OMGMH 4

6.9K 316 34
                                    

"Ya Allah, jauhkanlah diriku dari perasaan yang sia sia, dan kurniakanlah padaku, hati yang baik dan sentiasa tenang."

"Mak!" Laungku sesudahnya aku sampai ke dapur. Agak agak mak masak apa hea?

" Ye sayang." Sahut mak dengan penuh kasih sayang.Acewah berbunga kau Iman mak panggil sayang. Mesti ayah jealous! AHAHAH.

"Mak masak apa?" Kataku sambil mengambil bau masakan mak. Kecur air liur melihat hidangan ikan siakap masak tiga rasa! Ya Allah terima kasih atas nikmat ini.

"Haih, tak nampak ke ikan siakap masak tiga rasa nih?" Tanya mak dengan nada perli.

"Hehe." Aku tersengih sambil buat simbol peace!

"Anak dara mak ni dah kebah ke demam tu?" Tanya mak dengan perasaan risau.

"Alhamdulillah dah baik sikit."

Huh aku tak nak kena lagi kejadian 3 hari yang lepas, sampai aku demam teruk dan terpaksa pulang ke rumah lebih awal .Hohoho balik awal sikit dari kawan kawan aku!

Flashback

Kus semangat aku! Perlahan lahan aku toleh ke kiri ..

"Arghhh!!! Hantu bungkus pakai bedak mak cun!" Jerit aku dengan kuat apabila melihat seorang figura bermuka putih sambil berbungkus seperti orang dah meninggal.

Aleya perasaan akan jeritan aku begitu jugak dengan rakan yang lain.
Aleya cepat cepat membuka suis lampu ...

"Woi Iman ni aku lah syu!"

"Warghh jangan kacau aku wahai hantu yang berbau!" Jerit aku sambil mengibas ngibas kan tanganku ke udara dengan mata yang tertutup.

"Iman!" Pang! Syu menampar aku kerana aku tak dapat mengawal diri .

Dum!

Aku jatuh ke lantai. Aku melihat sekeliling hurmm agak kabur lalu semuanya jadi gelap.

•••

Aku membuka mata perlahan lahan lahan . Kelihatan agak kabur sedikit.

"Iman?" Uish..suara siapa nih? Garau pulak tu? Tapi macam aku kenal.

Aku menggosok mata aku dengan perlahan lahan lalu melihat gerangan yang memanggil aku.

Aduhai!

Mamat loji rupanya! Dia buat apa kat sini? Eh jap aku kat mana nih?

"Kau buat apa kat sini?" Kata aku dengan sedikit kasar.

Dia memandang aku dengan pandangan tajam.

Hek eleh aku korek biji mata tu baru tau!

"Cikgu Hafizah suruh aku teman kau dekat sini. Kau pengsan tadi."

Aik aku pengsan? Kenapa hea?

"Kenapa aku pengsan? Kenapa kau pulak yang kena teman aku? Kenapa  bukan kawan aku? Lagipun kita bukan mahram duduk berduaan dekat sini!"

Ha ambik kau! Bertalu bertalu aku tanya mamat loji nih!

Eiii minah kerek ni mujur aku teman kalau hantu teman ha innallillah jawabnya. Huishhh sabar Adam.

OMG! Mr. HeadprefectWhere stories live. Discover now