“Kamu bukan lagi angin bagiku,”
Oh, kenapa ada bunga pulak kat dalam bilik ni. Haha, ilusiku rupanya. Ah, romantiknya saat ini, adakah ini syurga cinta? Tapi kenapa muka Cikgu Ariel masam je tu.
“Terima kasih, akhir-,”
“Kamu ni, bagaikan taufan bagi aku sekarang,” marah Cikgu Ariel lalu mengambil tuala kering yang baru untuk melapkan rambutnya.
Taufan? Benda tu tak baik kan?
“Sana sini, walau cuba dielak tapi masih menyusahkan orang,” pekik Cikgu Ariel lalu merengus mencari bajunya.
“Apa yang saya dah buat?,” soalku benggang. Aku ada buat perangai tak baik ke masa ku tidur. Aku...tidur ayu kan tadi? Tangan kat batal. Muka aku tak basah pun, jadi air liurku tak mengalir.
Habis? Kenapa dia terus-terus nak marah-marah ni?
“Yang kamu tidur kat lantai ruang tamu tu buat apa? Kalau segala semut, tikus masuk kat dalam baju kamu, baru kamu tahu!,”
“Kalau Cikgu yang masuk kan lebih baik,” gunamku dengan suara serendah mungkin.
“Apa?,”
“Tak ada apa,”
Cikgu Ariel mengeluh, “Kamu tu dah lah berat,”
Oh, jadi dia lah yang ‘jalan’kan aku ke bilik kami? Ceh, tak ikhlas langsung!
“Saya tak berat sangat ok?,”
“Yes, you are, rasanya macam mengangkat 10 guni beras,” kata Cikgu Ariel lalu memalingkan wajahnya ke arah kanan lalu tertawa kecil.
Oh, pandai dia nak mengata aku sekarang.
“Argh, ye lah. Mira akan pindah bilik tidur kat bilik tetamu, kalau itu pun tak dapat nak sedapkan hati Cikgu, saya akan pindah ke rumah mama Laila,”
“Hah, kenapa kamu tak lakukan semua ini dari awal?,”
Aku merenungnya, memang dia nak sangat-sangat usir aku ke? Wahai suami, hati isterimu ni terluka.
“I thought we have chance,”
“I told you, kita memang tak ada peluang, you are my student, dan itu tak akan merubah apa-apa,”
“Bla..bla..bla, bosan aku mendengar,” kataku cuba melangkah keluar dari bilik tidur kami. Aku dah tak tahan nak terus-terusan bergaduh macam ni, nantinya dia lebih benci lagi pada-
Buk!
Tiba-tiba kedua tangan Cikgu Ariel menghempas ke pintu sekali gus memerangkap aku di dalam kepungannya. Ehh..
“Sekali lagi kau bersikap macam tu kat cikgu kamu, cikgu akan denda kamu,” Cikgu Ariel memberi amaran. Matanya tepat memandangku, “Faham?,”
Aku mengangguk laju, seramnya!
“Good,”
Tangannya segera diangkatnya. Jangan nak tampar aku pulak..
Eh.
“Hmm, kamu kena rehat lebih sikit untuk sihat sepenuhnya,” nasihat Cikgu Ariel dengan tangannya masih berada di dahiku. Kami bertentangan mata untuk seketika. Setelah beberapa saat, dengan selambanya dia pergi begitu saja.
Selepas dia buatkan degupan jantungku tak normal. Oi, tanggung jawab lah sikit!!
Setelah aku membersihkan diri atau dalam erti kata lain, mandi. Aku hanya memandang Cikgu Ariel yang membaca buku dia yang tebal dia buat aku nak pengsan je.
Setelah selesai berpakaian, aku segera merebahkan diri di katil kami. Hari ni, mungkin hari bahgia aku. Ini lah durasi paling aku rasa panjang bila bercakap dengan Cikgu Ariel.
“Selamat malam, Cikgu,” kataku. Seperti biasa sebelum melelapkan mataku. Heh, selalu dah aku ucapkan tiap-tiap malam.
