¦36

3K 146 15
                                    

Langkah kaki lelaki itu cukup lebar sambil berkejar kejaran ke kaunter ruangan khas ICU. Perempuan dibelakangnya tidak dihiraukan langsung, kini kepalanya memikirkan satu satunya keluarga yang masih dia ada di dunia ini.

"Dura Nadhirah dia baru sahaja kemalangan." Sebaik lelaki yang bernama Nukman itu bersuara petugas di situ terus menenangkan Nukman. Kemudian  petugas itu membawa Nukman dan Najwa ke depan ruangan ICU yang terdalat Dura di dalamnya.

"Encik tak boleh masuk. Kami harap encik dapat bersabar" . Nukman terus menendang tong sampah yang berada berdekatan dengan dirinya. Najwa terkejut dengan perbuatan Nukman kemudian Najwa mengucapkan terima kasih kepada petugas tersebut lalu petugas itu berlalu pergi.

"sabar Nukman" kata Najwa sebaik melihat Nukman duduk di atas kerusi ruangan menunggu. Tidak jauh dari tempat mereka Najwa memandang seorang perempuan yang dia kenali. Perempuan tersebut memandang kearah mereka. Najwa cuba mendekati perempuan itu. 

"Datin Zuraiha.?" Datin Zuraiha terus tersenyum kearah Najwa. "isteri Datuk Alham bukan?" soal Najwa yang pernah melihat foto keluarga besar Husaini di media sosial.

"Datin buat apa dekat sini?"

"Thoriq kemalangan dengan Dura Nadhirah" Najwa terus terkejut dengan kenyataan itu

"Dura kemalangan dengan Encik Thoriq." Datin Zuraiha mengangguk. "awak keluarga Dura?"

"kakak saya kemalangan dengan Thoriq. macam mana Dura boleh ada dengan Thoriq?." tanya Nukman mengejut sambil memandang Najwa dan Datin Zuraiha bersilih ganti tetapi kedua dua wanita itu terdiam. Nukman terus menjauhi mereka 

"Saya tunggu Dura dari tadi. Saya risau apa apa terjadi pada dia." Kata Datin Zuraiha kembali.

"Terima kasih. Insha Allah dia tak ada apa apa." jawab Najwa kemudian Najwa melihat Nukman yang sedang duduk diatas lantai, penampilan lelaki itu kelihatan sangat kusut. "Datin dia adik Dura, Dani Nukman satu satu keluarga yang Dura ada." Datin Zuraiha hanya memandang Nukman

"Mesti dia sangat risau." Najwa terdiam dengan kata kata Datin Zuraiha.

"Macam mana dengan encik Thoriq." Soal Najwa mengubah topik

"Dia cuma pengsan dan terdapat luka di keningnya Dan tak parah. Alhamdulillah dia tak ada apa apa yang teruk berlaku pada dia."

"Alhamdulillah." Senyum Najwa kepada Datin Zuraiha. Kemudian pintu ICU terbuka kelihatan seorang Doktor perempuan muncul, Datin zuraiha Dan Najwa terus menerpa kearah Doktor itu begitu juga Nukman yang mula tidak sabar untuk mengetahui keadaan kakaknya.

"Keluarga cik Dura Nadhirah" Tanya seorang doktor perempuan itu kepada Datin Zuraiha.

"Saya adik dia" Kata Nukman laju.

"Encik." Nukman terus memandang doktor perempuan tersebut.

"Saya harap encik dapat bersabar. Cik Dura kehilangan banyak darah. Kami baru sahaja membuat pebedahan keatas cik Dura kerana terdapat darah beku di kepalanya tetapi alhamdulillah dia sudah semakin stabil."

"Alhamdulillah" kata Datin Zuraiha dan Najwa, Nukman hanya memandang doktor itu sahaja.

"Saya harap encik banyakkan berdoa untuk cik Dura dan bersabar"

"Kenapa, ada apa apa yang tidak kena ke?" Tanya Najwa cemas.

"Kini cik Dura Nadhirah sedang dalam keadaan koma. Dia tidak sedarkan diri."  Nukman yang dari tadi memandang doktor Mula bertukar reaksi marah

"Dia koma!!. Tapi doktor cakap dia stabil?. Apani"  Marah Nukman, . "Nukman" panggil Najwa untuk menenangkan lelaki itu. Mata Najwa mengalirkan air matanya tanpa isakan.

"Kecederaan di kepalanya agak teruk encik . Bahagian yang mengawal fungus sedar cik Dura tidak dapat bekerja buat masa ini. Tapi encik jangan risau, kami akan sedaya upaya untuk mengejutkan pesakit daripada koma dan kami minta Maaf kerana pihak kami tak boleh nak jangka bila pesakit akan bangun. Saya harap encik dapat bersabar." Dan pada saat itu juga tubuh lelaki itu terjatuh duduk selepas memdengar kata kata Doktor perempuan itu

" Terima kasih Doktor" kata Datin Zuraiha yang hanya terdiam dari tadi "Saya minta diri dulu." Kata doktor perempuan itu terus berlalu pergi

Najwa melihat Nukman dilantai sambil menangis teresak esak. Inilah  pertama kali dia melihat lelaki itu menangis terlihat terseksa dimukanya kini.

◎◎◎

"macam mana?." Tanya Datuk Alham sebaik melihat isterinya memasuki bilik pesakit VIP milik keluarga mereka.

"Macam mana Zu" kini suara Tan Sri Husaini pula bergema. Datin Zuraiha melihat Thoriq yang memandangnya dengan keadaan sangat lemah tetapi penuh pengharapan.

"Dura koma Doktor tak boleh jangka bila dia boleh sedar." Kata Datin Zuraiha sedih. Datuk Alham memandang Thoriq manakala Tan Sri Husaini duduk sambil menunduk.

Sementara diwaktu yang sama lokasi yang berbeza

Bunyi telefon bergema di banglo sunyi tersebut skrin telefon dipandang nama ayah tersayang terpapar pada skrin telefon.

"Lutfi. Dura kemalangan datang sini ambil papa, papa nak jumpa dia."

"Haaa!!. Baik pa. Tunggu Lutfi." Kata Lutfi dengan reaksi terkejut Kemudian dia menutup panggilan tersebut lalu tersenyum sambil keluar daripada rumah banglo miliknya.

"Kemalangan"

◎◎◎

Nukman memandang tubuh yang lemah di depannya. Dia melihat sisi katil, terdapat mesin bantuan pernafasan, beg darah yang tergantung. Kemudian Nukman melihat tangan kakaknya yang terpasang saluran darah, Dan juga banyak wayar yang berselirat.

Ingatannya teringat pada masa lampau. Mama pergi meninggalkan mereka berdua dalam keadaan seperti Dura. Keadaan yang tak dapat membuatkan Nukman bernafas dengan teratur.

"Kakak, kalau kau dengar. Tolong, tolong jangan tinggalkan aku. Bangunlah kak. Jangan tinggalkan aku seorang diri kak. Kau dah janji kau tak akan tinggalkan aku selepas mama dan papa pergi." Nukman menangis pilu di tepi katil. Esakan kedengaran memecahkan kesunyian salah satu ruangan bilik pesakit. Dia menangis seperti bayi yang sangat lemah.

Najwa berada di pintu terpaku dengan kata kata Nukman. Hatinya kini sebak dengan kata kata Nukman. Dengan perlahan kaki perempuan itu keluar daripada bilik tersebut.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now