KSC | Bab 5

19.7K 439 9
                                    

Adam merasakan ada tangan yang memeluk pinggangnya.. Dia pelahan-lahan membuka matanya lalu dia melihat seorang wanita yang dibencinya nyenyak tidur dipelukannya.

" Aku peluk perempuan kampung ni?! Ohh aku lupa dia yang beria-ria nak tidur katil." Kata Adam lalu bangun dan menolak Anis jatuh dari katil.

Mujur lah rumah Anis bukan kayu jika tidak telah di dengari oleh Umi dan abahnya. Ini rumah pusaka agak besar dan mewah tapi bukan harta Anis.

"Kenapa Abang tolak saya?" Tanya Anis menyapu punggungnya yang sakit.

"Aku jijik dengan kau!" Adam memandang anis tanpa perasaan.

"Abang.. Apa salah saya?" Anis pelik dengan sikap Adam terlalu membencinya.

"Kau tak payah nak berabang-abang dengan aku! Kau nak tahu sangat salah kau apa kan!? Salah kau sebab kahwin dengan aku!" Tengking Adam.

"Salah kau sebab cuba nak goda aku! Salah kau sebab kau peluk aku dengan badan kau yang busuk tu! faham!?" Sambung Adam lagi lalu mengambil tuala.

Dia mendengar kata-kata Anis yang sedih dan ingin meraih simpati darinya. Dasar perempuan kampung sememangnya kampung!

"Sampai hati abang hina saya. Pernikahan kita berdua ni merupakan kesalahan bagi abang?" Airmata yang cuba ditahan mengalir juga. Anis bangun dan mengelap airmatanya. Adam sempat menoleh kebelakang.

"Iya. Kesalahan terbesar dalam hidup aku!" Adam masuk kedalam tandas.

"Aku cuba bertahan Ya Allah." katanya sayu kedengaran lalu mengukir senyuman walaupun hatinya terluka.

Adam seperti biasa hanya terbaring dikatil dan melihat telefon bimbitnya. Selesai mandi Anis turun untuk membantu ibunya menyiapkan sarapan. Dia selaku menolong uminya menyediakan sarapan.

"Ehh! Awal pengantin baru bangun" tegur Uminya. Senyuman paksa dihadiahkan.

"Mana ada awal Umi dah jam lapan dah ni.
Umi macam tak tahu je Anis bangun jam enam atau tujuh.. Ni paling lambat ni!" Bantah anis dan tersenyum manis. Mahu menutupi luka.

"Ye. Ibu tahu Anak ibu rajin. Makan kuih seri muka tu ibu buatkan khas untuk Anis." Pelawa ibunya.

"Ibu! Tahu-tahu je anis nak makan kuih seri muka buatan ibu. Mesti sedap ni!" Puji Anis. Masakan Uminya tidak boleh ditandingi. Biasalah air tangan ibu. Anis makan dengan berselera sekali.

"Ehem!" Adam berdehem. Senyuman palsu dilemparkan apabila melihat dua anak beranak itu rancak berbual. Dia perlu berlakon lagi.

"Eh adam! Mari sini makan, ibu buat kuih seri muka ni. Khas untuk kamu berdua." Adam menarik kerusi lalu duduk disebelah Anis..

"Sayang... Tolong ambilkan abang Kuih seri muka tu.. Jauh sangat lah.. Tolong please." Lakon Adam.

Anis hampir tercekik mendengar perkataan 'sayang' dari mulut Adam. Dia tahu lakonan lelaki ini sudah bermula. Dia perlu melayankan sahJa.

"Apa abang cakap tadi?.."tanya Anis kerana dia ingin mendengar perkataan sayang itu lagi sekali. Umi Anis mencubit Anis. Suka mengusik sang suami.

"Auch! Umi apa n?! Cubit orang pulak!"Anis menyapu lengan nya yang pedih itu. Anis memuncung mulutnya tanda merajuk.

"Anis, adam nak kuih seri muka tu. kamu ni sempat lagi mengusik kat Adam ye. Ibu yang duduk jauh ni pon dengar tau!"kata ibunya menggeleng dengan perangai anak perempuannya itu.

"Umi takpe Anis ni tak habis mengusik dari semalam kan sayang!?"Adam memeluk bahu Anis dengan kuat. Anis hanya menurut namun idea nakal bermain dikepalanya.

"Ohh kau cabar aku kau tengok akubpunya kuasa pulak." Getusnya hatinya. senyuman sinis tidak terlekang dari bibir.

"Yelaa ibu.. Anis tak puas nak mengusik kat abang ni." Ujar Anis manja.

Anis mencubit pipi suaminya lalu mencuit hidung suaminya dengan menggoda. Hati adam jugak berdebar hebat namun segera ditepis rasa itu.

" Hisss!! Sial punya perempuan kampung merah pipi aku dia cubit. Kau tengok nanti." Adam geram dengan perlakuan Anis yang baginya melampau.

Anis tersenyum kemenangan. Sungguh dia ingin melihat setiap hari telatah adam. Ingin sekali Dia melihat senyuman dan muncungan adam. Bilakah Adam nak berubah? Adakah dia masih bisa melihat semua itu?

Adakah adam akan mencintai nanti? Bagaimana masa hadapannya? Apakah semuanya akan berlalu dengan sangat indah atau sebaliknya? Itulah persoalan yang selalu bermain dia mindanya.

Mereka menyambung makanan yang belum habis tadi. Anis termenung seketika memikirkan segalanya. Dia juga cuba untuk mengusir segala persoalan agar dapat melalui hari-hari dengan tenang.

"Anis.. Depan rezeki pun kamu boleh termenung?" Tegur umi yang melihat perubahan wajah anis dan suka termenung itu.

" Maaf umi. Anis terfikir sesuatu tadi. " Katanya dengan senyuman kelat. Adam disebelahnya juga menyadari perubahan anis setelah dia bergurau dengan gadis itu.

"Berfikiran positif itu lebih baik Anis." Ujar Uminya pelahan. Adam juga makan tidak menghiraukan mereka berdua.

Bukan tekaknya tidak loya namun ditahan dihadapan orang tua anis untuk mengaburi mata mereka. Senyuman paksa masih lagi dihadiahkan. Lakonan perlu di teruskan.













Sabarlah Anis Author pun tengah bersabar mengedit cerita kau ngan Adam ni. 🙄

Vote And Komennnnnnn Tau!!!

- Bring Your love, Princess -

Kejamnya sebuah cinta [Complete ♡] Where stories live. Discover now