Bab 9

13.7K 332 40
                                    

Wanita itu tersenyum manis apabila kelibat orang yang dinantikan tiba di muka pintu.

"Assalamualaikum pah.. lama sangat aih tak jumpa" ucap wanita itu apabila sampai dimuka pintu.

"Ish.. yam.. sama la Kita.." katanya lalu saling berjabat dan cium.

"Meh la masuk.. " jemput Datin Arifah pada tetamunya itu. Wanita itu hanya tersenyum dan masuk ke dalam rumah.

"Ha.. duduk lah.. ada apa ni yam?" Soal Datin Arifah pada Datin Maryam sebaik sahaja mengarah bibiknya untuk buatkan air.

"Tak de ape lah.. ni ha.. aku nak Tanya.. anak pah tu memang liar sangat ke..? Yang jenis balik lewat malam tu?" Soal Datin Maryam straight to the point. Datin Arifah sedikit tersentak dengan persoalan Datin Maryam.

"Ape maksud yam ni? Anak pah elok ja aih.. pah didik dia elok ja.." Datin Arifah berasa tidak puas hati apabila dituduh anaknya macam tidak dididik.

"Tak de la Pah oi.. aku ni Tanya ja berdasarkan bukti aku nampak.. anak aku ada ambil gambar lagi send kat aku pah.." balasnya tanpa rasa segan silu.

Membahang muka Datin Arifah apabila dikata begitu. "Yam salah orang kut.. seminggu ni jarang sangat aih dia keluar lewat..".

"Ha.. kalau Pah tak percaya.. meh aku tunjukkan.." ujar Datin Maryam lalu dikeluarkan telefon pintar dari beg tangan Gucci nya dan ditunjukkan gambar yang dimaksudkan. "Ha.. yang ni lah..".

Telefon Datin Maryam dirampasnya.Matanya Datin Arifah seakan akan tidak percaya dengan gambar yang ditunjukkan oleh Datin Maryam. Itu gambar Daniel dalam club yang dikelilingi dengan perempuan tak cukup Kain. Botol botol arak kelihatan bersepah di atas meja.

"Ini bukan anak aku Yam. Aku jaga anak aku elok elok. Kalau Yam datang sini semata mata nak bagi aku sakit hati baik Yam balik." Jawab Datin Arifah dingin dengan nada separa meninggi dan dikembalikan telefon Datin Maryam.

"Pah.. aku nak tunjuk benda betoi ja.. aku nak jugak..anak hang ni.. betoi ka hang jaga dia elok elok.. kalau elok awat dia terjebak dengan benda alah semua tu?" Soal Datin Maryam menghirup teh yang baru disediakan oleh bibik.

"Gambar terbaru lagi tu.. macam minggu lepas kut..macam tu lah.." ujarnya

"Kalau tu anak Yam kan.. kahwin kan je terus.. malu tu biar bini dia yang tangung.."tambahnya lagi. Niatnya mahu satukan anak perempuannya , Kirana, tapi dibatalkan niat apabila tahu si Daniel tu macam ini perangai dia.

Datin Arifah hanya diam tak berkutik. 'gambar baru? Ini mesti Farahin ajar anak aku bukan bukan! Sampai habis malu muka aku!' tuduh Datin Arifah dalam hati.

"Yam.. balik la dulu.. aku nak keluar kejap lepas ni.." tipu Datin Arifah. Sebenarnya dia tak nak air mukanya jatuh lagi depan kawan baiknya itu.

"Hmm yalah Pah.. aku balik dulu.. " dia terus bangun dan menyalam Datin Arifah.

Datin Arifah hanya berada di ambang pintu melihat kereta kawannya meluncur pergi.

"Kurang ajar punya budak.. dah aku suruh jaga anak aku elok elok kau bawak dia tempat maksiat!" Terus dicapai telefonnya dan mendail anaknya.

Big Boss SuamikuWhere stories live. Discover now