Bab 3

18.4K 479 4
                                    

Yang dah baca.. nope this is not the new update. Just some editing correction.

"Farahin.." Daniel masih kaku memandang Farahin yang kerut keningnya seribu.
Daniel hanya berdehem kuat untuk membuang situasi 'awkwardness'
'Chill Dani.. dia PA kau.. kau big boss dia.' egonya kembali meninggi selepas di pujuk hati.

Liurnya ditelan. Diam seketika. "So apahal datang sini.." Daniel membetulkan tali lehernya. Daniel cuba berlagak cool. Supaya maruahnya sebagai boss di syarikat itu tidak dicalarkan.

"Encik Ikhwan yang panggil saya datang sini , lepas to Encik Ikhwan Tanya kenapa saya Ada dekat sini?" Soal Farahin pelik. Mana tak peliknya disuruh datang.. lepas tu tanya Kita pulak sebab ape datang. Die tak de hati pun nak jejak kakinya dekat dalam ofis ni, sebab arahan boss kena la dia akur.

Syakir yang berada di belakang Farahin hanya tergelak kecil. 'Lucu la kau ni Dan.. hahaha'.
Farahin yang bosan dengan boss nya yang kaku tu membetulkan bajunya Dan berdehem kuat. "Kalau Encik Ikhwan nak bisu je.. saye ade banyak kerje nak buat". Kata Farahin selamba.

"A-aku saja ja tanya kau! Tu pun berani nak lawan bos kau sendiri !" Jerkahnya walaupun pada awalnya dia gagap.
Farahin tersentak. 'aku pulak dimarahnya. Sabar far.. sabar..' Farahin hanya menarik nafas dalam menahan amarahnya yang semakin membuak-buak. Lalu dia ukirkan senyuman seplastik yang mungkin.
"Ha, tau dengar cakap pulak. Sekarang aku nak kau beli aku Hot Coffee Latte dekat Starbuck bawah." Daniel hanya menjeling dari jauh.
Farahin pun hanya mengangguk Dan berlalu pergi dengan senyuman plastik yang masih sama. Sabar je la Farahin.. nasib kau la dapat Bos poyo macam ni.

Setelah pemergian Farahin Syakir yang dari tadi menahan ketawa melepas jugak tawanya. Daniel hanya mencebik.
"Hahahahaha! Kau patut tengok muka kau Daniel! " Katanya menyambung gelaknya.
"Just shut the fuck up Kir.. yang kau tak bgitau aku pompuan tu masuk apsal?!" Marah Daniel pada Syakir .
"Mana aku tau.. kau yang dah terlanjur kata dulu. Tu la.. terlanjur Sampan boleh diundur.. terlanjur kata badan bin-" satu bantal kepala melekap di muka Syakir. "Just shut up" katanya dingin.
"Dani..Dani.. ingt hensem ah buat muka Batu kau tu?"kata Syakir dengan nada ejekan.
Daniel yang semakin panas telinganya dengan Syakir terus bangun dan berlalu keluar.

Dua tiga tapak baru keluar dari biliknya tu dia terlanggar seseorang. Kopi yang panas tumpah di bajunya. "Ahh! Shit! Panasss!" Dia mula mengibas ngibas bajunya. Panas sangat tu kopi.
"Eh tengok la lain kali!!! Habis ba-" matanya terpaku pada wajah mulus Farahin yang cuak.

"S-sorry Encik Ikhwan! S-saya tak sengaja!" Katanya gugup. Adehhh apa kau buat ni Farahin!?. Dia mengetuk kepalanya lalu mendekati Daniel untuk membantu.

"Ahhh! Tak payah! Habis mood aku!" Marah Daniel lagi. Farahin hanya memandang lantai. Rasa bersalah.
Daniel hanya berlalu meninggalkan Farahin.

"U jangan la risau.. segarang-garang si Daniel tu.. dia tak pernah tau apa-apakan perempuan. " Suara garau Syakir lembut menyapa telinga Farahin. Farahin mengankat muka Dan hanya tersenyum cuak.
"Dah la.. jom lunch? I belanja.. pasal Daniel.. biar I yang settled okay?" Syakir mendekat dan mendongakkan muka Farahin yang dari tadi memandang lantai.

"Cute la U ni" pujinya lalu mengeyit matanya pada Farahin yang dah mula merah muka.
Ditenung muka Farahin lama. "Err Sya-syakir.. are we going or not.." Farahin sudah mula mengigit bibirnya. Malu siak!
'Bibir tu aishh! Menaikkan nafsu aku je.. nak Je aku kiss tu bibir yang mungil. Geram!' ujar hatinya .Syakir tersenyum.

