Bahagian 5

207 0 0
                                    


Tepat jam 2 petang, kami berdua terus menuju ke Plaza Angsana yang terletak di Johor Bahru. Satu-satunya pasar raya yang sering menjadi kunjungan aku dan Azmer setiap kali tiada kuliah. Aku dan Azmer hanya menyewa dua orang sahaja di Taman Pelangi. Sengaja kami merancang untuk tinggal berdua kerana mahukan privacy serta keselesaan. Tahu sahajalah kalau tinggal meyewa ramai-ramai ni, ada macam-macam perangai. Tak sanggup aku nak hadapi itu semua.

Kami berdua baru sahaja tiba di pintu hadapan bowling Plaza Angsana. Ramai juga orang yang datang ke tempat ini. Rata-rata di antara mereka terdiri daripada pasangan kekasih dan ada juga yang datang bersama rakan-rakan atau keluarga. Dari jauh, mata aku sudah dapat menangkap susuk tubuh seorang gadis yang cukup aku kenali. Apabila aku toleh semula, kelibatnya terus menghilang begitu sahaja. Ah, barangkali aku salah tengok tadi. Aku cuba menyedapkan hati. Tak mungkin dia, bisik hati kecilku.

"Kau tengok apa tu? Tekun betul aku tengok," tegur Azmer setelah dia membayar harga tiket untuk dua orang di kaunter. Aku buat-buat terkejut apabila disergah begitu.

"Eh, tak ada lah. Aku cuma tengok gelagat budak-budak kat sana tu." Aku cuba mencari dalih agar Azmer tidak mencurigai tingkahku sebentar tadi.

"Ish, macam-macamlah kau ni. Aku tengok dah macam orang angau saja. Pelik aku." Azmer hanya menggeleng-gelengkan kepala memerhatikan kerenahku.

"Wei, cepatlah pilih tempat. Aku dah tak sabar ni nak kalahkan kau. Kau dah ready ke nak fight dengan aku?" soal Azmer seakan mendabik dada. Mentang-mentanglah dia hero main bowling. Sengajalah tu nak kenakan aku. Kau tengok saja kejap lagi, ya. Tunggu!

"Jomlah!"

Kami memilih sebuah tempat yang agak hujung sedikit. Itu pun, Azmer yang pilih. Aku ikut saja rentak dia. Aku terus memakai kasut khas yang disediakan sambil membetulkan butang baju yang terbuka.

"Sayanglah kat situ ada orang. Kalau tak, aku lebih suka main kat tempat paling hujung. Apa nak buatkan, kita dah lambat sangat sampai tadi," rungut Azmer padaku.

"Kat mana?" Aku sengaja bertanya walaupun dari awal lagi aku sudah tahu di mana tempat yang dimaksudkan olehnya.

"Itu hah, kat situ!" tunjuknya tepat ke arah dua pasangan kekasih yang begitu mesra berbual. Maklumlah, orang tengah hangat bercinta. Kat tempat awam macam ini pun masih tidak tahu malu nak bermesra-mesra begitu. Macamlah mereka sahaja yang bercinta di dalam dunia ini. Meluat betul aku.

Aku masih lagi memerhatikan gerak-geri pasangan merpati dua sejoli itu sejak tadi. Seperti ada daya tarikan yang memaksa aku untuk melihat gadis itu lebih lama. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Sebaik sahaja gadis itu berpaling memandang teman lelakinya, jantung aku terus berdegup kencang. Sekencang taufan La Nina. Aku cukup kenal dengan gadis itu. Tidak mungkin pelanduk dua serupa.

Sherly Amanda! Sebaris nama keramat itu tiba-tiba terpacul keluar dari bibir aku. Tanpa sedar aku seperti sedang berada dalam situasi cemas tidak menentu. Dahiku sudah berpeluh-peluh menyaksikan aksi mesra mereka berdua. Ah, memang dialah. Cik Rambut Perang, gadis pujaan aku.

"Ha, apa kau cakap tadi. Sherly Amanda?" soal Azmer sedikit pelik. Dia terus mendapatkan aku apabila menyedari aku menyebut nama gadis itu.

"Eh, kau dengar ke apa yang aku cakap tadi?" Aku sedikit pelik kerana Azmer dapat mendengar suara kecilku. Bukankah aku cakap di dalam hati tadi? Musykil betul.

"La, dah tentulah dengar. Suara kau tu dah macam pembesar suara tahu tak. Kau biar betul nampak Cik Sherly kat sini. Kat mana dia sekarang?"

"Mer, aku malu wei. Entah-entah dia dengar suara aku tadi. Itu hah dia, kat sebelah kita ni saja." Aku meluruskan jari telunjuk ke arah Sherly Amanda yang begitu tekun memerhatikan kerenah teman lelakinya bermain bowling.

Azmer menepuk dahi beberapa kali seolah-olah tidak percaya. Dia sendiri tidak menyangka pensyarah muda kami itu berada di sini bersama tunang tersayang. Seperti sudah dirancang pula.

"Alamak, Reyl. Nampaknya kau orang berdua ada jodohlah. Tak disangka-sangka, Cik Rambut Perang kita tu ada kat sini. Bertuahlah kau," usik Azmer padaku.

