¦28

2.7K 131 3
                                    

Langkah kaki lelaki itu membuatkan semua orang yang ada di dalam pejabat ternganga kerana terkejut akan kedatangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkah kaki lelaki itu membuatkan semua orang yang ada di dalam pejabat ternganga kerana terkejut akan kedatangannya. Dengan pantas Sufian menyapa lelaki itu dengan tergesa-gesa kerana langkah kaki yang dimiliki lelaki itu agak lebar.

"Where is she?!." Thoriq berkata perlahan tetapi cukup tegas.

"...." sufian terdiam menunduk tanpa jawapan. Dia takut jika dia melakukan Sebarang tindakan syarikat DCruiz akan kehilang projek bersama lelaki itu apatah lagi melihat lelaki itu seperti singa kelaparan.

Bukan dia tidak mahu memberi tahu keberadaan Dura tetapi dia tidak mahu Dura terlihat menyedihkan kerana Dura tidak balik daripada pejabat sejak semalam dan apabila dipujuk untuk balik pasti wanita itu akan mengamuk kepada semua pekerja malah Najwa juga akan terima amukan Dura serta Nukman, adiknya sendiri.

Mereka semua sudah buntu dan akhirnya membuat keputusan membiarkan sahaja Dura sehingga perempuan itu tenang dengan sendirinya. Apabila Lutfi campur tangan lelaki itu hanya berkata 'tidak apa biarkan dia.' Pelik bukan.

"Mana bos awak!!!" Sufian terkejut dengan tengkingan Thoriq. Dari kejauhan Sufian melihat Najwa berlari anak ke arah mereka.

Kini mata Thoriq berpindah memandang Najwa. "Encik Thoriq, buat masa sekarang tidak sesuai untuk encik Thoriq berjumpa dengan cik Dura. Encik boleh berjumpa dengan CEO Kami yang baru untuk membincang segala hal mengenai usahasama. "

"Bagi aku jumpa dia atau aku tarik balik usahama dengan DCruiz. Aku tahu dia ada dekat sini." Kata Thoriq penuh ancaman manakala Najwa terkejut dengan ancaman CEO THhusaini tersebut.

"Sila ikut saya." Kata Najwa berat untuk mengucapkan. Kaki Thoriq melangkah seiringan dengan langkah Najwa. Dengan perlahan Najwa memulas tombol pintu ruangan bilik kerja Dura lalu memberikan laluan kepada Thoriq untuk memasuki bilik tersebut.

"Awak boleh tunggu dekat luar." Kata Thoriq, Najwa hanya mengikuti sahaja arahan Thoriq seperti lembu dicucuk hidung.

Mata Thoriq meliar mencari figura seorang wanita lalu matanya tepat memandang sofa yang berbingkai 3 yang dimana terdapat satu tubuh perempuan yang terbaring lemah dengan posisi menghadap penyandar sofa.

"Dura.." Kata Thoriq perlahan. Tubuh Dura tidak memberi sebarang reaksi.

Dengan perlahan Thoriq memegang lengan Dura yang tidak ditutupi kain kemudian dia menarik tangannya kembali daripada menyentuh Dura.

"Panas." Thoriq mengerutkan dahinya dengan pantas dia menarik lengan Dura supaya terlentang, tubuh Dura memberi reaksi dengan perlakuan Thoriq.

"Heyy!!." Marah Dura tanpa membuka matanya dengan berkerut.

"Wake up Dura." Tarik Thoriq untuk membangun Dura untuk duduk.

"Heyyy. Jangan sentuh aku pengkhianat!!" kata Dura lalu membuka mata dengan perasaan marah

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now