Bab 33

11.1K 457 28
                                    

Dia isteri saya,”

Kata-kata itu, masih terngia-ngia di telingaku. Sungguh indah. Mira, jangan nak menangis pulak! Wah, tawa halus tadi bagai muzik ke telingaku dan..

“Amira Dhuha Salleh!,” teriak jururawat yang melihat sekelilingnya. Aduh, namaku dipanggil lah pulak. Dari melihat muka bengis jururawat tu, meati dia dah panggil namaku banyak kali.

Baru saja aku ingin bangkit, Cikgu Ariel yang mengeluh tadinya sudah bangkit lalu berarak ke arah kaunter ubat. Habis lah aku kena hembur nanti! Mengapa aku selalu berangan-angan ni?

Aku lihat jururawat tadi tersenyum-senyum melihat Cikgu Ariel yang sudah berdiri di hadapannya. Hoi, laki aku tu. Kau jangan, habis koyak rabak nanti muka, otak kau tu.

Bagai kerbau, aku hanya menghembuskan nafas geram lalu memeluk tubuhku. Ceh! Ceh!

“Tunggu, apa lagi?,” soal Cikgu Ariel memandangku dengan aura hitamnya. Ehh, aku lupa yang aku dah buat dia marah.

Kereta,

Gaah, kesunyian ini mampu membunuhku. Ya Allah, kalau iya pun cikgu. Tolonglah pasang radio tu. Ini kalau nak bernafas pun aku kena hati-hati. Takut nafasku akan mampu membuat bising dalam kereta.

Tarik nafas~

Tahan nafas.

“Nak makan ubat tu sekarang tak?,” soal Cikgu Ariel tetiba.

Sesak nafas.

Hembus nafas..

Oleh kerana tadi sunyi semacam, hampir-hampir aku fikir telefon aku yang berbunyi tadi. “Kalau tak, kita singgah minum dulu,” cadang Cikgu Ariel.

“Arr, kalau tak menyusahkan cikgu,” kataku tergagap seketika. Sungguh.. Sungguh aku tak sangka dia seperihatin begini. Aku terharu.

“Kita singgah kat kedai makan depan tu,”

Oh, cikgu. Jangan lah galakkan harapanku untuk bersama cikgu. Kalau tak, lepas kita berpisah. Aku cintaku makin dalam!

Kedai makan,

“Bismillah,” kataku lalu menyumbatkan pil-pil yang diberi tadi. Antaranya pil tidur dan pil antibiotik. Aku tak tahu pulak aku ni demam. Ugh, pahit. Aku memang dari dulu bermusuh dengan kau wahai ubat-ubatan!

Tetapi hari ni, aku akan membuat pengecualian. Kerana hari ni aku kena tunjukkan depan suami idaman aku ni, yang aku bukan bufak kecil lagi. Ho!

Cikgu Ariel ku pandang sudah mengerutkan dahinya.

“Kamu makan pil tidur awal ni juga?,”

“Ya,”

“Kamu tak rasa mengantuk ke?,”

Aku tergelak, “Tak kan lah, kesannya begitu cepat Cikgu,” nama saja cikgu. Haih.

Cikgu Ariel mengeluh, “Kamu dah baca arahan belakang plastik tu?,”

Eh?

Apa?

Apa ada?

“Pil ini boleh membuatkan pesakit mengantuk serta merta. Elakkan dari memandu, dan jauhi dari pencapaian kanak-kanak,” bacaku dengan nada panik. Aku memandang Cikgu Ariel dengan muka cemasku. “Macam mana ni?,”

Cikgu Ariel mengeluh, “Awas kamu, kalau kamu tertidur dalam kereta,”

Sebelum aku sempat merungut, pelayan sudah datang menghantar makanan kami. Aish, apahal budak skema ni pandang aku semacam je? Aku dah berlaki lah.

Projek Bantah KahwinWhere stories live. Discover now