KSC | Prolog

32.8K 625 5
                                    

5 Tahun yang lalu ~

Bermula lagi hari baru. Pagi ini terasa dingin kerana dari semalam hujan. Aku termenung dibirai katil memikirkan tentang nasib perkahwinanku minggu depan. Aku teringat perbualanku bersama umi.

Keputusan yang aku sendiri tidak pasti adakah ingin meneruskannya atau membatalkannya. Aku sendiri keliru. Sayu hatiku genap 24 tahun perlu berpisah dari Umi dan Abah.

"Anis.. "Panggil Uminya.

"Ye Umi.. Kenapa? "Tanya Anis.

"Kamu betul-betul ke setuju dengan keputusan Umi dan Abah?" Tanya Umi Anis.

Kepala anis diusap lembut matanya merenung anak mata anis. Anis mengukir senyuman kepada uminya.

"Anis setuju ibu.. mungkin ini takdir dari Allah yang Anis kena kahwin dengan tengku tu." Tuturnya lembut.

Uminya hanya mengangguk dan kembali melihat pemandangan dikampung pada waktu petang. Tenang rasa dan agak sebak akan kehilangan satu-satunya putri tercinta mereka.

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran ketukan pintu bilik Anis dari luar. Tersedar dia dari lamunan. Anis segera membuka pintu dan melihat kakak sepupunya datang. Hatinya gembira hilang sebentar rasa sayu tadi.

"Ya Allah Akak! Lama tak jumpa! " Sapa Anis gembira. Segera tangannya naik menyalam tangan kakak sepupunya Aira.

"Anis.. Akak nak cakap sesuatu ni. Kita masuk bilik dulu ye.." Aira segera mengunci pintu bilik dan menarik anis kearah katil. Ania hanya menurut.

"Akak nak cakap apa? Datang-datang tiada angin tiada ribut ni. Kalau akak nak cakap Tahniah atas perkahwinan anis, Nantilah Anis macam yak percaya kak. Anis dah nak kahwin." Sedih nada yang Anis keluarkan. Aira hanya tersenyum.

"Tahniah tu akak tahulah nanti-nanti akak cakap! Ni lagi penting!" Ujar Aira serius.

Anis masih lagi kebingungan apa yang penting selain meneruskan pernikahan aturan umi dan abah? Dia kembali bertanya.

"Apa dia yang penting sangat kak?" Tanya Anis serius.

"Bakal suami Anis tu pernah datang nak jenguk Anis?" Tanya aira.

"Tak!" Anis menggeleng pelahan.

" Bakal suami Ania pernha datang dan berbincang drngan Umi dan abah?" Tanya Aira lagi.

"Tak!" Anis menggeleng lagi.

" Anis. Maknanya suami Anis tu tak sayangkan Anis atau dia tak cintakan Anis. Sebab tu Dia tak pernah jenguk Anis atau lain-lain." Ujar Aira member pendapat. Anis menghembus nafas pelahan.

" Kak. Dia tak datang jumpa Anis sebab Dia sibuk kerja. Lagipun kami kahwin aturan kak. Jadi kami saling tak mencintai." Beritahu Anis. Aira mengangguk kerana dia faham dengan kata-kata Anis.

" Anis nak akak tolong?" Tawar Aira.

" tolong apa kak?" Anis gadis polos itu masih tidak mengetahui tujuan kedatangan Aira.

" Tolong bagi cara untuk Anis pikat hati bakal suami Anis atau senang cakap Goda suami Anis tu?" Aira tertawa apabila wajah anis menjadi kemerah-merahan kerana perkataan goda itu tadi.

"Go.. goda?" Terkejut Anis dengan kata-kata kakak sepupunya itu.

"Iya! Jadi sekarang bersiap akak nak ajak pergi suatu tempat!" Ajak kak Aira.

"Pergi mana kak?" Aira tersenyum penuh makna.

Mereka berdua menaiki kereta dan menuju ke pusat membeli belah dipekan. Kedai yang hanya menjual barangan untuk wanita itu mereka berfua masuki. Anis terlopong melihat pakaian yang terdedah sana-sini di pamerkan.

"Yang pertama, Anis kena ubah penampilan bila dekat rumah dengan suami jangan asyik baju jubah ni je! Anis kena pakai baju sexy tau! Biar nampak hot !" Bisik Aira sambil memegang baju jubah yang dipakai anis.

Terkejut beruk Anis mendengar perkataan 'sexy' dari mulut kakak sepupunya.

"Anis taknak lahh kak malu! Nanti Tengku Adam tu meluat tengok Anis macam mana?" Dia amat malu jika berkelakuan seperti itu.

Aira tersenyum dengan kata-kata naif Anis. Untuk suami apa salah nya berkorban sikit. Meluat? Tergelak kecil Aira bukan dia tidak punya suami. Dia telah berkahwin lebih 12 tahun. Asam garam rumah tangga sudah lali baginya.

"Anis kena jugak buat kalau tak, suami anis bosan cari lain. Anis nak ke taknak?" Kak Aira semakin bertegas pada Anis.

Anis menggeleng laju. Siapa yang mahu kehilangan suami? Dia akhirnya menurut.

"Nahh, ambik ni! Yang ni pun! Oke ni sekali! Hmm. Ni pun boleh tahan!" begitu banyak baju yang dipilih oleh kakak sepupunya.

Anis bukan jenis yang suka membazir duit. Namun apabila Kak Aira berkata ingin membelanja terpaksa Anis ikut. Jika tidak dia akan dibebel.

"Kak yang ni terlalu sexy lah nanti nmpak dada Anis. Anis tak suka." Dia menolak pemilihan pakaian yang kakak sepupunya pilih. Aira memandang Anis yang begitu innocent baginya.

"Ambik je. Nampak dada lah bagus suami cepat Tet! Tahu-tahu jelah!" Bisik kakak sepupunya perlahan agar tidak didengari orang.

Sempat dia mengusik Anis. Pipi Anis berona merah. Tergelak kecil Aira melihat wajah anis yang semakin panas. Akhirnya, Anis hanya menurut.

Selesai membayar, Anis dibawa kekedai untuk makan setelah penat memilih baju. Mereka menuju ke restoran yang agak mewah. Anis hanya memerhati bungkusan yang dibawanya.

"Akak.. Anis akan setuju dengan apa yang akak rancang. Akak bagitahu je kena buat apa nanti Anis belajar untuk abang adam. Anis akan usaha untuk buat abang Adam tu jatuh cinta kat
Anis.." Kata Anis lalu melemparkan senyuman yang begitu manis kearah Aira.

"Ha! Macam ni lah adik sepupu akak.. Sayang Anis. Akak doakan Adam dapat terima Anis walaupun Anis dengan dia bagai langit dan bumi.." Anis menggangguk dan berazam meneruskan segala rancangan.

Untuk suaminya dia tak ingin gagal untuk mengecapi hari bahagia itu. Dia akan cuba untuk mencipta sebanyak mungkin kenangan itu bersama suami tercinta. Semoga dia berjaya.

Namun lelaki sebeku dan sombong seperti adam akan menerimanya? Atau tidak? Mungkin ego yang mengahalangnya? Semua didalam Kejamnya sebuah cinta.























To be continued ~


This is New version KEJAMNYA SEBUAH CINTA i hope you guys vote and Comment. i will update everyday 🖤 Btw typo abaikan.

- Bring your love, Princess-

Kejamnya sebuah cinta [Complete ♡] Onde histórias criam vida. Descubra agora