¦52

3.4K 149 19
                                    

Kini Dia dan Thoriq berada di dalam bilik mereka. Dura hanya melihat Thoriq yang penuh dengan api kemarahan yang tiba tiba muncul. matanya terus dilarikan melihat dinding yang kosong yang tidak jauh darinya.

" Jangan cakap awak sekarang ni dalam keadaan mood seorang suami yang sedang cemburu....Nonsense." Kata Dura tegas tanpa melihat kepada Thoriq.

"Yes!!!!" Thoriq terus menghentak kedua tanggannya di atas lengan kerusi roda milik Dura. Dura terhinjut akibat serangan Thoriq, matanya membulat melihat lelaki di depannya itu.

"Saya dengar apa yang awak cakap. Tak sangka selama ini awak bertepuk sebelah tangan." Dura hanya diam tanpa memandang kearah Thoriq kembali dan perasaan gusar mula terbit saat Thoriq berkata begitu.

"Awak dengar semuanya?."tanya Dura, adakah lelaki itu tahu Lutfi seorang pengkhianat.

"Lutfi tak layan pun awak tetapi awak tetap terhegehkan dia. Sangat menyedihkan." Dura terus memandang Thoriq. Setelah Thoriq berkata dia tahu yang Thoriq tidak tahu Lutfi seorang pengkhianat. Tetapi kata-kata Thoriq itu cukup membuatkan Dura berasa teramat marah. Dura memandang Thoriq dengan kemarahan.

"Diam. Awak tak tahu apa-apa." Marah Dura menatap berani mata hitam pekat milik thoriq. Dia cuba mengawal getaran ketakutan di dalam dirinya apabila memandang mata penuh amarah milik Thoriq.

"Saya masih cintakan awak. Owhhh, sangat romantik." Kata Thoriq mengejek kembali kata-kata Dura kepada Lutfi.

"Awak tengok tak muka dia. He ignore you Dura." Kata Thoriq kembali mengejek seakan akan simpati.

"Diam, saya tahu awak nak bermain dengan emosi saya." kata Dura pertahan dirinya didepan lelaki itu

"Ohh, ya?" tanya Thoriq kembali bermain.

"Diam,.. diamm" marah Dura menutup kedua belah telinganya dengan tangan miliknya saat Thoriq mula berkata berkali kali.

"Dura, Lutfi...... Awak berdua tidak akan pernah bersama sebab diantara awak berdua ada saya.." Provok Thoriq kembali pada Dura.

"Diam!!" Kini air mata Dura jatuh. Dura menutup matanya untuk tidak melihat lelaki jahat di depannya. Dura teresak penuh kepedihan di hatinya. Tiada siapa yang tahu akan nasibnya yang sebenar benarnya. Dia lebih rela menaggung sendiri tanpa mengorbankan perasaan orang yang dia sayang.

"Dura." Panggil Thoriq memegang tangan Dura yang menutup telinganya. Lelaki itu menarik tangan Dura dengan sekali tarikan. "Dura" suara lelaki itu mula melembut memanggil namanya kini Thoriq menggenggam kedua belah tangan Dura. Perubahan emosi lelaki itu mula ketara.

"I love you, I do love you." Kata Thoriq menatap Dura. Dura membuka matanya saat Thoriq berkata perkataan itu. Dia tergamam dengan kata kata Thoriq.

"What?." 

"saya cintakan awak sepenuh jiwa dan raga saya."

"No, you don't." Sangkal Dura sedikit tegas.

"I married you because I love you." Kata Thoriq dengan berani. Dura melihat mata milik lelaki itu untuk cuba melihat penipuan. Dura terus menggeleng laju.

"Kita kahwin sebab awak kesian dengan saya. Saya jadi macam ini sebab awak. You don't love me. awak tipu!!" Thoriq hanya memandang Dura dengan perasaan marah apabila kata kata cintanya dikatakan penipuan.

"Mungkin Baba yang suruh kita kahwin. Sebab, sebab yaa reputasi. Famili awak sangat pentingkan reputasi." Kata Dura gagap cuba untuk menolak kata kata Thoriq. Mana mungkin lelaki itu mencintainya.

"Takkan Baba awak nak biarkan orang tahu anak dia penyembab bekas CEO DCruiz Lumpuh. Baba awak tak nak orang lain salah anggap lagipun...."

"Stop!!!"  Thoriq menekan suaranya kepada Dura untuk membuat perempuan itu berhenti bercakap.

"Saya dah tak nak melihat kemesraan awak dengan Lutfi. Selama ini saya hanya melihat awak dengan Lutfi bermesra. Penuh tanda tanya dalam fikirannya saya. Otak ini macam nak pecah bila rasa yang awak milik Lutfi. Saya boleh buat dia jatuh ke kaki saya dan juga DCruiz." Kata Thoriq penuh ancaman. Dura memandang Thoriq dengan reaksi terkejut mulutnya terkunci saat Thoriq menyebut DCruiz.

Kemudian Thoriq mula berdiri menjulang tinggi dengan perlahan suaranya kembali bersuara "sayang jangan cuba menguji saya." Kata Thoriq menyelak rambut Dura yang terjatuh didahinya. mata Dura tak berkelip melihat perubahan Thoriq yang bertukar tukar.

"Saya cintakan awak. saya bukanlah orang yang baik sangat." Dura terus terpaku dengan kata kata Thoriq kemudian kelibat lelaki itu menghilang di balik pintu bilik mereka.

Dura mula rasa takut dengan Thoriq apabila lelaki itu cemburu dan marah. Sangat menakutkan kemudian pintu bilik mereka terbuka. Empat orang pembantu rumah masuk ke dalam bilik Dura dan Thoriq.

"mandikan dia dan apabila saya masuk, saya nak dia ada di atas katil!!!" kata Thoriq tegas kepada keempat empat pembantu rumah tersebut.

◎◎◎

Tepat pukul 12 tengah malam Thoriq mula melangkah masuk kebiliknya. Pintu ditutup perlahan kakinya terus melangkah sehinggalah langkah kakinya mati apabila melihat Dura yang sedang tidur.

Dia mengeluh dengan sikapnya tadi sambil itu lengannya disilang kedada. Dia seperti lelaki yang hilang akal. Mesti sekarang Dura takut dengannya. Mata hitamnya memandang lurus kearah Dura.

Dia berasa teramat marah apabila mendengar luahan rasa cinta Dura kepada Lutfi. Tetapi pada masa yang sama dia rasa bahagia kerana dia telah memberi tahu kepada Dura isi hatinya. Dia memang sangat mencintai Dura apatah lagi Dura kini telah menjadi isterinya. Rasa cintanya kini semakin mengebu apabila perempuan yang dipuja selama ini telah sah menjadi hak miliknya.

Bibir Thoriq kemudian menarik senyuman setelah itu dia menarik cincin perkahwinannya dengan Dura. Dia meneliti cincin tersebut. Cincin ini memang ternampak sangat biasa tetapi sebenarnya di belakang cincin tersebut mempunyai ukiran nama.

"Dura Nadhirah." Thoriq membaca tulisan yang terukir di cincin miliknya. Dia tahu Dura tidak tahu akan kewujudan nama Thoriq pada cincin Dura kerana setiap kali membuka dan memakainya, Dura tidak menelek langsung cincin itu. Mungkin kerana merasakan tiada apa yang harus dilihat.

Dengan berhati hati Thoriq meletakkan cincinnya di atas almari dan kakinya terus melangkah kebilik air bagi membersihkan diri.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


DCruiz ✔※Where stories live. Discover now