¦49

845 58 13
                                    

"macam mana business hari ini Alham?" suara bapanya mula kedengaraan saat melihat anak sulungnya yang baru ingin menyuapkan nasi kedalam mulut.

"Baba you don't need to worry everything is fine." kata Datuk Alham kemudian pinggan untuk makan malamnya ditolak kehadapan dahulu kerana dia tahu sang ayah ada perkara yang ingin dikatakan manakala Datin Zuraiha yang sentiasa disamping suaminya hanya melihat ayah mentuanya dan suaminya silih berganti.

"baba kita tengah dinner janganlah sembang pasal business." Uzair yang duduk berhadapan Datuk Alham mula berbicara juga.

"Baba rasa ada pergaduhan dan tak puas hati antara Alham dan Thoriq. Uzair kamu ada yang tak puas hati?." soal Tan Sri Husaini sinis.

"Jai happy dengan diri Jai lagi lagi ada kate." mata Uzair terus menoleh kearah Kate yang terkejut kerana namanya dipanggil.

"Baba rasanya just pergaduhan adik beradik, tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan" pujuk Datuk Alham.

"yes baba, kita hanya perlu enjoy our dinner. right sayang?" kini Thoriq yang diam dari tadi mula berkata sambil itu dia memandang Dura yang dari tadi asyik melihat drama keluarga Husaini.

"betul. lagipun anak datuk opsss, maksud saya abang Alham dah nampak macam lapar."kata Dura malah matanya turut melihat Mikael dan Melsa menguis nguis nasi mereka. 

"lagipun tak elok bukan bincang perkara yang mereka tak faham. lebih elok, bagi Duralah bincang straight to the point tak ada pusing pusing. i know your habit Tan Sri " kata Dura dengan muka seperti telah menangkap sesuatu dalam jeratnya. Kini semua mata melihat Dura dengan kata katanya.

"HAHAHAHAHAHHAHAHA" Ketawa lepas dari TanSri Husaini terus kedengaran. Datuk Alham pula seperti keliru dengan situasi manakala Uzair tersenyum kepada Dura dan Thoriq terkaku melihat isterinya begitu juga yang lain. "i love this woman so much, welcome to the Husaini family." kemudain semua mata melihat pula Tan Sri Husaini tanpa berkelip.

◎◎◎

"so Thoriq apa plan you untuk Dura?" tanya Datin Zuraiha sebaik sahaja melihat Thoriq mula masuk ke dapur untuk membantu kemas selepas makan malam bersama keluarga.

"Thoriq dah arrage pertemuan Dura dengan tasya." jawab Thoriq

"Tasya dah lama tak nampak dia." kata datuk Alham tiba-tiba muncul.

"rindu ke?" tanya Datin Zuraiha kepada suaminya. Datuk Alham hanya tersenyum

"esok dia akan datang boleh jumpa" kata Thoriq bersahaja sambil mengelap pinggan yang dicuci Datin Zuraiha. 

"suka betul baba dengan dia." kata Datuk Alham yang melihat figura tiga orang manusia yang rancak berbual  di depan ruang dapur.

"mestilah suka. Uzair pun suka dia" kata Thoriq lagi sambil menjeling tajam abang sulungnya.

"jangan esok esok menyusahkan keluarga kita sudahlah." kata Alham kemudia pergi meninggalkan Thoriq dan Datin Zuraiha. Thoriq yang hendak mengejar abang sulungnya ditahan Datin Zuraiha.

"Thoriq tolong jangan, baba ada dekat sini.' kata Datin Zuraiha menahan lengan Thoriq kemudian mata Thoriq melihat Datin Zuraiha yang penuh permohonan. 

"semua dah settlekan Thoriq kedepan." kata Thoriq dan berlalu pergi. Datin Zuraiha mengeluh sebaik sahaja Thoriq pergi kemudian dia melangkah kakinya kearah laluan suaminya.

"Apa yang yang abang cakap dekat Thoriq tadi memang tak patut." Marah Datin Zuraiha. Sebaik memasuki bilik mereka.

"Apa yang tak patut?.. hmmm" Tanya Datuk Alham cuba meredakan ledakan isterinya.

"Kenapa abang cakap macam tu dekat Thoriq, dia mesti terasa dengan abang. Nak tak nak Dura sudah menjadi isteri dia. Keluarga kita. Kita baru balik daripada luar negara. Zu ingat abang nak balik awal sebab nak kongsi kegembiraan bersama Thoriq tapi abang bagi luka pada dia" kata Datin Zuraiha.

Dia memang sudah cukup bersabar dengan suaminya yang bongkak dan semua nak kena dengar katanya sahaja. 

"Zu abang cakap benda yang betul jangan sampai dia menyusahkan keluarga kita"

"Abang cuma pentingkan reputasi. Tak bermakna Dura jatuh bankrap boleh menjejaskan reputasi abang, syarikat abang. Tak bermakna Dura tak boleh jalan ianya dapat menjejaskan imej keluarga kita." Potong Datin Zuraiha saat Datuk Alham ingin menyambung kata katanya. kini muka Datuk Alham mula berapi rapi kerana marah pada isterinya

"Zu!!!."

"Abang bencikan Dura?." Soal Datin Zuraiha penuh emosi.

"Abang tak bencikan dia. Apa Zu ni. Apa yang dah Thoriq buat dekat Zu sampai Zu lebihkan dia berbanding abang." Kata Datuk Alham kesal. Datin Zuraiha menoleh pandangannya ketempat lain.

"abang, Zu tak lebihkan sesiapa." Kata Datin Zuraiha sambil menjauhi suaminya.

"Ohhh, macam ni ke kesan yang abang dapat bila Zu rapat dengan Thoriq." Datin Zuraiha terus memandang muka merah padam suaminya.

"Zu kakak dia."

"Kakak ipar... Zu." Sangka Datuk Alham. Kini Datin Zuraiha duduk di atas katil sambil mematungkan dirinya. Memang tak guna kalau cakap dengan orang yang ego melangit. Jika ingin berdebat dengan lelaki di depannya ini, Datin Zuraiha memang perlu mengatur strategi. Tapi dia hanyalah seorang isteri yang sangat mencintai suaminya walaupun kadang dia menyampah dengan sikap Datuk Alham.

Suasana diam seketika. Kini Datuk Alham dan Datin Zuraiha sedang menstabilkan emosi mereka.

"Okey okey. Abang minta maaf" kata Datuk Alham menyesal.

"Bukannya Zu yang abang patut minta maaf tapi Thoriq. Tundukkan ego abang, jangan bongkak." Datuk Alham memandang isterinya tidak percaya. Bongkak. Isterinya seperti ingin berlawan kembali. Tapi hati lelakinya cuba untuk bersabar.

"semalam masa Zu dengar kata-kata abang yang suruh dia ceraikan Dura sangat kejam dan abang macam tak ada perasaan. Zu minta maaaf." Kata Datin Zuraiha lalu beredar keluar daripada bilik mereka.

" Kata Datin Zuraiha lalu beredar keluar daripada bilik mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now