Chapter 27

6.2K 282 21
                                    

Sayangku Mrs.Yusuf

Just be my sweetie brat , FOREVER ..

Di dalam kereta,Aisy hanya diam menyepi.Dee pula cuba beriak selamba meskipun hatinya diserang sejuta satu soalan dan--cemburu?

Mungkin.

Sesekali anak matanya dilarikan ke wajah Aisy,namun hampa.Wajah itu terus membeku tanpa senyuman seperti hari-hari sebelumnya.Dee ambil keputusan untuk bermain telefon saja.

Tidak lama kemudian,kereta hitam jenama Porsche Cayerne itu berhenti di sebuah hotel mewah.Tanpa berlengah,Aisy terus turun dari kereta itu.Begitu juga Daus.Lambat-lambat Dee menurut.

Mereka bertiga masuk ke dalam lobi secara beriringan.Setelah itu,Daus berjalan ke receptionist untuk menguruskan hal bilik mereka bertiga.

"Bos,dah selesai."

Ujar Daus.Aisy mengangguk.

"Okey,bring Dee to her room.Nanti kita dinner sama sama at 7 lepas aku balik.Intan,get enough rest."

Daus angguk faham.Mata Dee pula terkebil kebil mencerna arahan Aisy.

"I got to go.Daus,help her when I'm not around.Assalamualaikum."

Aisy terus berlalu meninggalkan Dee dan Daus.Mata Dee terus melekat pada bayang Aisy sebelum ia hilang dibawa kereta hitam itu.Deheman Daus membuatkan dia tersentak dari lamunan.

"Shall we?"

Dee segera angguk.Malu ditangkap mengelamun.Daus sempat senyum kecil sebelum mendahului langkah Dee ke arah lif.Punat 17 ditekan.Mereka berdua diam tidak berkutik ketika di dalam lif.Masing-masing melayan perasaan.

Ting!

Daus dan Dee melangkah keluar dari dalam lif dan terus berjalan sehingga ke hujung aras hotel sehingga mereka terjumpa tiga buah bilik yang berkembar di hujung aras yang berhampiran dengan balkoni aras tersebut.

Semestinya lebih privasi.

"Dee,this middle one is yours.Mine is on your left and bos's is on your right.Nah,the room key."

Daus menghulur satu keycard kepada Dee.Tangan putih gebu itu segera mencapai.

"Masuklah.Get your rest.Nanti lunch meals,room service sediakan.Meet you in lobby at 7."

Daus pamer senyum sebelum dia berkira kira melangkah masuk ke dalam biliknya.Namun,suara Dee mematikan langkahnya.

"Daus.Can we talk a while?"

"Nah,sure.You can have it for your whole life."

Seloroh Daus sebelum ketawa kecil.Dee ukir senyum.

Sweet talker dan lelaki sememangnya tidak dapat dipisahkan.Man always be man.

"Kat sanalah."

Dee tuding jari ke arah kerusi batu yang disediakan di balkoni aras.Daus angguk setuju.Mereka berjalan dan mengambil tempat di kerusi tersebut.

"So,nak cakap pasal apa?"

"Erm--"

Dee garu kepala yang tidak gatal.Berkerut dahinya.Hendak ditanya nampak seperti terhegeh-hegeh.Tak ditanya,hati jadi tak keruan.Daus sudah angkat sebelah kening.

"Encik Aisy pergi mana?"

Tanya Dee perlahan.Malu sekiranya dicop busy body.Telinganya menangkap tawa kecil Daus.

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Where stories live. Discover now