Bahagian 6

204 0 0
                                    

Setiba hari yang ditetapkan, hari ini merupakan saat untuk menghantar assignment yang diberi kira-kira tiga minggu yang lepas. Mujurlah aku dapat menyiapkan dalam jangka waktu yang ditetapkan. Lebih-lebih lagi berkat laptop Acer pemberian Azmer itu. Kalau tidak, jangan harap nak siap secepat ini. Lagi satu, kerana aura Sherly yang memaksa diri menyiapkan assignment itu walaupun terpaksa bersengkang mata sampai ke waktu pagi.

"Semuanya dah siapkan assignment tu ke?" tanya Sherly Amanda, memecah keheningan di pagi Jumaat ini. Semua mata terpaku pada susuk tubuhnya yang kelihatan sopan pagi ini. Biasanya, dia tidak pernah memakai baju kurung apabila hadir mengajar di kuliah. Kali ini berlainan pula tingkahnya. Sopan sahaja, macam perempuan melayu terakhir.

"Saya belum siap lagi Cik Sherly. Tinggal beberapa page saja lagi," ujar Esha tanpa segan. Orang lain semua dah siap, dia seorang sahaja yang tertinggal bas.

"Hai Esha. Macam mana awak tak boleh siapkan dalam tempoh masa tiga minggu yang saya berikan. Biasanya, awak dah siapkan awal-awal lagi. Kali ini, apa yang tak kena?" Sherly Amanda memusatkan perhatian kepada Esha yang kelihatan serba-salah untuk menjawab pertanyaaan itu.

"Saya sibuk sikir Cik sejak akhir-akhir ni. Ada kerja," jawabnya takut-takut.

"Biasalah Cik Sherly. Dia kan banyak bisnes kat luar sana tu. Manalah sempat nak siapkan assignment. 24 jam asyik sibuk memanjang." Tiba-tiba Azmer menyampuk perbualan mereka berdua. Dia memang suka menyakat Esha sejak dulu. Entah-entah, dia ada hati kat Esha kot. Manalah tahu kan.

"Kau ni pandai-pandai aje kan nak kenakan orang." 

Aku segera menyiku lengannya agar dia cepat sedar diri akan apa yang diucapkan sebentar tadi. Sibuk sangatlah mamat ni nak jaga tepi kain orang. Cukup-cukuplah jaga kain sendiri yang berlambak-lambak kat rumah tu. Kain apa lagi yang nak kena jaga kalau bukan kain pelekat. Bersepah-sepah di dalam bilik dia. Dah macam tempat ternak tikus saja aku tengok.

"Ha Reyl, mana assignment awak? Yang lain semua dah hantar. Awak tak ada hantar pun saya tengok." Kali ini aku terjerat dengan pertanyaan Sherly Amanda. Muka aku sudah merah padam menahan malu.

"Oh, ada-ada. Saya dah siapkan Cik Sherly. Kejap ya." Aku pantas menyelongkar begku untuk mengambil tugasan yang telah berjaya aku siapkan awal pagi semalam. Mujurlah aku sempat menghabiskannya.

"Ini dia, Cik," hulurku padanya yang ketika itu sedang duduk di kerusinya.

"Emm, bagus," ucapnya lembut.

Aku terus mahu berlalu setelah meletakkan tugasan itu di atas mejanya.

"Eh, nanti dulu Reyl!" Tiba-tiba dia memanggilku kembali. Langkah kakiku terus terhenti sebaik mendengar suara manjanya.

"Ya, Cik. Ada apa lagi? Assignment saya tersilap buat ke?" tanyaku sedikit gelabah.

"Bukan pasal tu. Tapi pasal semalam. Tak sangkakan awak ni hebat juga main bowling. Nanti ada masa saya nak ajak awak dengan Azmer main bowling dengan saya. Saya belanja awak berdua nanti," bisiknya perlahan agar tidak didengari oleh pelajar-pelajar lain.

"Ok, no problem." Saat melafazkan perkataan itu, dunia ini aku rasakan terlau indah. Tidak menyangka, perkhabaran itu yang aku terima awal-awal pagi begini.

Seusai itu, aku terus duduk dengan senyuman meleret di bibir. Azmer di sebelah buat muka pelik melihat tingkahku yang agak riang saat itu.

"Wei, kenapa aku happy semacam saja ni? Baru menang loteri ke?" ajunya laju.

"Menang loteri mak lu. Bila masa pula aku main loteri ni. Sori sikit, ya. Nanti balik rumah aku cerita kat kau. Kau mesti tak percaya punya dengar cerita aku." Aku merendahkan suara lalu berbisik halus di telinga Azmer untuk menjelaskan hal sebenar.

Azmer hanya terdiam tanpa bersuara, seakan-akan sedang memikirkan perkara penting yang aku ingin sampaikan padanya petang nanti. Dalam keriangan aku itu, aku tidak sedar ada sepasang mata yang sedang leka menatap wajah ini. Aku rasa semacam apabila dia berbuat begitu kerana hakikatnya sudah terang lagi nyata bahawa dia sudah berpunya dan telah dipaterikan dengan ikatan pertunangan.

Tidakmungkin dia sanggup mencemarkan kesucian cinta mereka berdua. Barangkali, inisemua hanya sekadar mainan perasaan aku sahaja. Aku harus membuang perasaan itujauh-jauh kerana aku perlu berpijak di bumi nyata sekarang. Angan-angan sematabukannya menjanjikan kebahagiaan buat aku di masa hadapan. Ah, persetankandengan semua itu.

Cik Rambut PerangWhere stories live. Discover now