Rehat di Lorong sekolah,
“Daa, aku akan dapatkan dia, he’s mine,” beritahu perempuan tergedik dunia, Shila pada kawan-kawannya. Aku selalu terdengar ayat macam tu kat mulut dia. Memang lah awal-awal tu aku terkejut mati tapi sekarang dah basi.
Aku membuka lokerku, lalu menyimpan barang-barang yang perlu. Selepas ni, pelajaran matematik dengan cikgu Ariel potato. Maaf, hanya cikgu Ariel. Kat mana aku simpan buku, oh ini dia.
“Tapi Shila, Daniel macam tak berminat je tak macam yang lain,”
Oh, jadi sekarang dia nak Daniel lah? Semoga berjaya. Memang Daniel tak berminat dengan perempuan gedik macam kau. Terima kasih, Lola kerana memberitahu itu kat kawan kau tu.
Shila tergelak macam hantu, “Itu baru permulaan,”
Aku menutup kasar pintu lokerku, membuatkan yang lain terperanjat kegedikan, aku menoleh kepada mereka dan,
“Sorry,”
Dan aku buat itu dengan sengaja.
Dalam perjalananku ke kelas, aku nampak CIKGU Ariel berbicara dengan seseorang dalam staff room nya. Agaknya kak Maya.
“...cintakan awak,” ucap seorang perempuan. Sah lah kak Maya, suaranya tu aku dah kenal sangat.
“Maaf, Maya,” kini suara abang Ariel pulak kedengaran. Maaf? Eh?
Esh, yang aku menyibuk ni kenapa? Tunggu, bukan salah aku pintu tu tak tertutup rapat pun. Aku tetiba terpandang mata abang Ariel melihat aku. Aku buat muka tak bersalah aku.
Sebab memang aku tak salah.
Abang Ariel segera menutup pintu staff room nya. Bergegar dinding sekolah dek hempasan kuat pintu tadi.
Marah lah tu, aku ternampak diarong berasmara. Ewww.. Aku melangkah laju ke kelasku. Kalau aku beritahu Mira yang musuh dia ada kat sini, apa agaknya reaksinya?
Hehehe..
Rumah,
Aku membaringkan diriku ke atas katil empukku yang sangat ku sayangi. Uuu, baunya sungguh harum. Mesti mama Umi dah basuhkan tadi pagi.
Dua kali kali dua,
Tepuk tangan sama sama,Aku mengeluh mendengar lagu ringtone yang terpasang kerana ada panggilan masuk. Ini mesti kerja si Mira yang menukar lagu panggilanku ni. Budak tu.
“Assalamualaikum,” ucapku sebelum sempat melihat papan skrin untuk melihat siapa yang menghubungiku.
“Waalaikumsalam,”
Aku tak kenal langsung suara ni. Aku menunggu si pemanggil untuk menyatakan hasratnya kenapa dia menelefon.
“Hello?,” kataku setelah tiada langsung respon. Masih tiada respon. Siapa yang telefon aku ni? Aku lihat skrin telefonku tanda ‘private number’ tertulis di skrin “Siapa ni?,”
Tut.. Tut.. Tut..
Kurang ajar punya orang. Sudah lah matikan talian macam tu aje. Menghabiskan kredit telefonku pulak tu.
Aku mengeluh kuat, membaringkan badanku kembali. Kenapa waktu macam ni aku teringatkan Daniel Mikail?
Tak kan aku dah suka kot?
Aku menggelengkan kepalaku, tak ada lah. Kalau ya aku dah suka, pasti aku dengan bahagianya nak kahwin dengan dia.
Kahwin? Tak sangka, zaman sekarang pun ada hal macam hidup aku ni.Macam movie pulak aku rasa hidupku ini.
Patung beruang putihku ku tatap, baru sedar yang aku sudah lama memiliki teman tidurku ini. Aku ambil bahagian yang dapat ku capai dari badannya lalu ku bawa ke pelukanku. Tak ku sedar, aku terlelap.
Malam,
“Tak kira, Malisa kena kahwin dengan Zul jugak!,” jerit seorang lelaki tua. Suaranya kedengaran sampai ke bilik tingkat atas aku. Siapa yang berani menjerit-jerit dalam rumah mama Umi ku ni?
“Luqman, tolong lah. Jangan paksa anak kita buat macam ni, Lisa satu-satunya keluarga yang saya ada selain awak,” rayu mama Umi. Luqman? Kurang ajar orang tua tu!
Aku pantas berlari, menuruni anak tangga untuk mendapatkan mama Umi ku. Silap-silap hari bulan,
“Kurang ajar kau ni-,”
“Hoi,” jeritku berharap jeritanku dapat mematikan perbuatan orang tua di hadapanku yang sudah mengangkat tangan untuk memukul mama Umi ku. “Kau buat apa kat sini?,”
“Lisa-,”
“Ma, apa yang orang tua ni buat kat sini? Dia tak layak mengijakkan kaki ke rumah ni,” bentakku. Aku lihat orang tua tu sedang cuba menenangkan diri.
“Lisa, dia papa kamu. Kamu tak boleh cakap macam tu kat papa kamu,”
“Ma, orang tua ni bukan papa saya. Seorang papa, tidak akan meninggalkan keluarganya untuk perempuan lain. Dia tak layak dipanggil ayah!!,”
“Lisa, papa tahu kesalahan papa berat untuk kamu maafkan. Tapi-,”
“Kalau kau tahu, dipersilakan untuk keluar dari rumah ni,”
“Papa nak kamu kahwin dengan Zul. Dia seorang usahawan yang berjaya, anak kawan papa. Papa nak kamu kahwin dengan dia dan papa yakin dia dapat bahagiakan kamu dan mama kamu dengan masa depan yang cerah,”
“Aku dah setuju kahwin dengan Daniel,” itu sahaja alasan yang dapat ku luahkan.
“Daniel?,”
“Ya, anak mama Mila,”
Aku pandang mama Umi supaya dia dapat menyokong aku. Tapi dia hanya menunduk, mungkin kerana takut pada lelaki tak guna ni.
“Si Mila tu,” kata lelaki ini dengan nada geramnya. Aku tidak mengendahkannya dengan memimpin mama Umi ke biliknya. “Papa nak kahwinkan kamu dengan Zul,”
Orang tua ni, kena juga penampar aku karang.
“Pergi,”
“Lisa,” pujuk mama Umi.
“You are not welcome here,“ ucapku tegas. Aku tak akan sesekali maafkan dia. Dia dah khianati keluarga ini sekali dan tak mustahil ianya akan berulang.
Sebelum memasuki bilik mama Umi, aku terdengar pintu depan utama rumahku dibuka lalu ditutup kembali. Mesti orang tua tu dah balik. Aku mengeluh sebelum tercenggang memandang muka mama Umi yang tersenyum ceria.
“Setuju lah, kahwin dengan Daniel?,”
Aku menggeleng, “Itu hanya alasan lah mama,”
Mama Umi menunuduk selepas tersenyum hambar. Aku paling tak suka melihat mama Umi ku ini kecewa. Itu adalah perkara kedua paling ku benci.
YOU ARE READING
Projek Bantah Kahwin
Romance10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat ke belum ni?," Aku, Lisa bersepakat dengan lelaki pilihan mama aku si Daniel tu, untuk tidak menjayakan rancangan mama kitaorang. Aku tak nak...