OMGMH 22

4.5K 287 45
                                    

Bunyi cengkerik pada  pagi subuh ini mengejutkan ku dari tidur yang lena. Alhamdulillah. Mengucap syukur kerana dapat menghembus nafas lagi di bumi ini. Zip khemah dibuka perlahan. Jam berjenama Baby-G dilihat sepintas lalu. Huarghh dah pukul  5:50 pagi nih. Tudung sarung yang terletak elok diatas beg itu di ambil lalu dipakai. Perlahan lahan keluar dari khemah. Menghirup udara segar hutan ini. Awan tidak kelihatan biru malah masih gelap.

Mengikut pesanan Kak Mira semalam pelajar mesti berkumpul di markas perkhemahan pada pukul 7:30 pagi. Alemek! Kena kejut kawan kawan ni! Nanti tak sempat!

Kaki mengorak langkah masuk ke dalam khemah semula. Perlahan lahan aku menepuk bahu Aleya. Hah dah ada gerak gerak dah tu. Tapi malang cubaan aku sia sia saje. Heish ni tak leh jadi ni . Aha hehehehehe jangan marah hea Aleya.

"Ma rabbuka " ucap ku perlahan ke arah telinga Aleya.

"Allahhuakhbar!" Mengucap Aleya.

Masyallah seram pulak aku tengok Aleya ni. Dengan rambut serabainya! Serupa macam hantu kak limah!

Farah dan Tas terkejut serentak apabila mendengar Aleya mengucap.

"Ahahahahaha! Tulah tidur mati lagi aku kejut tak nak bangun! Ni lah padahnya!"

"Kau ni Iman, terkejut ambe ingatkan dah betul betul arwah tak di!" Aleya mencebik. Hish tak kelakar tau tak!

"Hehe sorry Al. Dah la jom pergi mandi aku kejut awal awal ni pon takut nanti tandas penuh. Korang bawa la apa apa barang basah untuk korang guna nanti. Aku nak pi kejut kawan kita tiga orang lagi tu."

"Okay Iman" Jawab Farah.

Aku mengambil semua barang basah oh tak lupa jugak plastik kosong nanti nak letak baju basah! Aku memulakan langkah pertama. Hehe jom lah pergi kejut diorang nanti sian diorang kena tinggal!

Zip khemah Syu,Teha dan Zila dibuka perlahan. Kaki perlahan lahan mengorak langkah memasuki khemah tersebut. Amboi amboi lena betul hang pa semua tidoq!

"Oi oi. Bangun dah pagi ni."

Krik,Krik,Krik. Ceh tak dek sape pon bangun!

"Ehem! Bangun!!!!!" Jerit ku dengan nada kuat sikit!

Ketiga tiganya bangun serentak. Oh tidak macam mumia aku tengok sorang sorang .

"Ha bangun pon.Dah cepat bawa barang basah korang. Aku kira sampai 3 je kalau tak aku tinggal."

"Satu"

"Aduh kejap Iman. Kejap!"

Aku buat tak endah je hahaha!

"Dua"

"Sabo Iman sabo!"

"Dua setengah!"

"Jap jap berus gigi aku tak jumpa lagi ni!" Gelabah Teha.

"Dua suku"

"Tig-"

Ting semua dah bersedia pergi perang bilik air! Hahah!

OMG! Mr. HeadprefectDonde viven las historias. Descúbrelo ahora