KSC | Bab 1

21.5K 500 6
                                    

"Adam.. Rajin-rajin jugaklahh call bakal wife adam tu. Adam kena ingat harini adam kena beli baju pengantin adam dengan Anis.. Kan majlis berlangsung minggu depan. Wedding planner dah ada,catering dah ada,designer baju pengantin pon mummy dah pilihkan ok?." Bebel puan sri marina kepada Anaknya.

Adam memutarkan bola matanya keatas. Hampir setiap hari perkara ini sahaja yang dibicarakan. Naik muak dirinya mendengar.

"Ye mummy, adam ingat semua tu! Lafaz akad nikah pon adam ingat! " ucap adam memerli mamanya.

"Baguslah" Ujar Puan sri Marina.

"mummy minta maaf kalau terlalu mendesak adam untuk kahwin dengan Anis, ni amanat terakhir arwah datuk kepada mummy dan
daddy sebelum dia menghembus nafas terakhir.. Dia kata, anis tu baik, mendengar kata ibubapa dia, sopan santun dan berakhlak.." Sambungnya lagi.

"Hemm.. Yela adam kena terima kenyataan isteri adam tu Anis.." Kata adam terpaksa. Sebelum keluar dari rumah dia mencium pipi mummynya.

Dia benci dengan gadis yang bernama Anis itu. Dia tersenyum sinis dan memikirkan pelbagai cara untuk membatalkan perkahwinannya sebelum ini namun gagal. Akhirnya dia bersetuju.

"Telefon bimbit anis berbunyi.. Dia melihat nama pemanggil tertera nama bakal suaminya. Sedikit menggigil tangannya memegang telefon bimbitnya. Dia berdebar juga.

"Apa yang dia nak ni! " Anis pelik campur teruja.

"Helo, bersiap cepat kita kena ambik baju kena tengok baju pengantin sekrang. " arah Adam.

Anis yang mendengar tidak tidak suka dengan sikap adam yang

"Ok bye!." Anis terus mematikan talian..

Tak reti nak cakap elok-elok la Tengku adam ni.. Nanti lepas aku goda kau baru kau tahu sapa aku yang sebenar. Anis kini bertekad ingin menggoda suaminya nanti. Lihat dan saksikan Tengku Afam Irfan.

Dia mencapai baju kurung merah menyala dan memakai dengan gembira juga berdebat. Tudung hitam dipakai kemas menutupi dadanya. Aurat!

Lima minit kemudian.

Pon! Pon! Pon!

"Yeye kejap-kejap."Anis memakai kasut sarungnya dan membetulkan tudung bagi memastikan anak tudungnya tidak terlalu kebelakang.

"Hissss lambat juga perempuan ni.."getus adam didalam hatinya. Stereng kereta dipegang dengan geram.

Anis terus membuka pintu kereta ferrari adam. geram juga dengan sikap tergesa-gesa adam itu. Suka memaksa haish!

"Saya minta maaf! Saya lambat tadi pakai kasut ni." Katanya kepada adam. Adam memandang kasut yang dipakai anis tanpa minat.

"Kau ni lain kali taknak ikut cakap jela.. Jangan menyusahkan aku. Kerja aku kat office tu berlambak!" Adam amat marah kepada orang yang tidak menepati masa.

Anis hanya diam berkutik dan melihat sikap dingin adam kepadanya. Dia tersenyum kecil dia merasakan adam seperti membebel disepanjang jalan.

"Helo, Selamat datang ke butik 'Praline Dizzer' .. Tengku adam irfan right ? "Kata perempuan lingkungan 30-an itu. Adam mengangguk dan tersenyum. Senyuman palsu.

"Okay this is your future wife right?." Tanya perempuan itu lagi. Adam sekali lagi mengangguk dengan terpaksa.

"Sheila!" Panggil puan victoria yang merupakan pemilik butik termewah.

"Ya boss" kata seorang pekerja disitu lalu menghampiri boss nya.

"Kenalkan ini tengku irfan and his future wife Anis suraya." Perempuan itu tersenyum lalu bersalam tangan bersama Anis. Anis menyambut dengan senyuman.

Kejamnya sebuah cinta [Complete ♡] Where stories live. Discover now