Bab 14

12.7K 484 12
                                    

Esuk,

Aku hairan memandang Mira yang seperti dalam ketakutan apabila tiba sahaja period mathematik. Aku tak tahu kenapa, mungkin dia memang takut dengan abang Ariel. Kata suka.

“Hoi, Mira. Kau ok ke?,” soalku sekali gus mengejutkannya. Ni parah ni, setahuku Mira ni tak senang terkejut kecuali dia tengah gementar.

“Hah, ya. Ok,” jawap Mira sambil tersenyum palsu. Macam ada yang tak kena je.

“Good Morning, class,” tegur cikgu Ariel. Ugh, masuk je cikgu tu ke dalam kelas aku dapat rasa aura muram dia mengelilingi kelas.

Ceh, memang ada yang tak kena ni. Pengantin baru betul ke apa mereka ni?

Rehat,

“Ayam makan ayam, serius aku pernah nampak,” beritahu Mira padaku. Tapi aku buat endah tak endah je dengan ceritanya. “Swear,”

Aku menggangguk sahaja kononnya tertarik dengan cerita Mira yang terlihat ayam memakan ayam. Hmm, perangai dia macam ok je.

Aku tak tahu apa yang terjadi tapi aku yakin Mira dan abang Ariel mesti ada masalah. Yelah, kahwin tak dirancang macam tu memang ada masalah.

“Mira,” panggilku. Dia memandang aku, “Kau dengan ‘dia’, ya kau tahu siapa, ok ke?,”

Mira seperti teragak-agak untuk menjawap, “Ya, kami ok. Kenapa muka aku ni ada tanda tak ok ye?,”

“Yup,”

Mira tertunduk, muka ceria plastik dia terus berubah serius. Dia kemudian melabuhkan punggung di hadapanku. Aish, kenapa aku dapat rasa aura tak baik je ni?

“Sebenarnya,”

Dia menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. Ok, here we go, aku menggelokkan posisi dudukku.

“That guy, dia..dia cakap dia tak akan acknowledge aku sebagai hmm isteri dia. Like tak akan,” perlahan Mira mengutarakan jawapannya. “Dan dia cakap, dia tak akan pernah anggap aku wujud,”

Aku terpana mendengar kata-kata yang aku rasa sangat ‘selfish’. Selama aku mengenali abang Ariel, aku tidak pernah tahu abang Ariel ni ada sisi yang buruk seperti ini.

“What?,”

“Ya,” beritahu Mira.

“Macam drama lah,”

“Ak-,” kata-kata Mira tersekat, aku tahu dia ni sedang menahan diri dari menangis. “Aku takut, aku tak nak dia benci kat aku sebab aku sayang dia,”

“Kau nak tak aku beritahu mama dia?,”

Mira menggeleng laju, “Tapi, aku tak nak dia benci aku lagi, mungkin ini salah aku. Ini salah aku mencintai orang yang tak sepatutnya, ini balasan aku kerana pernah...mengharap hubungan dia dan perempuan tu tak berjaya. Ini-,”

“Stop, Mira. Allah tu maha adil, aku tahu that guy dan perempuan tu sebenarnya memang ada masalah, dan sepatutnya that guy patut bersyukur kerana kau ada untuk menyelamatkan maruah keluarga mereka yang hampir jatuh. Well, sebenarnya memang dah jatuh dan aku tak tahu mengapa mama Mila pilih kau untuk jadi ganti-,”

“Err, Lisa. Sebenarnya,....aku yang tawarkan diri,” tergagap Mira bercakap.

“What?,”

“Ya, masa Daniel tarik kau keluar, keadaan dalam masjid kecoh. Masa tu aku tengok muka mama Mila merah sangat menahan malu apa tah lagi mak cik Minah, masa tu lah aku tawarkan diri, aku tak nak mereka malu,” cerita Mira.

Oh, aku tak tahu si Mira ni cinta mati kat abang Ariel. Sampai sanggup korbankan masa hadapannya demi abang Ariel. Dalam diam, timbul rasa bangga kepada sahabatku ini.

Projek Bantah KahwinWhere stories live. Discover now