BAB 29

22.5K 518 8
                                    

"Aisy dah kenapa , kalau ye pun abang tak ada masa dengan Aisy tapi perlu ke Aisy keluar dengan sepupu abang" kata Asyraf setelah mereka berada di rumah

"Tapi , Aisy tak janji pun nak keluar dengan Ziq" kata Aisyah yang sedang duduk di sofa sambil merenung lantai

"Tak janji Aisy cakap , tapi apa yang abang nampak tadi siap kongsi satu mangkuk sambil bergelak ketawa , Aisy dah kenapa tak kisah dah pasal halal haram" bebel Asyraf

"Abang nampak cuma salah Aisy aje kan , habis abang langsung tak ada masa untuk Aisy yang abang tahu kerja3 habis Aisy ni apa dekat rumah , Aisy tengah mengandungkan anak abang tapi abang langsung tak ambik kisah pasal Aisy" kata Aisyah sambil menangis

"Abang nak siapkan semua kerja abang sebab abang nak jaga Aisy masa  Aisy dah bersalin nanti , abang nak ada dengan Aisy nak jaga anak kita nak jaga Aisy and abang dah siap pun kerja abang petang tadi , lepas abang baca aje SMS Aisy abang terus pergi ke mall tu sebab nak temankan Aisy tapi apa yang abang nampak Aisy dengan Haziq siap berseronok lagi macam pasangan suami isteri" Terang Asyraf dengan suara yang tinggi

"Abang memang sengaja reka alasan sebab nak cari salah Aisy bukannya Aisy tak tahu , dah lah kalau abang rasa Aisy ni menyusahkan abang tak payah nak ambik tahu lagi pasal Aisy dengan anak ni " kata Aisyah lalu berjalan keluar dari rumah mereka

Asyraf yang masih terkejut dengan kata2 Aisyah tadi terus terduduk di sofa

"Aisy nak abang ceraikan Aisy ke?" Tanya Asyraf dengan lemah

"Aisy tak minta abang ceraikan Aisy tapi Aisy tak nak abang ambik tahu pasal Aisy atau anak kita ni lagi macam mana abang buat selama 3 minggu ni" kata Aisyah yang sedang berdiri di hadapan pagar rumah mereka

"Abang setiap malam tengokkan Aisy waktu Aisy tidur , setiap malam abang akan usap perut Aisy and sebelum abang keluar pergi kerja abang akan cium Aisy dan perut Aisy sambil berdoa agar Aisy selamat tinggal dekat rumah" kata Asyraf sambil menitiskan air mata

"Abang siap suruh jiran kita tengok2 kan Aisy dan update dekat abang setiap 2 jam , tak cukup lagi ke kasih sayang yang abang berikan dekat Aisy?" Kata Asyraf

Aisyah yang berada di hadapan pagar tersebut menangis kerana berasa bersalah menuduh Asyraf yang bukan2 sedang kan Asyraf sentiasa menjaga dirinya

Ketika Aisyah sedang menangis dia terasa perutnya sangat sakit , Aisyah jatuh terduduk di hadapan pintu itu memegang perutnya

Asyraf yang baru hendak bersuara terkejut bila Aisyah menangis dan menyatakan bahawa perutnya sakit

"Sayang , sayang kejap abang bawa pergi hospital" kata Asyraf dan mendukung tubuh Aisyah lalu dibawa ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital

"Abang , saya minta maaf" kata Aisyah yang kini lemah sambil menggenggam tangan Asyraf

"Sayang , jangan cakap macam ni abang maafkan sayang , sayang please stay strong untuk anak kita" kata Asyraf sambil menangis dan mencium tangan Aisyah

Ketika tiba di hospital doktor menyatakan bahawa Aisyah sudah mahu bersalin dan dibawa ke bilik bersalin

Asyraf menunggu di luar sambil menangis , Haziq yang dihubungi tadi baru tiba

"Asy , macam mana?" Tanya Haziq

"Dia masih dekat dalam" jawab Asyraf

"Asy aku tahu ni bukan  masanya tapi aku nak kau tahu juga yang aku dengan Aisy tadi cuma terserempak and aku cuma temankan Aisy sebab aku risaukan kandungan dia" terang Haziq yang duduk di sebelah Asyraf

Asyraf berasa bersalah dengan kata2 nya sebentar tadi kepada Aisyah , kalau tidak kerana stress pasti Aisyah masih belum bersalin sekarang dan semua ini berlaku kerana cemburunya

"Aku minta maaf sebab tuduh kau tadi" kata Asyraf

"Dah la , aku faham yang penting sekarang baik kau doakan keselamatan anak dan bini kau yang kat dalam tu" kata Haziq

Asyraf menekup mukanya dan dalam hati berdoa agar tuhan melindungi isteri dan anaknya

Setelah 4 jam menunggu diluar bersama Haziq akhirnya doktor keluar dan mencari Asyraf

"Ye saya , macam mana isteri dengan anak saya doktor?" Tanya Asyraf

"Alhamdulillah , isteri dan anak encik selamat cuma anak encik lahir tak cukup bulan tapi jangan risau anak encik masih dalam keadaan selamat dan sihat" kata Doktor tersebut

Asyraf mengucapkan syukur

"Kami akan pindahkan isteri encik ke wad biasa dan anak encik bolehlah di iqamatkan selepas dibersihkan nanti" kata doktor itu lagi

"Terima kasih doktor" ucap Asyraf

"Sama2" jawab Doktor itu sebelum berlalu

Setelah mengiqamatkan anak mereka , Anak mereka masih tidak boleh dikeluarkan dari pusat kuarintin kerana masih kecil

"Sayang , bangunlah anak kita sihat , comel macam sayang" kata Asyraf yang kini berada di sebelah Aisyah yang sedang terbaring dari tadi

"Abang minta maaf sebab tuduh sayang yang bukan2 , abang janji abang akan jaga hati sayang lepas ni" kata Asyraf lagi sambil cium tangan Aisyah

Ketika itu tangan Aisyah mula bergerak gerak , Asyraf dengan cepat menunggu Aisyah agar Aisyah membuka mata

"Abang...mana anak kita?" Tanya Aisyah yang cemas bila sedar perutnya telah kempis , berbagai2 benda negatif yang berlayar difikirannya

"Sayang , anak kita dah dilahirkan tadi sayang pengsan doktor terpaksa sedut anak kita sebab sayang beranak tak cukup bulan" kata Asyraf

"Ye ke , habis anak kita macam mana sihat tak?" Tanya Aisyah yang bertambah sihat

"Jangan risau abang dah tengok dah tadi , anak kita sihat dan sempurna comel aje" kata Asyraf sambil tersenyum

"Alhamdulillah" ucap Aisyah

"Sayang , abang minta maaf pasal" belum sempat Asyraf berkata lebih lanjut Aisyah memeluk tubuhnya

"Abang janji jangan abaikan saya dengan anak kita lagi" kata Aisyah yang sedang memeluk erat tubuh Asyraf

Asyraf juga membalas pelukkan Aisyah

"Abang janji" jawab Asyraf

Misi Pikat Hati SuamiWhere stories live. Discover now