¦19

2.2K 105 1
                                    

Dura melihat mukanya di cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dura melihat mukanya di cermin. "aku nak kahwin dengan dia, lepas tu dia Thoriq ..Thoriq" kata Dura geram dan marah pada Lutfi. Dia melihat solekan di wajahnya yang tidak tebal kemudian dia melihat pakaiannya lalu dia tersengih lagi.

"cantik jugak aku pakai macam ni" kata Dura saat teringat yang Lutfi memujinya cantik.

"Apa kau ni Dura tersengih sengih" marah dia kepada dirinya. Setelah selesai Dura mengambil langkah untuk keluar tandas yang kelihatan amat mewah.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda massage masuk. Dura membuka skrin telefonnya lalu dia tersenyum.

"Najwa" kata Dura berbisik kepada dirinya.Aplikasi what app dibuka.

sudah sampai, mesti mewahkan majlisnya.

Dura menaip sesuatu di skrinnya untuk balas.

Mestilah, Sangat cantik.👍

Kemudian dia sent. Tidak sampai beberapa saat telefonnya berbunyi.

Untunglah.... Okeylah, gemukkan
diri ya bersama cik abang kau tu. Bye.

"gemukkan diri??. Kurus sangat ke aku ni" kata Dura sambil berjalan menilik badannya.

"Ehhhh...," jerit Dura dan orang di depannya tetapi dengan pantas Dura menarik tangan orang yang berada di depannya untuk tidak terjatuh.

"Fuhhh" orang didepannya bersuara.

"Ya Allah, you tau apa apakan." Kata Dura cemas kepada orang seorang perempuan cantik yang sedang sarat mengandung yang berada didepannya. Tidak boleh dibayangkan Dura jika perempuan itu terjatuh. Kalau gugur macam mana matilah dia kerana telah menjadi pembunuh, habis reputasinya nanti.

"I okey," kata perempuan cantik itu kemudian perempuan itu melihat wajah Dura yang cemas.

"You Dura Nadhirah?." Kata perempuan itu kembali. Dura hanya tercengang dengan pertanyaan perempuan itu.

"Yaa saya."

"Ohhh, keuntungan apakah ini. Saya Darin Afrina" perempuan itu terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Dura.

Dura menyambut salaman itu dan pada masa yang sama Darin masih bercakap. "I'm adore you, you so amazing, intelligent, charismatic, beautiful. Ya Allah awaklah Sumber inspirasi saya untuk saya jalankan perniagaan sendiri tanpa bantuan suami saya." Kata perempuan itu Dura hanya tersenyum lalu mengangguk angguk mengiyakan kata-kata Darin dan pada masa yang sama Dura segan apabila pujian bertubi tubi yang dia dapat.

"Ooowhh, woww. Pujian yang sangat dasyat." Kata Dura lalu tersenyum ceria.

"Sayang, you are here." Satu suara garau telah mengganggu kedua wanita tersebut, kedua mereka melihat empunya suara.

Lelaki itu datang bersama lelaki yang cukup Dura kenali.

"Thoriq" panggil Dura perlahan.

"Abang, abang look at her, she is Dura Nadhirah." Kata perempuan itu teruja.

"Darin. Risau tahu tak." Kata lelaki itu sedikit marah lalu dia tersenyum kepada Dura.

"So you're Dura Nadhirah, Isteri saya sangat sukakan awak. Dia kata awak perempuan yang hebat. Sampai sayapun dia tak nak jadikan sebagai sumber inspirasi."

"Terima kasih Mr Gonnadez. Ohh jadi perempuan yang cantik ini isteri awak. " Kata Dura membalas. Siapa yang tidak kenal lelaki di depannya Harith Rafael Gonandez, lelaki yang mengendalikan dua buah syarikat gergasi yang dikendalikan oleh dirinya sahaja. Dura pun suka akan lelaki ini yang berjaya menaikkan nama Gonandez di Asia serta syarikat Iskandar.

"Saya kena pergi dulu. Dia ni tak sedar diri badan dah sarat pun masih nak berlari." Kata Rafael penuh maksud tersirat kepada isteri tercintanya. Darin membuat muka cemberut lalu bersalaman dengan Dura mesra dan terus berjalan sambil dipimpin Rafael.

Suara batuk disebelahnya mematikan pandangan Dura kepada sepasang suami isteri itu yang sedang berlalu pergi.

"Ya, ada apa apa?" Tanya Dura kepada Thoriq. Thoriq dari tadi menjadi pemerhatian mereka.

"Tak sangka Dura Nadhirah mempunyai pengaruh yang besar kepada kaum hawa."kata Thoriq dengan suara garau miliknya.

"mestilah, ingat kaum Adam sahaja yang boleh hebat." Kata Dura separuh mengejek manakala Thoriq menggelek dengan sikap Dura.

"Cantik awak hari ni biru gelap, kita sedondon." Kata Thoriq kemudian Dura melihat baju kurung modennya lalu melihat kearah Thoriq.

"Selama ini tak cantiklah?."

"Selama ini cantik, sangat cantik." Muka Dura merah padam saat Thoriq kata begitu.

"Tapi yang ini nampak lebih sopan dan semestinya cantik" kata Thoriq tanpa rasa segan, bertambah tambah merah muka Dura. Memang selama ni dia seksi dan sangat menggoda tapi Kali ini dia terasa malu dengan Thoriq.

"Mana awak tahu saya dekat sini." Tanya Dura mengubah topik. Dia melangkah pergi diikuti Thoriq disampingnya.

" Kebetulan Mr Gonandez cari isteri dia kami terserempak tadi dan saya jumpa awak." Thoriq tersenyum kepada Dura, Dura hanya mengangguk faham.

"mana kekasih awak?" Tanya Thoriq

"Lutfi??, dia ..."

"Dura" panggil seseorang lalu orang itu medekati Dura

"Lutfi" panggil Dura manja kepada Lutfi didepan Thoriq. "ini dia" jawab Dura sambil menunjuk Lutfi kepada Thoriq.

"Encik Thoriq.... saya Lutfi" kemudian kedua lelaki itu bersalaman saat Lutfi berdiri betul betul disebelah Dura.

"inilah boyfriend saya." kata Dura kepada Thoriq sambil tersenyum. 

Lutfi hanya tersenyum saat Lutfi dan Dura memandang antara satu sama lain dengan kata-kata Dura dan tanpa Dura sedari riak wajah Thoriq telahpun berubah apatah lagi Lutfi tanpa segan dan silu memeluk bahu Dura dari arah sisi lelaki itu.

Lutfi hanya tersenyum saat Lutfi dan Dura memandang antara satu sama lain dengan kata-kata Dura dan tanpa Dura sedari riak wajah Thoriq telahpun berubah apatah lagi Lutfi tanpa segan dan silu memeluk bahu Dura dari arah sisi lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

apa yang lain jika anda sebelum ni pernah baca DCruiz?

DCruiz ✔※Where stories live. Discover now