BAB 27

21.7K 494 2
                                    

Aisyah menunggu kepulangan Asyraf di hadapan pagar rumah mereka sejak dari tadi lagi namun kelibat si suami masih tidak kelihatan

"Ni mesti ada urgent meeting la apa la suka sangat bagi harapan palsu" bebel  Aisyah sambil berjalan masuk dan duduk di sofa

Lauk yang dihidang di atas meja dilihat dan kemudian Aisyah mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor Asyraf

Setelah 5 minit berbunyi akhirnya Asyraf menjawab panggilan

"Sayang , kenapa ni sakit ke?" Tanya Asyraf tiba2 cemas

"Ha'ah sakit , sakit hati" marah Aisyah sambil buat muka

Asyraf di sebelah sana hanya ketawa kerana dia tahu Aisyah pasti marah kerana dia sudah lewat pulang untuk makan malam yang dijanjikan semalam

"Maaf sayang , tadi abang ada urgent meeting dengan Dato tapi tak apa abang dah on the way balik ni" kata Asyraf

"Tak apa lah abang diner ajelah dengan DATO tu" marah Aisyah sambil tekan perkataan Dato

"Sampai hati sayang , mana boleh nanti kalau abang diner dengan Dato sayang abang ni merajuk sampai tak mau makan abang juga yang susah" pujuk Asyraf dengan suara yang lembut

"Biarlah lagipun Dato kan penting , saya ni siapa aje" kata Aisyah dengan perlahan tiba2 terasa sedih

"Apa ni sayang , sayang kan isteri abang mestilah lagi istimewa dari Dato tu lagi penting dari Dato tu jangan lah cakap macam tu abang tak suka lah" kata Asyraf masih dengan suara lembutnya

"Tak apa lah macam ni sayang cakap aje apa sayang nak makan biar abang pergi beli sekarang" pujuk Asyraf lagi

Asyraf tahu isterinya yang kini sedang hamil 5 bulan anak mereka pasti merajuk tak nak bercakap dan tak nak makan bila dia balik nanti

"Tak mau apa pun" kata Aisyah sambil buat suara manja

Asyraf yang mendengar suara manja Aisyah menarik nafas dan kemudian tersenyum sendiri dengan perangai isterinya itu

"Ok2 tadi petang sayang cakap teringin nak makan burger kan nanti abang pergi beli" pujuk Asyraf lagi

"Suka hati abang lah" kata Aisyah

"Ok sayang tunggu abang balik ok , love you sayang" kata Asyraf sebelum menamatkan panggilan

"Ada aje nak pujuk tu tapi esok buat juga perangai" bebel Aisyah kemudian remote TV dicapai

Pada pukul 9.30 Asyraf sudah pulang namun Aisyah masih dengan marahnya dan tidak menyambut Asyraf di hadapan pintu seperti selalu

Asyraf yang tahu isterinya itu sedang marah dengan segera mendekati Aisyah yang sedang menonton drama di TV tanpa menghiraukan dirinya yang sudah pulang itu

"Sayang...sayang masak apa abang lapar la" kata Asyraf sambil buat suara manja

"Tak masak" jawab Aisyah dengan selamba tanpa pandang wajah Asyraf

"Tadi kata nak masak special untuk abang" kata Asyraf lagi bukan dia tak nampak lauk yang banyak atas meja makan namun sengaja ingin bertanya

"Abang kan suka makan dengan Dato jadi buat apa saya nak masak" kata Aisyah lagi

Mendengar Aisyah berkata begitu dengan pantas tubuh Aisyah dipeluk dengan erat

"Abang kan dah minta maaf , tak kan tak reda lagi marah tu" kata Asyraf sambil mencium rambut Aisyah yang berbau segar seperti selalu

"Abang lah selalu mungkir janji , janji nak balik awal tapi balik lewat juga habis nanti kalau saya dah nak terberanak ke jatuh ke abang tak ada " bebel Aisyah

"Sayang kenapa fikir sampai macam tu , hm..abang bukan mungkir janji abang dah nak balik dah tadi pukul 6 tapi tiba2 P.A abang kata abang ada meeting " terang Asyraf

"Habis kenapa tak telefon bagitahu" kata Aisyah

"Abang nak bagitahu tapi abang takut jadi macam ni lah sayang marah2 merajuk tak nak cakap dengan abang nanti abang nak meeting tapi hati ni risau dekat sayang yang tengah merajuk lepas tu nanti abang habis lewat meeting lagi sayang marah" kata Asyraf lagi

Aisyah diam dan tanpa sedar dia sudah mengalirkan air mata

"Sayang...kenapa menangis ni ,  ye abang tahu abang salah tapi jangan lah nangis sayang buat abang lagi rasa bersalah " kata Asyraf dan mendakap tubuh Aisyah dengan lebih erat

"Abang janji lepas ni abang tak mungkir janji?" Tanya Aisyah

"Ye abang janji , kalau abang ada urgent sangat pun abang akan call sayang ok?" Kata Asyraf

"Hm..ok" jawab Aisyah lalu membalas pelukkan Asyraf

"Abang...saya lapar" rengek Aisyah

"Abang pun lapar , jom kita makan abang suapkan eh" kata Asyraf

Aisyah hanya menganggukkan kepalanya lalu bangun dan mengikuti langkah Asyraf ke dapur

Misi Pikat Hati SuamiWhere stories live. Discover now