“Hmm, malam,”
Aku terkejut dengan balasan kata-kata itu. Ini lah pertama kali dia membalas! Memang hari bahgia sangat! Aku kalau boleh tak nak tidur, kerana tak nak Cikgu Ariel berubah kembali menjadi yang dingin melampau tapi sisa ubat tidur tadi masih ada.
Mungkin kah, masih ada harapan untukku merebut hati Cikgu Ariel ni?
Esuk, di kereta,
Dengan selesanya aku mendudukkan diri, bila masuk saja di kereta yang dipandu orang yang dah mengambil hatiku secara haram. Haha, atau dalam erti kata lain, mencuri hatiku.
“Lisa macam mana, Daniel?,” soalku laju kerana ingin mengetahui tentang Lisa cepat. Kerana tadi ada saja yang menghalang kami untuk berbicara.
“Baik, ada juga lah dia tanya kenapa kak tak sekolah,” beritahu Daniel sambil matanya masih terarah pada bukunya.
“Kelmarin ada tak cikgu ganti untuk abang?,” tanya Cikgu Ariel pulak.
“Ada,”
Aku memang perasan yang mood Daniel hari ni tak berapa baik. Jangan-jangan gaduh tak dengan Lisa? Budak tu, dia selalu buat perangai kalau dengan Daniel. Ada saja dia nak buat Daniel ni salah.
Tapi, kalau dilihat dari segi eksperasi Daniel sekarang memang pergaduhan mereka agak tegang lah. Ehh..
“Daniel, kamu gaduh dengan Lisa ke?,” soalku terus.
Eksperasi Daniel agak berkerut, mungkin dia nak tahu dari mana aku tahu, “Macam tu lah kot,”
Aku mengeluh, haih. Kan dah kata. Apa ni? Ditinggalkan sehari, jadi macam ni pulak. Lisa, sediakan lah jawapanmu bila ku sampai ke sekolah nanti.
Sekolah,
Nampak saja aku kelibat Lisa bila keluar dari kereta. Aku terus berlari mendapatinya.
“Kau dan aku, sekarang,” kataku lalu mengheret Lisa ke arah lorong sekolah yang tepat pada masanya sunyi ketika ini. Aku abaikan saja rontaannya meminta lepas.
“Oi, Mira. Berani kau ya?,”
Aku melepaskan genggamanku, “Lisa, apa yang kau dah buat kat Daniel?,”
Lisa mencebik, “Tak ada apa,”
Dan bila matanya menjeling macam tu kan, “Tipu,”
“Apa hal kau ni Mira?,”
“Kau gaduh dengan Daniel kan?,”
“Mana ada, dari mana kau dapat cerita aku gaduh dengan Daniel ni?,”
“Muka Daniel tadi menceritakan segalanya,”
“Hah, tak sangka muka pun bercerita,” kata Lisa dengan sarkastiknya. Gah, geramnya aku dengan dia ni. Lisa agaknya terpandang muka geramku, “Argh, aku cuma nak hindari dia, tak boleh ke?,”
“Tak, kalau tak ada alasan,”
“Alasannya, mungkin aku-,”
“Maafkan saya,” tanya seseorang memintas percakapan Lisa. Kami sama-sama memandanh ke arah suara yang memanggil kami.
Wah, comelnya perempuan ni. Walaupun dia agak tinggi dari kami, tapi kecomelannya tetap terserlah. Betul kan dia ni manusia? Bukan patung?
Aduh, redup marah aku kat Lisa sekarang selepas melihat perempuan ni. Wah, rambut panjang tapi nampak sungguh terurus jagaannya. Bulu mata hmm! Cantik.
Pasti anak orang berada ni.
“Daniel Mikail bersekolah di sini kan?,” soal perempuan comel dengan suaranya yang agak berbeza?
Tunggu, dia cari Daniel? Jangan-jangan...
Dia ni teman wanita Daniel tak?
YOU ARE READING
Projek Bantah Kahwin
Romance10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat ke belum ni?," Aku, Lisa bersepakat dengan lelaki pilihan mama aku si Daniel tu, untuk tidak menjayakan rancangan mama kitaorang. Aku tak nak...