Bab 5: Zachary Highwind

4.3K 335 6
                                    

Sudah 5 tahun kematian unclenya. Alyxie hanya termenung sendirian sambil mengimbas kembali kenangan bersama uncle Aryl. Sungguh dia tidak memahami apa yang terjadi sewaktu unclenya meninggal. Memori kejadian itu masih diingatinya, dan yang pasti tidak akan dilupanya.

"Alyxieee...."panggil Syera. Syera hairan apabila melihat Alyxie dari tadi hanya termenung memandang jalan raya. Alyxie sedar dari lamunannya apabila merasakan seseorang sedang memanggilnya. Topi hitam di kepalanya segera dibetulkan supaya warna rambutnya tidak diketahui sebelum memusingkan kepalanya.

"Kenapa Syera?? Ada apa-apa ke??" tanya Alyxie. Syera hanya tersenyum sambil mengeleng kepala melihat kawannya itu.

"Bukan aku yang ada masalah, tapi kau. Kau ada apa-apa masalah ke??" tanya Syera apabila melihat wajah Alyxie yang agak pucat. Alyxie hanya tersenyum sebagai jawapan untuk persoalan Syera.

"Okaylah aku balik dulu tau. See you tomorrow." Alyxie terus berjalan kaki ke rumah meninggalkan Syera. Alyxie memandang langit yang semakin mendung. Hujan.....desis hati Alyxie. Alyxie terus pulang ke rumahnya.

"Home sweet home...." kata Alyxie sambil tersenyum. Alyxie meletakkan beg sandangnya di atas meja makan. Kakinya dilangkah ke biliknya, membersihkan diri dan bersiap-siap untuk keluar berjoging di dalam hutan.

Pada waktu petang, cuaca semakin mendung. Alyxie berlari dalam hutan sehinggalah tenaganya kurang. Alyxie menyandarkan badan di Eva dan minum air mineral yang dibawanya. Mungkin akan hujan lebat malam ni desis hatinya.

"Hhhmmm......segarnya udara kat sini. Aku terlalu sibuk bekerja sampai tak ada masa untuk lakukan aktiviti harian aku."kata Alyxie sambil menutup matanya. Setelah bertenaga, Alyxie terus habiskan lariannya dan mula berlari pulang ke rumahnya.

Sedang Alyxie berlari dia terpandang satu tubuh yang sedang terbaring di tepi sungai. Ingin dikatakan benda pelik kerana manusia sudah lama tidak menjejak kaki ke hutan ini. Alyxie memberanikan dirinya untuk melihat gerangan tubuh itu. Alyxie memusingkan tubuh itu dan terpandang seorang lelaki yang lengkap berpakaian seperti baju pahlawan.

Alyxie terpandang satu luka di perut lelaki itu. Darah di luka itu sudah kering. Segera dia mencari nadi di tangan lelaki itu. Alyxie merasakan nadi lelaki itu sangat lemah. Segera Alyxie membawak lelaki itu pulang ke rumah.

"Aduh...dia ni makan apa sampai berat sangat ni" marah Alyxie. Sampai sahaja di rumahnya, segera Alyxie meletakkan lelaki itu di atas sofa. Alyxie merawat lelaki itu menggunakan herba-herba unclenya. Dulu, unclenya pernah mengajar cara perubatan tradisional. Apabila selesai merawat lelaki itu, Alyxie mengambil beg sandangnya untuk mengambil telefonnya. Dia menelefon Syera untuk memberitahu bahawa dia akan masuk kerja lewat sedikit.

ZACHARY HIGHWIND membuka matanya perlahan-lahan. Sinar matahari yang menerobos masuk ke dalam ruang tamu menyilaukan matanya. Dia bangun daripada pembaringannya dan terpandang tubuhnya yang dibalut dengan kain.

"Aku kat mana ni?? Mana pedang aku??" kata lelaki itu sambil mencari pedangnya. Apabila berjaya menemui pedangnya segera lelaki itu melangkah masuk ke dapur. Dia memejam mata dan hidungnya tercium bau sesuatu yang enak. Zachary membuka matanya dan kaku. Dipejam celik matanya seakan tidak percaya apabila melihat seorang gadis yang berambut silver, matanya pulak berwarna biru. Zachary menghunus pedangnya ke arah gadis itu.

Alyxie yang merasakan seseorang masuk ke dalam dapur segera memusingkan tubuhnya menghadap lelaki itu. Alyxie terkejut apabila lelaki di hadapannya menghunus pedang ke arah nya. Segera Alyxie menutup perasaan gelisahnya apabila memandang lelaki di hadapannya.

"Good morning!! hei rileks. Awak baru sembuh why not awak sarapan dulu. Then saya akan ceritakan apa yang berlaku"kata Alyxie sambil tersenyum manis. Meskipun luarannya dia tersenyum namun di dalam hatinya tidak dapat diungkapkan perasaannya yang sedang berperang.

"Kau siapa? Macam mana aku boleh ada kat sini? Kau demon ke?" tanya Zachary. Alyxie hanya tercenggang dengan soalan lelaki di hadapannya terutama apabila dikatakan dia ni demon? Ishh ni yang malas nak berbaik.

"Helllooo......aku manusia lah sama macam kau lah bodoh. Oohh mengapalah aku selamatkan dia. Okay... saya minta maaf kalau buat awak terkejut. Kelmarin saya jumpa awak pengsan kat tepi sungai. Faham??" jelas Alyxie.

Zachary perlahan-lahan menurunkan pedangnya. Dia ingat apa yang terjadi semalam. tapi tak sangka gadis di hadapannya yang menyelamatkannya. But boleh budak depan aku ni kata aku ni manusia. Oohh ini sangat memalukan....

"Kita duduk dahula, eat breakfast. I told you what happened yasterday. But boleh saya tahu nama awak dulu."

"Zachary"

THE LAST HEIR OF THE LIGHT KINGDOM (MALAY)Where stories live. Discover now