BAB 16

31K 659 6
                                    

Aisyah termenung di ruang tamu menunggu panggilan dari encik suami yang hari ni tidak langsung menelefonnya

Sekali lagi Aisyah menekan skrin telefonnya mencari nama Asyraf namun dia masih teragak agak untuk menelefon Asyraf

"Ish...sibuk sangat ke dengan kerja tu , sampai tak ada masa nak call aku" bebel Aisyah

"Kalau macam ni , sampai bila nak kekal hubungan ni . Apa kata kalau aku yang mula langkah permulaan " fikir Aisyah dan tanpa membuang masa terus saja dia menekan butang call

Selepas beberapa kali berbunyi akhirnya suara yang dirindui kedengaran jua

"Ye , assalamualaikum" sapa Asyraf yang bunyi seperti baru bangun dari tidur

"Ah..waalaikumsalam , maaf aisyah  ganggu abang tengah tidur ke?" Tanya Aisyah yang berasa bersalah kerana mendengar suara Asyraf seperti penat

"Oh..aisyah , tak lah aku baru aje bangun . Maaf ye aku tak call hari ni aku busy sangat tadi tu yang balik hotel terus tertidur" terang Asyraf yang tak sedar Aisyah memanggil dia 'Abang'

"Oh..tak apa Aisyah faham , abang mesti penat kan . Tak apa abang pergilah sambung tidur aisyah tutup ye" kata Aisyah dengan penuh lembut

Asyraf terdiam bila dia sedar yang dia tidak bermimpi Aisyah memanggil dia Abang

"Kejap , aisyah panggil apa tadi?" Tanya Asyraf kini suara dia kedengaran seperti sudah bangun sepenuhnya

"Mana ada panggil apa2" nafi Aisyah sambil gigit bibir sebab malu

"Ala...panggil lah lagi sekali , Abang nak dengar " kata Asyraf yang mula menggelar dirinya Abang

"Mengadalah abang ni , dah la pergi lah sambung tidur tapi jangan lupa maghrib dah nak habis ni " pesan Aisyah

"Ah...seronoknya dengar isteri panggil abang" kata Asyraf dengan gembira

Aisyah hanya ketawa

"Sayang , esok abang dah balik tau jangan lupa ambik cuti tunggu abang balik" pesan Asyraf

"Ish...abang ni , sejak bila jadi gedik ni ?" Usik Aisyah

"Sejak dengar sayang panggil abang , abang la" kata Asyraf

"Yelah2 , kejap lagi aisyah call mama minta cuti" Aisyah beralah

"Bagus , and jangan lupa masak lauk yang sedap2 abang rindu la masakkan sayang" rengek Asyraf

"Yelah , abang nak makan apa?" Tanya Aisyah

"Abang nak ...kalau nak ikutkan abang ingat balik nak makan sayang terus tapi sebab lauk dekat Melaka ni semua tak menepati cita rasa abang so..abang teringin nak makan sup tulang , ayam goreng kunyit and sirap bandung" pesan Asyraf

"Amboi...sedapnya oder macam restoren eh" perli Aisyah sambil ketawa

"Ala sayang , boleh la" rengek Asyraf lagi

"Yelah2 , esok saya masak" kata Aisyah

"Ok , kalau macam tu kejap lagi abang call balik abang nak gi mandi , solat then abang nak oder dinner " kata Asyraf

"Ok2 , bye abang love you" kata Aisyah

"Erm...love you too much sayang" usik Asyraf

"Ish..abang ni " kata Aisyah sebelum meletakkan panggilan

Aisyah tersenyum lega dan bangun naik ke tingkat atas untuk solat

Selesai solat aisyah menelefon mama nya dan meminta izin untuk mengambil cuti esok untuk menunggu asyraf pulang dari outstation

Setelah mendapat persetujuan mama nya Aisyah di call oleh Asyraf semula , pada malam itu sungguh indah buat pasangan asyraf dan aisyah kerana akhirnya mereka telah menjadi mesra seperti pasangan yang lain malah lebih mesra

Misi Pikat Hati SuamiWhere stories live. Discover now