OMGMH 2

9.1K 387 50
                                    


"Ya Allah,
Aku mohon biarlah di hadapan - Mu
saja aku rebah,dihadapan manusia aku tabah."

Waktu menunjukkan jam empat petang. Tiga puluh minit lagi waktu solat asar akan tiba.Sementara aku menunggu kehadiran solat asar , aku bersiar siar di sekitar sekolah ini. Selama seminggu aku sekolah disini alhamdulillah ramai pelajar boleh menerima aku .

Sedang aku berjalan sekitar taman bunga sekolah itu , tiba tiba aku dapat merasakan tubuh ku dilanggar dan bahu ku berasa panas.Aku menoleh ke arah bahu ku dan -

" Auch! Panasnya! Ish siapa langgar aku tadi ! Tak reti nak minta maaf ke?Tak guna punya budak!" Marah aku semakin membuak buak. Siapa je tak marah? Heish budak ni kalau sumbat dalam lubang tandas boleh tak? Biar masuk berita kepala seorang remaja disumbat ke dalam lubang tandas! Haha hati aku !

"Buat apa nak minta maaf dengan budak yang tak tau adab?"

Krakkk hancur hati aku !

"Eh kau yang langgar aku still tak nak mengalah?" Kata kata aku dengan pandangan yang tajam! Biar kau tau aku ni singa ke langsuir! Erk langsuir?

"Aku akan minta maaf dengan orang yang tau adab sesama sendiri. Bukan orang macam kau ,orang langgar sikit dah panggil aku tak guna ."

Aku pandang mamat tu ! Dia pandang aku dengan tersenyum sinis! Eii kalau lah aku diberikan kuasa power rangers tu , dah lama budak ni aku kerjakan!

"Sikit kau kata? Sikit sampai air milo kau tu tumpah atas bahu aku?"

"Dah kau nak suruh aku ganti baju kau! Macam tu?" Tanya dia dengan perasaan marah.

" Tak! Aku nak kau ganti dengan kata maaf kau!" Aku memang pantang orang tak minta maaf ni! Kalau salah aku takpe jugak, ni salah dia sepatutnya dia yang mintak maaf dengan aku!

"Ok fine! I'm sorry ok?"

"Keikhlasan kau zero kau tahu!" Jeritku pada dia .. Biar dia tahu macam mana lawan mulut dengan perempuan. Padan muka bluekkkkkk!

"Kau takkan nampak keikhlasan aku sebab ikhlas itu ghaib. Jadi jangan mempersoalkan aku ikhlas atau tidak. Itu rahsia aku dengan Allah. By the way sorry again." Lelaki itu hanya berlalu setelah memberi ceramah free of charge . Wow he the one in the million.

Aku dapat rasakan renjatan dalam tubuh aku. Rasa perasaan yang agak sukar diperkatakan..Arghhh Iman cepat sangat melting dengan lelaki bertopengkan muka ini!

Aku memegang dadaku. Oh my god why heart beat aku ini laju semacam! Oh no no no!

"Heck! Aku jatuh cinta ke apa? Euw jatuh cinta hahahah!"

Nonsense aku nak jatuh cinta bagai!

•••

Aku melangkah longlai ke arah dorm aku. Kelihatan Farah bersiap untuk menunaikan solat asar. Mana lagi budak 6 orang tu? Arghh tak kisah yang penting pergi ambil wuduk dulu!

Selepas menunaikan solat asar.Aku melipat telekung dan sejadah. Aku melangkah ke arah meja belajarku . Aku membuka buku Addmath . Memang subjek killer aku!

OMG! Mr. HeadprefectWhere stories live. Discover now