OMGMH 25

5.1K 334 101
                                    

"Jangan katakan itu dusta"

"Adik ooo adik bangun bangun."

Aku menggeliat perlahan. Kenapa Kak Mira kejut tengah malam ni.

"Kenapa kak?"

"Kita akan buat game burung hantu. Iman tolong kejut kawan kawan kamu ye."

Pergh game burung hantu doo! Haih harap harap iman aku ni kuat ler.

***

"Perhatian sila beratur mengikut kumpulan masing masing"

Kelihatan semua pelajar gagah menahan katuk tapi tak semua ada jer yang tidur atas bahu kawan kawan mereka. Kena kejut pukul 12:00 tengah malam kot!

"Iman aku mengantuklah." Mengadu Farah kepadaku. Bukan hang sorang ja ngantuk Farah ramai lagi wooo!

"Aku tak mengantuk aku takut. Ha kau tak takut?"

"Gila ke tak takut rasa nak pecah jantung aku bila dengar diorang nak buat game ni. Aku mana pernah lagi main game macam ni."

"Tulah tapi ada baiknya jugak. Kita dapat pengalamankan?"

"Yelah tapi rasa seram sejuk tu meresap sepenuhnya dalam diri aku tau dah la kena jalan sorang sorang jarak antara kita pulak dah 2 meter hengko rasa?"

Aku tak menjawab persoalan Farah. Betul jugak kata Farah katakanlah terjumpa benda tu macam mana tu?
Haih dahla Iman tak yah nak fikir bukan bukan Allah sentiasa bersama hambanya.

"Diminta kumpulan satu berbaris memanjang."

Kelihatan Izuan menjadi orang pertama di hadapan kemudian dituruti Adam , Haqiem,Rael  dan Izuwan.

Abang Afiq menyuruh Izuan memegang tali yang agak nipis. Tali talapia kot. Entah aku pon tak tahu. Abang Afiq berbisik kepada Izuan. Izuan hanya menganggukkannya. Aku hanya memandang Izuan yang sudah masuk ke dalam hutan. Allahu dia tak takut ke. Setelah 5 minit pemergian Izuan tiba giliran Adam pulak! Kenapa hati aku rasa tak sedap ni?"
Minit berganti minit. Tiba giliran aku pula memasuki hutan ini. Ketar lutut kaki macam nak rebah pon ada.

"Ha Iman kamu dah sedia?" Abang Afiq mula bersuara.

"Erkk dah kot" kataku tetapi ada sedikit gagap disitu.

"Iman jangan risau game ni nak menguji ketakutan kamu semua. Jangan risau kitaorang ada jer dekat sebalik semak semua tu. Ni abang nak bagitau code rahsia ni. Katakanlah kamu jalan jalan tiba tiba ada sorang dekat depan kamu tapi kamu tak tahu sapekan? Kamu tanya dia nombor 1 hingga 9. Tapi kalau dia jawab nombor 5. Ingat kamu just lintas dia saja. Jangan layan. Kamu faham maksud abangkan?  Hanya no 1 hingga 9 jer kita guna kecuali nombor 5. Hanya kita semua je tau nombor code ni.

Aku menelan liur. Aduh takutnya!

Tali talapia dipegang dengan perasaan gementar. Aku jalan perlahan lahan ke dalam hutan. Sunyi je hanya cengkerik yang berbunyi . Warna awan yang berwarna biru biru kehitaman seakan akan mahu hujan menakutkan aku.

Setelah 15 minit ku masuk ke dalam hutan ini tiba tiba aku rasa tak sedap hati.Kenapa ye?

"Kreeek"

Terdengar seperti ada yang memijak ranting kayu. Seperti dibelakang aku ada seseorang. Tak dek pape kot. Aku hanya menyedapkan hati aku. Aku terus berjalan ke hadapan tanpa menoleh kanan kiri belakang hanya focus ke hadapan. Sekali lagi bunyi ranting seperti dipijak. Malah ada seseorang memegang bahu ku.
Ya Allah apakah semua ini?

•••

"Weh mana Adam weh?" Risau Izuan.

OMG! Mr. HeadprefectWhere stories live. Discover now