Bab 33

9.9K 251 15
                                    

Tiga hari berlalu dan tamatlah kursus kerja Farahin di Perlis. 

Kini dia berada di tempat ketibaan di KLIA. Telefon di dalam tas tangan diambil sebelum mendail. "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar nanti". Dia mengerut keningnya pelik. Dicuba dail sekali lagi  tapi hampa hanya suara operator saja yang cakap.

"Haih Syakir ni.. aku baru ingat nak ajak dia makan red velvet harini , tapi tipon off pulak.." Gumamnya perlahan sebelum menyisip semula ke dalam beg tangan. Beg roda pula ditarik keluar dari KLIA ke tempat parking. 

"Balik rumah la jawabnya.." Gumamnya lagi.

~ ~ ~ ~

Kereta Farahin kini diparkir elok di depan rumah agam milik Dato' Amari. Entah kenapa hatinya terdetik untuk melawat rumah mertuanya. Sudah lama benar tidak nampak bapa mertuanya. Walaupun mereka dalam satu bagunan tapi jarang sekali nampak muka tu.. Yalah dia kan kena kerja dengan Daniel. 

Namun kini dia sudah berada depan pintu pagar rumah milik Dato' Amari. Tapi berat hati dia hendak masuk. Al maklumlah, ada lagi orang yang tak suka akan dirinya ini dalam keluarga Dato' Amari selain Daniel. 

"Mama.. " gumamnya perlahan sebelum mengeluh panjang. Kepalanya dihantuk sekali pada stereng. Dia menarik nafas panjang cuba mengumpul tenaga dan kekuatan untuk berdepan dengan ibu mertuanya. Apabila  sudah bersedia Farahin keluar dari dalam kereta dan terus berjalan ke depan pagar besar rumah Dato' Amari. 

Tiba-tiba ada satu pelukan mengejut dari belakang Farahin. Terus menjerit Farahin dek terkejut, meronta-ronta dalam pelukan . 

"Whoa whoa.. chill Far. it's me Daniel. Your beloved husband." Ujar Daniel lembut tapi masih memeluk Farahin. "L-lepas la! A-aku tak suka! Lepas!!" Tangan Daniel yang memeluk erat Farahin cuba dilepaskan sekuat mungkin. Air mata mula bergenang di mata. "Lepas la Dani.. A-aku tak suk..." 

Tiba-tiba badan Farahin melemah. Kakinya mula longlai. Kepalanya kian pening dan sakit. Farahin akhirnya pitam dalam pelukan Daniel. "Far? F-far? Oi Far ! Jangan buat lawak la.. " Pipi Farahin ditepuknya untuk menyedarkan Farahin tapi lansung tiada tindak balas. 

Dia cemas. "Mama!! Ila! Tolong !" Laung Daniel terus mendukung Farahin. Orang dalam rumah yang dengar jeritan Daniel terus bergegas keluar. "Ya Allah kenapa ni Daniel!" Datin Arifah dan Shila terus mendapatkan mereka. 

"Shila! Bawak kereta cepat pergi hospital!" Daniel terus mendukung Farahin masuk kereta seat belakang. Shila tanpa banyak soal terus masuk ke tempat pemandu dan terus memandu laju ke hospital berdekatan. 

~~~~~

Wajah mulus Farahin dipandangnya dengan rasa bersalah. Tangan Farahin digengam erat. "I didn't know.. i'm sorry.." Bisik Daniel perlahan pada telinga Farahin mengharapkan dia dapat dengar. 

Tiba-tiba Shila masuk ke dalam wad beserta Datin Arifah dan Dato' Amari. "Bang long.. kenapa dengan Far?" Soal Shila risau. 

"Doktor cakap.. dia pengsan je.." jawab Daniel sayu. Tangannya masih tidak regang memegang tangan Farahin erat. 

"Lah pengsan je? Budak ni kan.. tak habis-habis nak menyusahkan orang lah." Datin Arifah menyampuk dengan nada menjengkelkan. Baginya Farahin sengaja buat begini untuk dapat perhatian. 

Big Boss SuamikuWhere stories live. Discover now