Bahagian 8

272 4 2
                                    



"Cik Sherly, saya ada hal nak cakap dengan Cik ni. Saya harap Cik sudi luangkan sedikit masa untuk saya sekejap. Saya mohon sangat." Aku merayu beberapa kali pada Sherly Amanda yang kelihatan agak berat menerima permintaan aku itu.

Ketika itu kami berdua sedang berada di sebuah taman permainan yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Kehadiran aku di rumahnya petang ini pun mujurlah diterima dengan alasan ada urusan berkaitan pelajaran. Kalau tidak, jangan harap dia nak setuju.

"Maafkan saya, Reyl. Saya ada hal kejap lagi, nak jumpa dengan tunang saya. Awak kena faham situasi saya sekarang. Jangan rosakkan plan kami ni," marahnya lagi.

"Saya tak ada niat nak buat macam tu kat Cik Sherly. Tapi, perkara ini lebih penting dari segala-galanya. Ini soal masa depan Cik," ucapku secara sedar. Aku menelan kelat air liur kerana perasaan aku saat ini terlalu gementar apabila berhadapan dengan insan yang aku sayangi ini.

"Apa yang awak cakap? Soal masa depan saya. Saya dah tersilap dengar ke ni? Awak tu hanyalah pelajar saya saja dan saya ini merupakan pensyarah awak. So, awak tak layak dan tidak ada hak hendak menentukan masa depan saya. Belajar pun tak habis lagi, ada hati nak jadi penasihat saya. Lebih baik awak berambus dari sini sebelum saya menjerit," tengkingnya agak kuat.

Aku terpempan seketika melihat perubahan sikapnya pada diri aku. Berlainan benar jika hendak dibandingkan degan tingkah mesranya sebelum ini. Atas dasar cinta, aku turutkan juga hati untuk menahan telinga mendengar herdikannya. Biarlah apa sahaja yang dia ingin katakan aku tidak ambil peduli lagi.

"Maafkan saya, Cik. Saya betul-betul merayu kali ini. Ini untuk kebaikan Cik Sherly juga," terangku lagi tanpa berselindung.

"Apa yang awak merepek ni, Reyl. Saya betul-betul tak faham tahu tak."

"Saya cuma nak cakapkan sesuatu berkaitan dengan tunang Cik Sherly tu. Saya harap Cik sudi dengar apa yang saya nak sampaikan ni."

Sherly Amanda tidak mengendahkan kata-kataku itu. Dia terus berlalu pergi meninggalkan aku sendirian di situ. Aku tidak berputus asa mengejarnya sebelum terlambat. Dia harus tahu perkara itu. Ini soal masa depannya kelak. Tolonglah faham, sayang. Aku betul-betul sayangkan kau.

"Dengar dulu cakap saya ni, Cik. Semalam saya terserempak dengan tunang Cik Sherly. Dia sedang berpimpin tangan dengan seorang gadis yang saya rasa girlfriend dia. Saya tak buta lagi untuk cam wajah dia. Saya nak Cik tahu perangai sebenar tunang Cik tu. Please, Cik Sherly! Please believe me!"

Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi untuk meyakinkan Sherly Amanda. Kalau aku menjerit sekali pun dan beritahu satu dunia perihal tunangnya itu, dia tetap tidak akan percaya. Kalau dah terlampau cinta begitulah jadinya. Dah buta mata hati dan telinga untuk mendengar nasihat orang.

"Saya dah silap dengar atau pun awak yang salah cakap ni. Saya lebih kenal siapa tunang saya berbanding awak. Jangan nak cuba reka cerita palsu macam ni, Reyl. Sampai mati pun saya tak akan percaya cakap awak. Dasar penipu!" Meletus ayat penuh berbisa dari mulut gadis yang aku sanjung tinggi itu. Terasa pedih menikam hingga ke sudut hati.

"Saya betul-betul tak sangka perangai awak macam ni, kan. Mati-mati saya ingat awak ni seorang lelaki yang baik dan jujur kat saya. Apa yang awak dapat hah dengan buat cerita palsu begini? Siapa yang upah awak. Cakap Reyl, cakap?"