'Ahh senyuman yang selalu sangat bagi aku cair bak cheese' Farahin hanya menahan Malu.

"Ladies first." Ujar Syakir mengeyit sebelah matanya lagi. Farahin tak usah nak cakap la memang merah bak bunga ros. Farahin melimpasi Syakir yang ala-ala gentle. Suka benar diperlaku macam tu.

• • •

"Farrrrr!!" Laung dari dalam ofis tertera nameplate IKHWAN DANIEL. "Ya tuhan..Tak reti guna intercom ni ke? Yang keje nak memekak je?" Bebel Farahin.

Tok!Tok!Tok!

Farahin masuk selepas dengar keizinan dari dalam.Alangkah terkejutnya Bila Farahin tengok di sebalik pintu tu. Kertas beterabur merata-rata. Atas meja pun habis. Computer dekat bawah. Ish, apa yang dia buat Kat bilik ni sampai jadi macam ni?. Gumam Farahin dalam hati lalu mengeleng kecil.

"Ye Encik Ikhwan" sahutnya malas. "Aku nak kau kemas semua ni. Semak Mata aku." Arahnya selamba sambil menghirup kopi di mugnya.
Farahin mengambil nafas. 'Chill Far..'. "Sebelum tu Encik Ikhwan.. saya nak Tanya.. Encik Ikhwan ke yang bagi semua macam ni?" Soal nya.
"Oh yes. Of course Farahin. Sape lagi." Jawab Daniel bangga. Senyuman sinis di beri.
Farahin hanya diam menahan sabar. Fuhh! Dah bagi selerak macam sarang tikus aku jugak yang kena kemas..Fuhh mencabar kesabaran aku.

Farahin pun melutut mengutip satu per satu kertas berterabur tu.
Daniel pun tersenyum sinis. 'nasib kau la'.
Daniel pun menghampiri Farahin yang sibuk mengutip kertas. Tiba tiba idea jahat menebak di akalnya.

PoV Farahin

Aku pun kutip la satu per satu kertas yang berterabur dalam ofis tu.
Aku tau dia nak buli aku je ni. 'Sabar je la Farahin.'. aku mengeluh. Sakit hati? Ya! Teramat. Macam nak cekik cekik mamat tu. Tapi dibatalkan niat. Kalau la membunuh tu Benda sunat. Fuyoo! Best giler. Sekarang gak aku buat.

Sedang sibuk aku mengutip tiba tiba terasa basah di kepala. 'benda apa ni?'
Rupanya air kopi membasahi habis kepalaku. Muka ku merah menahan amarah. Tau sangat sapa puny angkara. IKHWAN DANIEL!!

Aku bangun dan merenung tajam matanya. Dia apa lagi masih dengan senyuman sinis tu.
Ah benci! Benci! Benci!!

Tanpa aku sedar satu tamparan aku hadiahkan kepadanya. Kertas yang ada di tangan aku baling ke Arah mukanya. Aku pun berlalu. Keluar. Aku kena keluar ambil angin. Makin lama nanti bertimbun marah aku.

PoV Daniel

Aku mendekati susuk tubuh yang dari tadi khusyuk mengutip kertas. Idea jahat ku masih bermain diminda. 'Mesti lepas ni kau akan mintak berenti kerja punya.' aku tersenyum sinis. Mesti muka dia habis cuak. Haha . Geli hati Bila memikirkan apa yang akan terjadi Kat kau Farahin.

Mug yang berisi kopi di tuang ke atas kepala Farahin. Tanpa rasa bersalah pun.
Aku tak sempat nak sindir dia , tiba tiba dia dah bangun. Pipi aku terasa hangat dari tamparan Farahin. Kertas yang dia kutip di baling ke Arah aku. 'Melampau!' baru je aku nak jerkah perempuan sial tu dia dah belah.

Nak kejar? Tak payah. Nanti dia balik sini jugak. Nanti dia kena dengan aku. Penumbuk aku kepalkan menahan marah yang membuak-buak. First time dalam sejarah aku kena tampar dengan perempuan. Papa dengan Mama pun tak pernah sentuh aku la sial! .

Siap kau Farahin Safira. Nanti kau kena dengan aku.

Big Boss SuamikuWhere stories live. Discover now