¦38

3K 137 9
                                    

Hari ini hari ketujuh Dura berada di hospital. Dura masih begitu, terbaring kaku. Najwa merenung Dura yang masih menggunakan alat bantuan pernafasan dengan senyuman pahit dan tubuh itu masih banyak wayar yang berselirat. Kini luka luka Dura telahpun semakin pulih. Tetapi tidak pada pernafasannya kerana jika alat bantuan tersebut mati maka Najwa tidak akan sanggup menerima apa yang akan terjadi. Dia tahu Dura masih boleh pulih.

Doktor kata kena panggil nama Dura setiap hari untuk mengejutkan Dura daripada koma. Setiap hari jugaklah dia dan Nukman memanggil nama Dura tidak lupa juga pada pelawat yang datang melawat Dura.

Pernah Dura menggerakkan tangannya, perasaan gembira Najwa saat itu sangat tidak terhingga. Dura dapat menggerakkan tanggannya kerana doktor memberikan rangsangan sakit buat Dura. Itu semua untuk mengenal pasti tahap koma Dura. Kadang tangan Dura bergerak dan kadang tiada respon langsung.

"Dura..." panggil Najwa  cukup lembut " tak penat ke tidur, bangunlah." Kata Najwa sambil memegang tangan Dura lalu diusap lembut.

"Kesian Nukman. Dia tak cukup tidur tau sebab tunggu kau untuk sedarkan diri. Julia ada datang mestikau rindu dia, macam mana kau nak tengok Julia kalau kau tak buka mata. Datuk Nordin dan Lutfi banyak kali datang tengok kau, semua datang tengok kau. Thoriq pun tak jemu datang." Kata Najwa cuba berborak dengan Dura.

"Thoriq tiap tiap hari datang tengok kau, cuma semalam sahajalah dia tak tengok kau. Mesti dia rasa bersalah dengan kau. Dia selalu cakap apa dengan kau. Bagilah tahu aku, aku nak tahu jugak." Kata Najwa seakan Dura telahpun sedar lalu dia tergelak perlahan.

"Dura aku tak pernah tengok kau macam ni. Ini bukan kau, kau kuat. Bangunlah. Aku tahu kau kuat" Najwa mengelap air mata yang hampir gugur. Itulah Rutin hari hari Najwa, Rutin selalu berborak dengan Dura. Kadang dia bercerita zaman remaja mereka, kadang dia berjenaka dan kadang dia luahkan rasa sedih pada Dura. Dan dia berharap Dura yang berada disana masih terasa ada orang inginkannya kembali normal seperti biasa.

Najwa bersimpati kepada Nukman siang malam berjaga demi satu satu kakak tunggalnya dan Najwa tidak mahu Nukman pula yang jatuh sakit.

"Kau nak ke bila Dura sedar dia nampak kau tak terurus, nampak kau sakit. Kau jaga juga diri kau. Nanti dia tak bersemangat bila nampak kau tak terurus."

Itulah kata kata yang keluar dari bibir Najwa pada Nukman tempoh hari. Ya, dia tahu Nukman susah hati tetapi dia juga susah hati melihat Dura dalam keadaan seperti itu. Mungkin rasa susah hatinya tidak sebesar apa yang Nukman rasa.

Akhirnya Najwa sepakat dengan Nukman. Pada waktu siang Najwa yang akan menjaga Dura manakala pada waktu malam Nukman pula yang akan menjaga Dura. Dan nasib baik Nukman bersetuju walaupun hati lelaki itu berat untuk menerima.

Najwa sangat berterima kasih kepada Lutfi kerana telah memberikan kebenaran untuk menjaga Dura malah datuk Nordin juga tidak kisah akan hal itu. Kemudian Najwa tersenyum sendiri.

Tiba tiba terdengar bunyi pintu dibuka. Najwa menoleh, selepas melihat orang yang masuk ke bilik itu ialah Thoriq, Najwa terus bangun.

"Macam mana dia hari ini. Okey?" Tanya Thoriq, mata hitam pekat lelaki itu terus memandang Najwa lalu berjalan dan matanya terus memandang Dura.

"Dia masih macam tu, cuma luka di kulit dia semakin membaik." Najwa turut mengikut Thoriq memandang Dura.

"Encik Thoriq sudah sihat?" Tanya Najwa sambil melihat luka Thoriq di kening sebelah kanan. Walaupun wajah lelaki didepannya terdapat luka, lelaki itu masih nampak segak dan kacak dengan tubuh yang tinggi. Tetapi Nukman lebih sedap mata memandang berbanding lelaki didepannya. Bukan kerana tidak kacak tetapi kadang lelaki itu sangat menakutkan dan Thoriq memiliki muka yang garang. Jadi kita tidak tahu muka itu sedang marah ataupun tidak.

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now