BAB 15

30.9K 651 3
                                    

Hari ni Asyraf telah berangkat ke Melaka pada pagi tadi

Sempat dia pesan pada Aisyah agar memberitahu kepada mama tentang pekerja mamanya yang bermulut tak ada insuran

Tapi Aisyah tak nak rosakkan periuk nasi orang jadi dia ambik keputusan untuk diam dan tak membesarkan masalah

Ketika tiba di pejabat Aisyah di panggil oleh Datin Maira untuk masuk ke biliknya

"Mama , ada apa ni nak jumpa Syah" kata Aisyah yang baru masuk dan melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Datin Maira

"Mama ada benda nak tanya , siapa yang mengumpat benda yang buruk dekat anak mama ni?" Tanya Datin Maira dengan serius

"Eh mama, mana ada siapa yang cakap ni?" Jawab Aisyah yang terkejut bila mama nya tahu tentang ini

"Asy , dia call mama pagi tadi suruh pecat siapa yang buat isteri kesayangan dia ni sedih " jawab Datin Maira dengan sengihan

Asyraf call mama bagitahu benda ni ?' Biar betul ' kata Aisyah dalam hati

"Eh ma , tak ada apa abang asy memang suka buat cerita sebenarnya...semalam Aisyah kan tak berapa sihat tu yang tak layan dia semalam" tipu Aisyah untuk tutup perkara sebenar

"Ye ? Tapi kalau ada masalah dekat pejabat please bagitahu mama" kata Datin Maria dengan wajah yang lembut

"Betul ma , dah la jangan risau eh" kata Aisyah

"Ok , tapi aisyah sakit bukan sebab...dah berisi ke?" Tanya Datin Maria kini wajah nya sudah ceria semacam

'Mati aku' kata Aisyah dalam hati

"Tak lah ma , syah ...cuma penat sikit" kata Aisyah lagi

"Ok , kalau macam tu" kata Datin Maria jelas dari wajah dia kecewa sebab masih tak dapat cucu

"Ah , sebelum mama lupa minggu depan ajak Asyraf balik rumah tok dia , cakap yang tok dia tak sihat nak jumpa dia" kata Datin Maria

"Baik ma" jawab Aisyah

Ketika keluar dari bilik Datin Maria Aisyah mencari telefon bimbitnya untuk mendail nombor Asyraf 

Ketika talian disambungkan dengan laju aisyah menyerang

"Kenapa awak cakap yang bukan2 dekat mama? Awak tahu kan saya tak nak besarkan hal ni?" Marah Aisyah

"Wo , relax la aku cuma tolong kau je lagipun kelmarin aku tanya kau tak nak jawab so aku bagitahu lah mama mana tahu kau lebih selesa dengan mama berbanding aku ni LAKI kau" kata Asyraf di sebelah sana

"Ish..awak ni saya tak nak la besarkan hal ni " kata Aisyah lagi

"Ok2 aku janji aku tak gitau mama dah tapi kau kena sendiri la bagitahu aku setiap masalah kau" kata Asyraf lagi

"Fine " jawab Aisyah tak puas hati

"Bagus , ni kau sebenarnya call aku sebab kau rindu kan?" Tanya Asyraf dengan ketawa

"Mana ada..pandai je" kata Aisyah cuba cover malu

"Eleh , kalau dah rindu tu apa lagi cakap la i miss u husband , susah sangat ke?" Usik Asyraf lagi

"Ee...memang tak la , jangan nak perasan eh " kata Aisyah lagi cuba menafikan perkara sebenar

"Fine , aku je la sekarang ni yang rindu" kata Asyraf

Aisyah terdiam dan muka telah berubah merah

"Dah la , aku ada meeting ni nanti malam aku call lain" kata Asyraf sebelum menamatkan panggilan

Aisyah masih lagi diam dan meletakkan telefonnya ke atas meja dengan senyuman manis di bibir

Misi Pikat Hati SuamiWhere stories live. Discover now