BAB 8

24.6K 553 3
                                    

Hari yang sangat Aisyah takut kini telah tiba , ya hari ni dia akan bergelar isteri kepada Syafiq Asyraf Dato Omar

Aisyah yang sedang didandan oleh mak andam tempahan Datin Umairah itu kelihatan sangat gelisah

"Cik ok ? Kenapa macam gelisah je ni?" Tanya Mak andam tu

"Saya ok , saya cuma takut sikit" kata Aisyah sambil tayang senyum

"Oh...biasalah tu , tak apa doa banyak2 supaya semuanya dipermudahkan" kata mak andam itu lagi

Aisyah senyum dan pandang dirinya di cermin

"Cantik anak dara Umi ni" puji Puan Hajar yang baru masuk

Aisyah yang mendengar suara uminya itu serta merta tersenyum hilang sedikit rasa gelisah di hati tatkala melihat wajah uminya itu tersenyum gembira 

"Umi ni , biasa je la" kata Aisyah yang malu

"Dah siap ke belum ? " tanya Umi Aisyah pada mak andam itu

"Dah puan " kata Mak andam sambil membetulkan tudung Aisyah

"Kalau macam tu jomlah keluar tu pengantin lelaki dah sampai" kata Puan Hajar

Aisyah yang mendengarnya tiba2 terasa menggeletar tangannya akibat terlalu takut , gelisah dan malu

"Jom Aisyah" kata puan Hajar dan memimpin tangan anak daranya itu untuk turun

Bukannya puan Hajar tak rasa tangan anaknya itu sejuk macam baru keluar dari peti ais namun sengaja tak ditegur

"Ya allah cantiknya menantu Mama ni" puji datin Umairah yang terus menuju ke arah Aisyah

Manakala Asyaraf sudah bersedia di hadapan tok kadi

"Ni ke adik ipar Kak long?" Tanya Sara isteri kepada abang Asyraf

"Ha'ah , cantik kan" puji datin Umairah lagi

"Cantik la mama dah macam anak raja,  sara tengok" puji Sara sambil pegang wajah Aisyah yang cantik di solek

Setelah Aisyah juga bersedia maka majlis akad nikah pun berjalan dengan lancar dengan sekali nafas dan lancar sahaja aisyah sudah pun bergelar isteri kepada Asyraf

Setelah selesai membaca doa kini Asyraf yang ingin menyarungkan cincin ke jari isterinya terpegun beberapa saat melihat gadis yang bergaun pink terang dengan tudung labuh berwarna pink pudar di hadapannya ini

Segera ditepis perasaan yang mula bergetar di hati itu dan dengan laju disarung cincin ke jari manis Aisyah

Aisyah juga begitu , terasa kaku sekali saat menyentuh tangan Asyraf ketika mencium tangan itu


Pada malam itu Aisyah yang baru selesai solat isyak duduk di birai katil menunggu Asyraf untuk dibincangkan sesuatu

Tidak berapa lama kemudia  Asyraf masuk sambil membawa dua bungkusan hadiah

"Ni , mak ngah bagi untuk kau" kata Asyraf dan bagi bungkusan tadi pada Aisyah

Aisyah yang malas nak buka bungkusan tu terus meletakkannya di sebelah katil

"Saya ada benda nak bincang dengan awak" kata Aisyah

"Benda apa ? Tunggu aku mandi dululah aku nak solat" balas Asyraf dan mengambil tuala Aisyah yang baru disidai di sebelah pintu masuk tandas

"Eh tu kan tuala aku ,ni yang aku tak suka belum apa2 lagi dah nak ambik barang aku tanpa izin ish...betul la mamat ni menyakitkan hati betul" bebel Aisyah

Misi Pikat Hati SuamiWhere stories live. Discover now