Chapter 4

9.5K 418 7
                                    

Sayangku Mrs.Yusuf

"Just be my sweetie brat , FOREVER .."

_________________________________________

Dee mengemaskan bajunya.Dia segera membetulkan kedudukan raybannya.Apabila kereta berhenti,segera dia turun menunggu Aisy.

Okey pause.

Satu point yang aku suka dengan Aisy.Dia tak macam bos lain.Nak keluar masuk kereta semuanya buat sendiri.Tak payah nak arah driver atau aku bukakan pintu untuk dia.

Okey resume.

Aisy sudah berjalan masuk ke kafe dengan briefcase di tangan.Dee mengekor dari belakang.

Dari jauh terlihat seorang lelaki berkot dalam lingkungan usia 50-an sedang melambai lambai ke arah Aisy.Terus Aisy melangkah ke arahnya.

"Assalamualaikum,Aisy."

Aisy dan lelaki tadi berjabat tangan.

"Waalaikumsalam,uncle.Lama dah ke tunggu?"

Mereka masing masing mengambil tempat duduk.

"Eh,tak adalah.Uncle baru je sampai.Lama uncle tak jumpa Aisy.Makin handsome sekarang."

Puji lelaki tadi.Aisy senyum manis.

Dee di sebelah menjeling.

Kenapa dia senyum macam tu?Ya Allah aku nak rebah!

"Sorry uncle.Sekarang Aisy busy sangat.Banyak projek nak handle."

Aisy ketawa.Fake!

"Alhamdulilah,rezeki mencurah curah.Rezeki orang muda.Hmm,tak nak kenalkan uncle dengan orang sebelah ke?"

Aisy pandang ke arah Dee yang sedang berdiri tercongok macam tugu negara di sebelahnya.Kemudian dia senyum ke arah lelaki itu.

"Ni bodyguard Aisy.Nama dia Dee."

Aisy memperkenalkan Dee kepada lelaki itu.

Tapi peliknya dia kenalkan aku sebagai Dee.Kenapa bukan Intan macam yang dia panggil aku?Haish,Encik Aisy peliklah awak ni!

"Ouh Dee.Duduklah.Uncle pun nak berkenalan dengan Dee."

Pelawa lelaki itu.Dee segera memandang ke arah Aisy.Mahu jawapan dia.Bimbang dia tak suka.Tapi melihatkan anggukan Aisy,dia melangkah ke sebelah Aisy lalu duduk.Raybannya tetap tidak ditanggalkan.

"Nama uncle,Syarif.Dee panggil Uncle Syarif jer.Dah lama kerja dengan Aisy?"

Soal Uncle Syarif.

"Dah hampir setahun."

Jawab Dee ringkas.Sebenarnya dia pun tidak percaya.Sudah hampir setahun dia bekerja dengan Aisy.Dalam tak suka dulu!

"Uish lama dah..Dee dengan Aisy sekadar bodyguard dengan bos je ke?Tak lebih daripada tu?"

Terus tercekik liur Dee.Mujur pakai rayban.Kalau tidak mesti matanya nak tercabut keluar dah.Aisy yang menyisip air terus tersedak.

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Where stories live. Discover now