¦50

3.3K 149 6
                                    

"Semuanya okey." Kata doktor perempuan itu dengan bibir yang dipakai lipstik merah menyala. Dura melihat sahaja perempuan yang berdiri disampingnya.

"Awak cukup bertuah sebab Thoriq milik awak." Kata doktor perempuan itu lagi sambil tersenyum.

"Kenapa doktor Tasya cakap macam tu?." Tanya Dura kepada doktor yang bernama Tasya.

"Bukan semua perempuan boleh dekat dengan dia. Dia agak dingin tapi saya boleh dekat dengan dia sebab Kami memiliki hobi yang sama." Kata doktor Tasya tersenyum kepada Dura.

"Hobi?."

"Ya, awak tak tahu hobi dia ke?" Tanya doktor Tasya pelik kemudian dia kembali bersuara. "Awak kena tengok bila dia sedang buat hobi..... dia sangat macho, maskulin dan nampak sangat gagah"  kata doktor Tasya bersahaja. Dura hanya memandang perempuan itu dengan senyuman. Nampaknya perempuan itu sangat mengenali Thoriq.

"Macam mana dia." Suara Thoriq terus terdengar saat lelaki itu mendekati mereka. Doktor Tasya terus melihat Thoriq dengan pandangan suka. Dura hanya memerhatikan sahaja cara doktor Tasya melihat suaminya.

"Dia okey, nampak sihat." Kata doktor Tasya sambil tersenyum kearah Thoriq. "Nanti datang hospital. Kalau boleh as soon as possible. Okey."

"Hospital?" Tanya Dura.

"Yaa, hospital kami." Kata doktor Tasya terus menoleh kearah Dura manakala Thoriq mendekati Dura lalu duduk disisinya.

"Mulai sekarang doktor Tasya akan menjadi doktor awak sebab memudahkan saya. Lagipun Tasya kawan saya." Dura hanya mendengar sahaja kata kata Thoriq.

"Yeah kita boleh jadi bestfriend." Kata doktor Tasya teruja. Kemudian doktor Tasya meminta diri untuk pulang dan Thoriq menyusul perempuan itu ke pintu keluar rumah keluarganya.

Selepas tidak lagi melihat kelibat mereka, Dura mengeluh seketika. kerusi roda di sisi katil dilihat sepi. Kemudian selimut yang menutup bahagian kakinya diselak. Mata hitamnya menatap lurus pada kakinya.

"Hai..." Kata Dura kepada kakinya lalu tergelak. Dulu kaki inilah anggota badan yang paling dia suka. kemudian perasaan marahnya datang "kenapa dia buat keputusan tanpa berbincang dengan aku?" 

"tak penting ke aku ni... aku yang perlu semua tu bukan dia" marah Dura lagi kemudian dia marah dan terus marah.

"apa yang dimarahkan tu?" soal Thoriq tiba-tiba. mata Dura terus melihat lelaki yang mula mendekatinya.

"awak buat semua benda ni memang tak suka bincang ya. suka ikut suka hati awak?" soal Dura tidak puas hati. Thoriq yang berdiri di samping Dura terus menunduk dan mula berkata "perlu berbincang ya?" jawapan tu memang buat Dura naik hantu.

kemudian Thoriq mendudukkan dirinya disamping Dura di hujung katil.

"jumpa Doktor Tasya... macam mana kalau saya tak selesa dengan dia?. macam mana kalau saya tak suka dia." kata Dura sambil membulatkan matanya, badannya betul betul ditegakkan tanda protes.

"saya rasa dia okay.... dan memudahkan kita" jawab Thoriq

"kita?... ke awak?" soal Dura kini dia mula menyelakan api pada Thoriq. Thoriq terus mendekatkan badannya pada Dura.

"awak cemburu?" soal Thoriq perlahan tetapi matanya tepat pada Dura, Dura tidak mahu mengalah juga dengan pandangan lelaki itu.

"tak ada kerja saya nak cemburu dengan dia." sangkal Dura tidak mahu kalah kemudian Thoriq tersenyum dan mengangguk laju.

"lagi satu, saya dapat tahu daripada Baba yang awak ada buat majlis untuk kita minggu depan...hari apatu?"

"ohh... pasal tu... tak adalah minggu depan sangat tapi lusa." jawab Thoriq selamba

"lusa!!" kata Dura terkejut. "awak dahlah tak cakap apa-apa dekat saya, saya tahu daripada Baba... lepastu... ya Allah Thoriq!!!!" kata Dura penuh dengan rasa geram. "boleh tak bila awak buat sesuatu tu berbincang dengan saya, cakap dengan saya dan bukannya ikut suka hati"marah Dura tepat betul betul dihadapan muka Thoriq. kini dia tiada rasa gentar lagi melainkan geram yang teramat.

manakala Thoriq hanya memerhatikan isterinya sahaja yang sedang geram kerananya.

"awak marah marahpun tak ada gunanya dah settle dah semuanya." kata Thoriq dan Dura mula mengeluh dengan kata-kata Thoriq

"Dura Nadhirah binti Datuk Isa Hasyim semuanya akan okay"

"Thoriq Husaini bin Tan Sri Husaini macam mana saya nak okay kalau saya jumpa orang dalam keadaan yang menyedihkan. awak.... awak memang langsung tak fikir ya apa saya rasa."kata-kata Dura mula terlihat lemah dipenghujung kata-katanya. Thoriq terkejut dengan suara itu.

"saya lumpuh, saya akan rasa dipandang hina lagi lagi kahwin dengan awak, mesti diorang akan kata yang saya sengaja lepaskan Dcruiz untuk join Husaini yang lebih megah sangat. awak tak tahu khabar angin tu?. mesti awak tahu bukan. ya saya tahu Dcruiz tak macam HUSAINI group tapi kami ada maruah juga" kata Dura air matanya mula menakung dikelopak matanya. Thoriq terdiam seribu bahasa.

"awak tahu tak betapa berharganya Dcruiz pada saya. saya jaga Dcruiz dan khabar angin yang selalu serang Dcruiz saya cantas habis habisan untuk jaga reputasi Dcruiz. sekarang saya boleh buat apa bila Dcruiz tak ada dengan saya." kata Dura penuh amarah dan linangan air mata. 

"Dura saya rasa awak pat.."

"boleh awak bagi tahu!!!?" belum sempat Thoriq berkata Dura sudah menengkingnya dengan sangat kuat. Thoriq terus terkejut dengan sikap Dura kemudian Dura juga mula tersedar dengan apa yang dia buat dekat Thoriq.

"awak terlampau banyak fikir, Dcruiz akan okay." kata Thoriq memujuk Dura. "saya mandikan awak dah petang ni." kata Thoriq lembut dan Dura hanya diam kerana cuba menstabilkan amarahnya dan secara jujurnya dia berasa bersalah kerana menengking lelaki itu.

" kata Thoriq lembut dan Dura hanya diam kerana cuba menstabilkan amarahnya dan secara jujurnya dia berasa bersalah kerana menengking lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DCruiz ✔※Where stories live. Discover now