Kesabaran Sherly Amanda benar-benar teruji saat ini tatkala aku mencurigai tingkah tunang kesayangannya itu. Dia tidak dapat menerima hakikat itu kerana baginya itu semua hanyalah cerita palsu yang sengaja aku reka untuk meretakkan perhubungan mereka berdua.

"Saya sanggup bersumpah demi nama Allah. Jangan anggap saya sengaja retakkan hubungan Cik Sherly. Saya tak ada niat langsung nak buat macam tu. Jangan letakkan saya dalam situasi yang saya sendiri tak dapat terima."

"Sudahlah, Reyl. Tak ada gunanya saya nak bercakap dengan orang yang busuk hati macam awak ni. Lepas ni saya tak nak tahu lagi pasal awak. Pergi jahanam!"

Sherly Amanda benar-benar nekad dengan ucapannya itu. Perkataan pedas itu terasa pedih serta menghiris tangkai hati ini. Jika aku tidak kuatkan semangat, sudah lama aku rebah di situ. Namun, aku bukanlah seorang lelaki yang tewas dalam merebut cinta suci. Cinta aku padanya perlu dipertahankan selagi aku terdaya.

Aku mempercepatkan langkah mengekori geraknya. Sebelum perkara buruk berlaku kepada Sherly Amanda, biarlah aku berkorban untuk sesaat dua sahaja lagi untuk menyelamatkan keadaan. Aku tidak sanggup membiarkan dia tewas dalam genggaman manusia bertopengkan syaitan seperti lelaki keparat itu.

"Nanti dulu Cik Sherly!" Aku pantas menarik lengannya agak kuat. Dia tersentak dengan perbuatanku yang dirasakan terlalu biadap serta tidak menghormatinya sebagai seorang gadis. Aku tidak punya pilihan lain selain cara itu. Maafkan aku, Sherly.

"Lepaskan tangan saya, Reyl. Awak dah tak siuman ke? Saya cakap lepaskan tangan saya. Awak dah pekak ke?" Suaranya kedengaran meninggi dengan wajah yang menyingga.

"Saya hanya akan lepaskan tangan Cik kalau Cik dengar segala ucapan saya tadi. Tolonglah Cik, percayalah cakap saya ni. Saya benar-benar merayu." Aku sanggup berlutut di kakinya seandainya itu mampu merubah hatinya untuk mempercayai segala kata-kataku.

"Awak jangan ingat saya bodoh nak percaya bulat-bulat cakap awak ni. Jangan bermimpi di siang hari, Reyl." Usai berkata-kata, tiba-tiba satu tamparan kuat hinggap di sebelah pipi kananku. Terasa berbekas telapak tangan kecilnya melekat di pipiku. Sakitnya tidaklah sekuat mana jika hendak dibandingkan dengan rasa sakit di hati ini. Pedihnya rasa hati ini lebih berbisa dari sembilu.

"Terima kasih Reyl atas segala-galanya. Terima kasih kerana menaburkan cerita palsu kat saya. Saya benci nak tengok muka awak lagi kat sini. Lebih baik awak berambus sebelum saya panggil orang untuk halau awak. Berambus!" teriaknya sambil teresak-esak menangis. Matanya sudah merah kerana terlalu banyak menangis. Hati lelakiku terusik juga melihat keadaannya itu. Bukan niat aku untuk menyakitkan hati dia. Aku cuma nak dia tahu yang aku betul-betul sayangkan dia dan tidak mahu perkara buruk terjadi pada dia.

Untuk tidak mengeruhkan keadaan yang semakin tegang ini, aku mengambil langkah beredar meninggalkan dia sendirian di situ. Biarlah dia tenang dahulu. Aku tidak mahu menambahkan beban di fikirannya. Aku pergi dahulu, sayang. Jangan pernah kau membenci diriku. Apa saja yang terjadi, Ryl tetap tunggu Sherly. Begitu janjiku padanya.

...bersambung...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 18, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cik Rambut PerangWhere stories live. Discover now