BAB 1

55.6K 817 7
                                    

"Asyraf bila ni bila nak ada isterinya hm..?" Tanya Datin Maira pada anak keduanya itu yang masih lagi bujang

Umur sudah mencecah 28 tahun namun belum beristeri , abang sulungnya pula ketika umur 23 tahun dahulu sudah beristeri

Kenal dengan perangai anaknya ini yang memang suka mengelak bila dibuka topik soal beristeri

"Ma , ash naik dulu ada kerja sikit yang belum siap" kata Asyraf dan bangun dari sofa yang diduduk nya tadi

Kan dah kata ada aje alasannya kalau tak ada kerja, nak keluarlah ,dah janji dengan man la macam2 alasan yang diberi untuk mengelak daripada disoal tentang kahwin

"Tengok anak teruna awak tu susah diajak berbincang" adu Datin Maira pada suaminya yang sedang khusyuk mentelaah surat khabar

"Biasalah tu Mai budak muda tak bersedia lagi la tu" sokong Datuk Omar

"Budak muda abang kata , abang anak kita tu umur dah dekat nak masuk 30 tau " bebel Datin Maira tak puas hati

"Daripada awak bebel dekat saya tak bawa apa2 hasil pun baik awak pergi bancuh kopi untuk saya sekurang-kurangnya dapat juga pahala" kata Dato Omar

Datin Maira bangun sambil membebel yang masih belum habis sambil berjalan ke dapur

"Mama ni asal aku duduk dengan diorang je mesti nak soal pasal kahwin ,apa penting sangat ke perkahwinan tu" kata Asyraf sambil berdiri di luar balkoni biliknya untuk mengambil angin malam

Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar lalu mendail nombor sahabat baiknya itu

Selepas 3 minit berbunyi baru panggilan dijawab

"Man, kau free tak sekarang jom lepak" ajak Asyraf

"Aku ada hal sikit ni , papa aku nak ajak pergi rumah saudara ada tahlil katanya" balas Man

"Ok tak apa lah "balas Asyraf sebelum menamatkan panggilan

Bila tak boleh nak keluar lepak apa lagi boleh buat selain daripada tidur

Asyraf masuk dan terus berbaring atas katil

"Umi, bolehlah along pergi bukannya lama pun 2 hari aje" pujuk Aisyah pada uminya sambil buat muka comel

"Umi cakap tak boleh maknanya tak bolehlah asal degil sangat ni" marah puan Hajar pada anak sulungnya itu

Ada ke patut diminta benarkan dia pergi berkhemah ditengah  hutan tanpa seseorang yang boleh guide diorang buatnya sesat , dah la anak perempuan ada satu ni aje

"Abah pujuk la umi ni" Aisyah cuba meminta bantuan abahnya yang sedang leka menonton siaran bola sepak dikaca tv

"Ala hajar benarkan ajelah budak ni pergi tak lama pun" balas Abah yang menyokong anak nya itu

Mata dah kusyuk pada permainan bola tu mana nak concentrate pada perbualan anak beranak tadi

"Abang jangan nak mengada nak izinkan, umi tetap dengan kata umi 'tak boleh' !" Kata umi aisyah dengan tegas

Aisyah tahu bila uminya sudah menekankan ayat tak boleh maknanya memang tak ada lagi harapannya

Aisyah yang hampa naik ke atas dengan mata yang bergenang sebab tak dapat ikut geng pergi berkhemah

Selepas memberitahu kawan2nya yang lain aisyah terus baring atas katil dan pejam mata berharap agar esok pagi dia akan lupakan hal malam ni

Misi Pikat Hati SuamiWhere stories live. Discover now