Bab 25

11.5K 268 19
                                    

Jam ditangan dikilas sebentar sebelum kembali cuba untuk fokus pada kerja di depan mata. Ini dah dekat 10 kali ulang alik tengok jam. Rambut yang segak diawal pagi tadi sudah lama dikusutkan sampai menjadi serabai. Kali ini telefon pintar diambil untuk tengok jam. 

Diletak kembali telefonnya sebelum bngun menghadap permandangan luar untuk menenangkan rasa gelisahnya. Dia kembali pada meja kerja dan kalender diambil. Dikira-kira hari yang sudah berlalu. "yup.. a week has passed..and she's coming.." gumamnya perlahan sebelum mengkusutkan rambutnya lagi. 

Kalender ditangannya digengam kuat sebelum mencampaknya ke arah sofa. Macam-macam sekarang ni yang ada dalam kepala Daniel. And dia buntu! 

"Arrrghhhhhh!" Berang Daniel tiba-tiba seorang diri lalu menolak semua barang di atas meja sehingga berteraburan di lantai. 

Tombol pintu dipulas laju dan muncul lah Farahin dibalik pintu. Barang-barang yang berteraburan di lantai hanya dipandangnya pelik sebelum mengalih pandangannya ke arah Daniel. 

"What's wrong?" Soal Farahin risau dengan tingkah laku Daniel sepanjang minggu ni. Daniel macam cold je dengannya. Bukan tu je, kadang-kadang ada masa tengah bersembang dengannya boleh pula dia fikirkan tentang benda lain. Muka Daniel pun macam lesu saja, selera makan pun kadang-kadang ada kadang tak.

Farahin bukannya apa, dia just risau dengan Daniel. Mana lah tau.. Daniel tu tengah sakit ke ape macam dalam cerita korea tu tapi saje disembunyikan. Pastu last sekali Daniel akan tinggalkannya. 'Daniel.. mati..?' muka Farahin berubah pucat sebelum menggeleng-geleng imej di mana 'Daniel mati' macam watak hero korea tu. Eiii! Tak nak!

Daniel menggeleng perlahan sebelum kembali duduk dengan lemah di kerusinya. Jam ditangannya lagi sekali dikilas sebelum dia menutup mata dan mengurut dahinya. 

Farahin yang memerhatikan Daniel hanya mengeluh panjang. Tanpa arahan Farahin mengutip barang-barang yang jatuh dan diletkkan semula atas meja. Lagi sekali dia memandang Daniel tapi lansung tak berubah dari posisi tadi. Lagi sekali Farahin mengeluh panjang.

"Bagitau je lah saya.. kot kot la saya boleh bantu.. saya ni is-"

"Get out." Arah Daniel dingin dengan suara perlahan. Farahin kurang dengar apa yang Daniel cakap "What did you s-"

"I said get out!" Kini nada Daniel tinggi sedikit. Farahin tersentap. "B-but why? Saye ni nak tolong awak lah.. tak-"

"GET THE FUCK OUT OF HERE!!" Terus Farahin dijerkahnya sehingga bahunya tersentak sedikit. Mungkin tak pernah nampak Daniel marah seperti ini. Tanpa mengundang, air mata sudah penuh di tubir mata. 'Argh! damn eyes!' Farahin memarahi dirinya sebelum laju berlari keluar dari bilik Daniel. 

Sejurus sahaja Farahin keluar dari bilik Daniel menumbuk mejanya. "Argh Fuck!" Makinya sebelum bergegas keluar untuk mendapatkan Farahin. Dia tahu itu salahnya kerana melepaskan kekusutan dan amarahnya pada Farahin yang hanya ingin tahu kenapa dengan dirinya. Tapi itulah, Farahin jugalah punca dia kusut ni!

Baru berlari sampai ke hallway langkah kakinya terhenti apabila melihat Farahin dengan..Syakir. Berpelukan. Wajahnya yang cemberut tadi terus bertukar menjadi senyuman sinis. Tak semena-mena Daniel ketawa dengan tangannya menutupi mukanya. 

Nasib ketawa Daniel tu lansung tak didengari oleh Farahin. Syakir pula perasan kehadiran Daniel tetapi lansung tak menghiraukannya. Malahan pelukannya dieratkan lagi. 

Big Boss SuamikuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora