Pagi, Sekolah
Aku tak cukup tidur semalam gara-gara menyiapkan kerja rumahku yang tertimbun. Selalunya, pagi-pagi lagi aku akan menyiapkannya tapi oleh kerana aku diajak keluar oleh rakan subahat aku, Daniel Mikail pada waktu paginya. Aku terpaksa menyiapkannya pada waktu malam.
Kuap yang tidak dapat ku tahan terganggu apabila kawan ‘kesayangan’ aku ni menampar belakangku tanpa simpati.
“Kau memang nak mati awal kan?,” ugutku padanya. Tapi dibalas dengan gelakan tawa.
“How’s your date dengan bakal suami kau tu?,” soal Mira tersenyum.menampakkan giginya. “And more important, mana gambar-gambar yang aku pinta?,”
Aku mengeluh, aku dah agak. Budak ni pura-pura je nak ambil tahu tentang hal aku. Aku mengambil sepucuk surat yang berisi gambar-gambar abang Ariel dan kak Maya yang ku ambil kelmarin.
Aku menghulurkan surat tapi menarik kembali apabila Mira ingin mengambilnya. “For your information, aku dengan Daniel tak setuju nak kahwin so he is not my future husband,”
Mira memang menjengkelkan apabila dia buat muka tak kisah dia. Entah, macam mana boleh dia menjadi teman rapat aku. Hairan aku dibuatnya.
Sampai saja surat tu ke tangannya, terus dirobeknya untuk menyegerakan hasratnya untuk melihat isi perut surat.
“Good,” kata Mira lalu tersenyum puas. Ini yang aku takut ni, orang sepatutnya marah ke, kecewa ke, ini tak. Senyum macam orang gila pulak aku tengok dia ni. “Sekurang-kurangnya dia tak cantik like I imagined though,”
Aku mengeluh, budak ni. Aku tak tahu sama ada nak memarahi dia atau terus berdiam. Kerana buat apa aku nak marah pada orang yang jujur? Sangat jujur, sebenarnya.
Aku berpeluk tubuh, “Whatever, tapi sekarang mana duit aku?”
“Esuk aku bagi, tadi pagi tak sempat nak ke bank,”
“Isnin better ada,”
Aku menjeling, aku dah masak sangat lah dengan perangai kawan ‘kesayangan’ aku ni. Aku terus masuk ke kelas meninggalkan dia yang sedang ‘menikmati’ gambarnya.
Perangai obsessnya ni kekadang menakutkan aku. Aku tak lah teruk macam dia. Itu sebab aku tak pernah suka kat orang, serius macam dia, maaf. Pembetulan, aku tak pernah suka kat orang, ‘gila’ macam dia.
Aku melabuhkan punggung ke tempat dudukku di kelas. Hari ni, pelajar sekelasku bercerita lebih nyaring. Aku tak tahu pulak hari ni, mereka di ‘charged’ penuh. Itu yang mungkin menyebabkan mulut mereka tak mahu diam.
“Woish, hot gila lah mamat tu!,” bisik perempuan di sisi ku sekarang ni. Boleh tak mereka ni berceloteh jauh sikit dari aku. Menyusahkan. “Aku senyum, dia pun senyum~,”
Aku tahu mereka tak ingin berbual dengan aku. Tapi kadang-kadang tu aku rasa mereka ni ingin mencemburukan aku dengan sengaja ketawa nyaring dan melirik-lirik ke arahku.
“Oh, my god. Dia ni baru turun dari langit ke apa?,” kata perempuan yang sama-sama menggagalkan rancangan untuk aku aman sekarang ni. Mereka kemudian tertawa beramai-ramai memandang skrin tablet di tangan. “So handsome”
Aku tak faham lah dengan spesis aku ni, semua lelaki dikatakan tampan, kacak atau apa-apa lah, ada sekali tu pembersih yang berkerja kat sekolah kami ni pun dipujinya kacak. Sewel betul.
Meja di hadapan aku sekarang menjadi tempat untuk aku meletakkan kepala aku. Aku rasa sangat…mengantuk.
“Tutuplah mulut tu, besar macam badak je lagaknya,” tegur Mira, betul-betul berdiri di hadapan aku.
YOU ARE READING
Projek Bantah Kahwin
Romance10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat ke belum ni?," Aku, Lisa bersepakat dengan lelaki pilihan mama aku si Daniel tu, untuk tidak menjayakan rancangan mama kitaorang. Aku tak nak...