Bab 24

11.6K 268 12
                                    

Hari Hari seterusnya berlalu seperti biasa di dalam rumah agam Dato' Amari.


Hubungan Daniel dan Farahin sudah semakin mesra. Dato' Amari yang sedar akan perubahan anak lelakinya hanya memanjatkan syukur pada Ilahi. Walaupun tidak lah ketara sangat pun perubahannya tetapi masih bersyukur.

Akan tetapi, Datin Arifah masih dingin. Apabila Farahin ada sahaja di rumah, dia hanya terperap di dalam bilik. Malahan, apabila waktu makan bersama Datin Arifah hanya mengarahkan bibik untuk menghantar makanan ke dalam bilik. Walau sudah habis makan, pinggan Kotor itu juga dibawa kembali oleh bibik. Senang cakap , bak permaisuri lah layanannya.

Dato' Amari lansung tidak peduli dengan sikap Datin Arifah. Semenjak ini , Dato' Amari sering sibuk dengan kerja luar negara. Boleh dikatakan hampir setiap 2minggu dia akan keluar negara untuk menyelesaikan hal perniagaan. 

Abang Farahin pula, si Saiful. Kini sudah bekerja di syarikat Dato' Amari cuma di bidang lain lah berbanding Farahin. Setelah aje Farrahin keluar dari hospital, Dato' Amari terus tawar dia untuk bekerja di syarikat. Saiful apa lagi, rezeki jangan ditolak jadi dia terus ambil peluang. Kini Saiful tinggal di rumah Farahin untuk sementara waktu. Memandangkan Farahin kini tinggal di rumah Dato' Amari. 

Syakir? Hm.. Syakir kalau ikutkan sudah hampir sebulan menghilang. Tiada kata manis di awal pagi pada telefon Farahin. Malahan di ofis pun Farahin lansung tidak nampak kelibat Syakir. Kadangkala hati Farahin tertanya-tanya juga, sihatkah Syakir ? Kenapa dia dah tak datang macam selalu? Dah putus asakah dia?. Sejujurnya, ada juga lah rasa rindupada Syakir. Sebab? sebab sejak adanya Syakirlah hidup Farahin ada peneman. Kalau nak harapkan si mamat toya tu, huh! 

~~~

"Far.. where did you put my book?" Soal Daniel cuba mencari buku novel yang baru dibelinya. Farahin yang sibuk dengan hal kerja yang berlambak diberi oleh suami sendiri! Hanya menjeling Daniel dari jauh. Lansung tak kisah.

"Far.. don't make me repeat.. you'll regret it, I say"  ugut Daniel dengan senyuman sinis yang terukir pada bibir.

Farahin hanya mengeluh panjang sebelum bangun dengan malas ke arah laci meja. Laci ditarik dan buku berkulit hitam putih diambilnya dan terus diberi pada Daniel. Muka Farahin lansung tak mesra ,malah makin mencerut kerana kalau tak disebabkan kerja yang Daniel bagi , dia sudah lama berada di depan tv melayan cerita Korea. Sudah lah kerja yang Daniel bagi tu, due date nya esok! Kejam kan? Huhu..

Daniel hanya tersengih. Bukan dia tak tau cerita Korea favorite Farahin akan berlansung malam ni. Tapi dia sengaja buat begitu.

Ini semua sebab nak balas balik. Haritu ada perlawanan bola sepak pasukan diminatinya, tetapi tak dapat menontonnya kerana tengah malam tu Farahin tiba-tiba nak makan ice cream Oreo. Oleh kerana isteri, dia pergi juga beli. Sudah la sevenEleven tu jauh dari rumah! Bukan tu je, dah beli ice cream Oreo tu, Farahin dah pun tertidur. Sesungguhnya, hanya tuhan tahu perasaannya tika itu.

Tiba-tiba telefon Daniel berbunyi. Ada panggilan. Daniel tengok skrin telefonnya sekilas sebelum keluar dari bilik dengan senyuman.

Farahin pula hanya memerhati gerak laku Daniel dari ekoran mata. Amat musykil. Hati isteri mana yang tak sakit hati bila suami tengah syok bercinta di belakang. Bukan dia tak perasan sejak perkara yang berlaku di rumahnya dulu.

Big Boss SuamikuWhere stories live. Discover now