamu Alyxie tidak terkecuali' Alyxie hanya mengangguk kemudian dia mendengar bisikan pelajar terhadap dirinya.

'Kalau dia yang masuk memang sah dia akan kalah'

........................................................................

Alyxie berjalan ke kantin untuk mendapatkan makanan. Sewaktu berjalan, dia mendengar teguran dari seseorang. Apabila dipandang pemilik suara itu ialah Stella. Dibelakang Stella terdapat Rayden dan dua orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan yang sudah semestinya tidak dikenalinya.

'Hai Alyxie' sapa Stella dengan senyuman manis. Mesti makan benda manis....

'Hai Stell'

'Kau nak join group kami? Kau jangan risau kami akan lindungi kau'

'Sorry Stell, aku bukan tak nak but aku tak mahu menyusahkan group kau. Group kau bukan calang-calang kumpulan. Dragon Knight siapa tak kenal kan? Kalau aku join mesti bagi korang kalah'

'Oh ok, aku tak paksa kau. Jom aku perkenalkan ahli Dragon Knight. Lelaki berambut biru dan pendek semestinya adik aku, Ian Martell. Kau mesti pelik nama keluarga kami berbeza. Aku guna nama keluarga belah ibu manakala Ian belah ayah. Dah kau tak payah peningkan kepala kau. Next, lelaki rambut ungu dan semestinya pendiam, Putera Kyle Velentine dari kerajaan Aevendelle dan akhir sekali ni teman rapat aku dan semestinya terkenal dengan gelaran lion princess, Olive Cloud'

Sepanjang perkenalan, mereka hanya melambai tangan ke arah Alyxie. Bagi Alyxie, Ian dan Olive tidak lah terlalu sombong. Tetapi bagi Kyle pendiam. Namun, kalau Rayden sombong. #Jelirlidahsikit.

'Macam kau tahu dalam group ni terdapat dua putera dan aku dan Ian anak general. But, Olive berbeza dia hanya penduduk biasa. Dalam group ni bukan berdasarkan latar belakang but kekuatan. Kami semua dah macam family'

'Kau memang betul-betul tak nak join kami?' Tanya Ian. Alyxie hanya mengangguk sebagai balasan.

'Ian.....jangan paksa Aly.'kata Olive dengan tegas.

Tiba-tiba....

'Jom join kami rehat, Aly' ajak Kyle meskipun suaranya agak perlahan. Yang lain kecuali Alyxie tergamam apabila melihat Kyle mengeluarkan suaranya.

'Akhirnya, kau bercakap. Anak aku dah besar. Wei, anak aku dah besar. Aku ingatkan kau bisu atau dalam mulut kau ada emas? Ke......mulut kau bau bangkai? Cuba kau hembus nafas. Aku nak bau' Tanya Ian. Kyle hanya menjeling sebagai jawapan.

Yang lain hanya menjeling apabila melihat Ian yang terlebih propa. Dia ingat dia tu Azwan Ali? Hello!!! Zaman mulut kepoh ni dah tamat. Now zaman hipster. Ceh.... macam betul. Back to story........

'Terima kasih untuk ajakan tadi, Kyle. Mungkin lain kali? Saya ingat nak berehat bersendirian. Jumpa lagi guys.'

Alyxie berlalu dari situ dan berjalan menuju ke bumbung atau dipanggil rooftop. Alyxie hanya menyandar kepalanya di dinding sebelum makan.

Sedang dia leka dalam dunia makanannya. Dia ditegur oleh seseorang.

'Kita bertemu lagi The Chosen One'

THE LAST HEIR OF THE LIGHT KINGDOM (MALAY)Where stories live. Discover now