"Apanya yang bertuah. Malang adalah tahu tak. Sakitnya mata aku tengok tunang dia tu. Macam kasanova alias buaya tembaga saja. Menyampah betul aku." Aku mencebikkan bibir tanda tidak senang dengan pertemuan ini.

"Ala, yang kau menyampah tu tunang dia saja, kan. Bukan Cik Sherly. Hehee..."

"Tak ada maknanyalah. Pergi jahanamlah dengan semua tu. Dahlah, cepat main. Siapa yang nak mula dulu ni. Kau atau aku?" tanyaku sambil kalih wajah ke arah hadapan.

"Biar aku saja yang mulakan dulu. Kau sabar sikitlah. Buat bertenang. Jangan gelabah sangat. Takkan lari gunung dikejar, Reyl. Biar aku mulakan permainan kalah mati ni, ya." Azmer terus menyakat aku dalam sindiran halusnya. Dia kembali menumpukan perhatian pada permainan bowling. Untuk pertama kalinya, kesemua pin jatuh sesuai dengan corak permainannya yang hebat itu. Selepas ini, giliran aku pula.

"Camna, hebat tak aku?" Azmer sedikit bangga dengan pencapaiannya itu.

"Bolehlah. Dah nama pun permulaan game kan. Mestilah nak kena jatuh semua pin. Kalau tak jatuh tadi buat malu aje jadi hero bowling." Aku memulangkan paku buah keras padanya.

Bola yang masih dalam genggaman tangan aku pegang erat-erat. Apatah lagi apabila saat ini, giliran aku dan Sherly Amanda yang bermain. Tambah bersemangat aku jadinya kerana dalam diam dia masih sempat mengukirkan senyuman padaku walaupun aku tidak membalasnya. Bibir ini tidak mampu melebarkan senyuman saat melihat wajah berlagak tunang kesayangan Sherly Amanda itu. Makin membuak-buak api kemarahanku.

Untuk sekian kalinya aku menumpukan sepenuh perhatian pada ruang hadapan. Fokus aku cuma satu iaitu untuk menjatuhkan semua pin tanpa tersisa sedikit pun. Aku begitu yakin dengan kekuatan diri yang ada ketika ini. Dengan lafaz bismillah, aku membuat balingan bola sebaik mungkin tanpa ragu-ragu lagi. Sepantas kilat, kesemua pin itu jatuh mengikut apa yang aku rancangkan tadi. Aku menarik nafas lega setelah berhasil melakukannya.

Sherly Amanda di sebelah hanya mampu menumbangkan sembilan pin sahaja. Dia masih mampu tersenyum sebagai tanda ramah. Kalau di kolej, susah sangat nak ramah macam ini. Mentang-mentanglah ada tunang tersayang kat sebelah, nak tunjuk lagaklah tu. Entah kenapa, tiba-tiba aku boleh emosional seperti ini. Sabarlah, wahai hati. Aku mengurut-urut lembut dada agar kemarahanku segera reda.

"Wah, hebatnya kau! Syabas, Reyl. Nampak gaya hari ni ada orang dapat laptop barulah kan." Azmer menepuk-nepuk lembut bahuku seakan memberi semangat untuk aku terus berjuang. Tapi, berjuang untuk apa dan untuk siapa?

"Ish, tak ada lah. Aku kan dah cakap tadi. Nak tebus semula kekalahan aku kat kau dulu. Asyik kalah saja, jatuh juga saham aku ni. Mana nak letak muka aku ni kalau tak jatuh tadi. Dahlah Cik Sherly tu ada, lagilah bersemangat aku nak baling bola." Aku melebarkan senyum saat menerima pujian ikhlas Azmer.

Setelah bertarung hampir beberapa puluh minit, akhirnya aku berjaya juga merampas takhta kejuaraan yang selama ini disandang oleh Azmer. Bangga juga rasanya apabila menang di hadapan gadis yang aku puja dalam diam. Terasa bangga juga tadi. Sherly Amanda dan tunangnya terus berlalu setelah permainan tamat. Aku lihat sepintas lalu wajah lelaki itu untuk mengecam buat kali kedua. Manalah tahu selepas ini aku terserempak dengan dia di mana-mana. Ada juga modal untuk mencari perangkap.

"Tahniah Reyl sebab menang dan dapat laptop Acer idaman kau tu. Aku rela berhabis duit demi sahabat baik aku ni. Kau suka tak?" soal Azmer selepas kami pulang dari Plaza Angsana.

"Tentulah gembira. Dahlah menang, lepas tu dapat pula laptop Acer idaman aku ni. Siapa yang tak gembira. Dan yang paling penting, sebab aku dah buktikan aku hebat di mata Sherly. Tentu dia bangga dengan aku, kan. Tunang dia main pun, tak sehebat aku."

"Hai, puji diri nampak. Itu pun sebab ada aura Sherly, kan. Kalau tak aku rasa kalah juga tadi. Hahaa."

Aku dan Azmer sama-sama ketawa apabila mengenangkan muka cemberut tunangnya yang kalah pada tunang sendiri. Buat malu kaum Adam saja. Cuba bayangkan, dalam sepuluh kali giliran baling bola satu pun tak ada yang jatuh semua. Ish, malunya nak jadi orang lelaki macam tu. Kelakar sangat kalau diingatkan semula. Gaya saja yang macho tapi hampeh.

Cik Rambut PerangWhere stories live. Discover now