BAB 26

24.1K 516 2
                                    

"Opah harap kamu jagalah isteri kamu ni baik2 , orang mengandung ni memang banyak ragam" pesan Opah kepada Asyraf yang sedang meletakkan beg di dalam bonet kereta

"Baik opah , Asyraf janji Asyraf akan jaga cucu menantu kesayangan opah ni baik2 , lagi pun kemarin doktor ada pesan jangan bagi Aisy buat kerja berat2" kata Asyraf sambil peluk bahu Aisyah

"Baguslah , dah bertolak sekarang karang sampai lewat pula lagipun kamu nak memandu ni jauh ingat ada tiga nyawa dalam kereta tu " pesan Opah lagi

"Yelah opah , opah jaga diri baik2 nanti kalau ada masa lapang lagi Ash bawa Aisy balik melawat opah" kata Asyraf

"Ye , tapi ingat tau lepas bersalin nanti Aisy kena pantang kat sini opah jaga" kata Opah

"Baik opah" jawab Aisyah sambil cium tangan opah

Selepas memeluk cium opah mereka , mereka bertolak balik ke Kuala Lumpur

"Sayang kalau nak tidur , tidurlah dulu nanti abang kejutkan" kata Asyraf sambil usap pipi Aisyah dengan tangan kirinya

"Tak apa lah saya tak ngantuk , abang..." kata Aisyah sambil panggil Asyraf dengan manja

"Ye sayang kenapa?" Tanya Asyraf sambil senyum , dia tahu pasti ada sesuatu yang Aisyah inginkan

"Saya rasa saya nak makan...ayam bakar lah" kata Aisyah sambil buat muka comel pandang Asyraf

"Ayam bakar ? Kejap abang rasa dekat erea depan sana tu ada jual ayam bakar" kata Asyraf sambil pusing stereng kereta

"Susahkan abang ke?" Tanya Aisyah

"Apa ni sayang , abang rasa seronok tahu tak sebab tak semua suami akan alami betapa bahagianya layan isteri yang mengidam ni" kata Asyraf sambil genggam tangan Aisyah

"Abang ni terharu saya" kata Aisyah sambil menangis

"La...dah nangis pula , betullah ibu mengandung ni memang sensitif kan" usik Asyraf

Aisyah tarik muka

Asyraf ketawa dan cubit pipi Aisyah yang dilihat comel

"Balik dah anak umi ni , ya allah rindu nya dekat Aisy" kata Puan Hajar

"Aisy pun rindu dekat umi , umi sihat? Abah?" Tanya Aisyah

"Umi sihat abah pun sihat , ni Aisy dengan Asyraf sihat,  cucu umi?" Tanya Puan Hajar

"Kami sihat , cucu umi pun sihat" jawab Asyraf

Puan Hajar tersenyum gembira dan dan mengusap perut anaknya yang masih kempis itu

"Aisy ada nak makan apa?" Tanya Puan Hajar

"Tak ada umi , lagipun Aisy baru makan ayam bakar tadi" kata Aisyah

"Ye ke , mengidam eh?" Usik Puan Hajar

"Ha'ah umi , kelmarin kalau umi nak tahu ada ke patut Aisy suruh Asyraf tangkap ayam kampung semata mata sebab dia mengidam nak makan ayam kampung" kata Asyraf sambil tergelak mengingati peristiwa semalam

Aisyah sudah menarik muka manakala Puan Hajar tergelak sama dengan menantu nya itu

"Abang ni jahat tau , Ish...macam tak ikhlas aje" kata Aisyah sambil tarik muka

"Tak lah abang ikhlas , ala sikit2 nak merajuk" kata Asyraf dan peluk bahu Aisyah

Puan Hajar yang melihat tersenyum gembira melihat anak dan menantunya itu hidup bahagia

"Dah2 Asyraf tu usik aje tu , jom kita makan tengah hari umi ada masak lauk kegemaran Aisy" kata Puan hajar sambil bangun dan beredar ke dapur

"Abang jaga eh , balik karang abang tidur luar" ugut Aisyah sambil berjalan mengikuti umi nya

Asyraf menarik nafas dan menekup mukanya

"Sayang..." panggil Asyraf sambil merengek

Aisyah ketawa dalam senyap ketika menolong uminya menghidang makanan di atas meja

Misi Pikat Hati SuamiWhere stories live. Discover now