3 hari sebelum majlis,
Aku menjeling baju kurung berwarna biru lautku yang tergantung elok di almariku. Disediakan khas untuk aku menghadiri majlis nikah abang Ariel.
Aduh, macam mana aku nak gagalkan rancangan mama Mila ya?
Tapi pasal si Luqman lah, habis projek aku berantakan. Argh! Tak guna!
Rasanya kan, dengan mengetahui Daniel sudah mempunyai teman wanita ni kan. Aku rasa kejayaan projek kami sudah mencapai 75%.
Mati-matian aku fikir si Daniel ni ‘lain’, rupanya aku yang fikir bukan-bukan. Tak baik, Lisa. Tak baik.
Tiga hari lagi, abang Ariel akan bernikah. Lepas tu akan tiba pulak giliran Daniel. Waaaaaaa... Takutnya. Padahal, kami belum buat apa-apa yang membuatkan mama Umi dan mama Mila bertukar fikiran.
Daniel, kita kena buat sesuatu lepas masalah si Luqman tu dengan cepat!
Majlis Nikah abang Ariel,
Tetamu untuk majlis nikah abang Ariel tidak lah dijemput begitu ramai. Sekadar saudara rapat sahaja yang dijemput. Aku tak tahu kenapa tetapi aku pulak yang berdebar.
“Uwaaa,” ku dengar tangisan buruk di sisiku. Aku pandang Mira sedang menghembus-hembus hingus yang ada di hidungnya. Budak ni, aku tak sangka pulak dia ni jugak anak kawan mama Mila.
Agaknya kan, mama Mila ni pernah menubuhkan pusat kawan-kawan bersatu agaknya di sekolah menengah. Tanpa ku sedar, aku mengangguk-angguk.
Atau Mira merayu-rayu minta dibawakan ke mari. Kalau budak ni, tak mustahil semua benda dibuatnya.
Daniel Mikail ku lihat sedang tersenyum berdiri di samping papa Mikail. Ya, bapa dia. Budak kecil berusia sekitar 5 tahun, dipegang papa Mikail, agaknya itu Zaien. Adik bungsu Daniel.
Awww, dia masih comel macam dulu. Ianya menakutkan yang muka papa Mikail, abang Ariel, Daniel dan Zaien seakan seiras. Mereka ni bukan klon kan? Mana lah tahu.
Baju cara melayu warna biru laut dipakai mereka nampak sungguh kemas. Silap-silap hari bulan, orang akan fikir Daniel yang akan berkahwin nanti.
Kemudian abang Ariel muncul dengan berbaju cara melayu putih serta bersingjangkan kain berwarna merah. Bagus, kaca matanya tak ada lah terlondeh sangat.
Tok kadi sudah mengisyharatkan supaya abang Ariel untuk duduk di tempat kushin khas. Tetamu lain pun turut duduk sama. Aku dengan tidak selesanya bersimpuh sopan.
Hey, dalam masjid. Kena lah sopan.
“Mana pengantin perempuannya?,” tanya Tok Kadi.
“Ada kejap,” seorang wanita tua berlari anak menuju ke arah sesuatu sudut. Aish, nak nikah pun masih belum ada kat sini. Apa lah kak Maya buat tu?
“Kita mulakan, ya?,”
Semua mengangguk, Mira ku lihat berpaling dari melihat abang Ariel. Aku tak tahu dia ni serius sangat meminati abang Ariel. Kesian jugak aku tengok.
“Ikut lepas saya ya?,” perintah tok kadi menerima anggukan dari abang Ariel. “Aku nikahkan di-,“
“AAAAHHHHHHH!!!,” jerit seseorang dari sesuatu sudut dari mana kononnya kak Maya berada. Seorang perempuan tua bergegas keluar memegang sepucuk surat.
Semua orang berpaling untuk melihat wajah panik orang tua tadi. Terketar-ketar tangannya menyerahkan surat itu kepada yang aku rasa ibu kepada kak Maya.
“Ya Allah, bang. Maya lari!!,”
Kak Maya lari? Semua orang sudah mula berbisik. Aish, drama apa yang berlaku sekarang ni? Tetiba aku merasa tangan aku ditarik keluar dari masjid ketika riuh rendah dalam masjid.
“Daniel?,” soalku apabila aku sedar keadaan luar masjid agak lebih sunyi. Kami sedikit tercungap-cungap selepas berlari-lari anak keluar.
“Kau tak ada kena-mengena dalam hal ni kan?,”
“Of course not! I thought it was you,” tuduhku lancang.
“No,”
“Bagus lah, aku tak rasa kita ni sekejam begitu pun,” ucapku sedikit lega, mengundang tawa Daniel tercetus.
“I think so too,”
Aku memandang kembali keadaan yang mula menyepi di dalam masjid. “Wow, patut lah aku terdengar abang Ariel dan kaka Maya gaduh masa tu, that explains a lot,”
“Wajah abang Ariel tenang semacam je, mesti dia dah predict ini akan berlaku,” cerita Daniel. “Abang..,”
“So memang dia predict lah?,” soalku bodoh. Kenapa macam ulang-ulang je aku tanya dia ni? “Scary, abang Ariel tu,”
“Aku rasa-,”
“Sah!,” laung orang di dalam masjid.
Eh, siapa yang dah kahwin? Daniel bergegas kembali masuk ke dalam.masjid. Aku juga mengikutinya dari belakang. Boleh ke walau pengantin perempuan tak ada kat sini?
“Kamu boleh pergi ke arah isteri kamu,” beritahu Tok kadi.
“Kak Maya dah balik ke?,” soalku apabila pandanganku dihalang dari melihat operasi nikah dijalankan.
“No,” jawab Daniel.
“Habis?,” Kalau Kak Maya belum balik, habis siapa yang kahwin? Ye lah, tak kan Potato tu nak kahwin sorang-sorang. Kesian pulak.
Tiba-tiba pandanganku untuk melihat abang Ariel menjadi jelas. Eh,
Aku melihat abang Ariel yang sudah membuat perjalanan ke arah..
Mira????
YOU ARE READING
Projek Bantah Kahwin
Romance10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat ke belum ni?," Aku, Lisa bersepakat dengan lelaki pilihan mama aku si Daniel tu, untuk tidak menjayakan rancangan mama kitaorang. Aku tak nak...