Chapter 49

4.6K 197 22
                                    

Sayangku Mrs.Yusuf ,

Kamu dikirim Tuhan untuk melengkapi aku .

Elyana menyapu pemerah pipi ke serata wajah.Selesai mengoles lip matte berwarna dark red ke bibirnya.Tersenyum lebar dia di hadapan cermin.

Beg tangan jenama Prada berwarna merah jambu sedondon dengan blausnya yang dipadankan dengan palazzo berwarna nude dicapai dari atas katil.Bibirnya menyanyi riang.

"Where are you going,El?"

Sapa Megat Othman ketika dia lihat anak gadis tunggalnya itu melintasi ruang tamu.Kelihatan sungguh cantik.Tiadanya suri hati membuatkan Megat Othman membesarkan puteri dan putera tunggalnya tanpa bantuan.Cukup membuatkan dia berhati-hati dalam setiap perkara.

"Ayah,El nak keluar jumpa kawan El."

Jawab Elyana ringkas.Dia menuju merapati Megat Othman yang duduk di sofa bersama adiknya,Haziq.

"Siapa?Ayah kenal?"

"Erm,kenal kut.Nama dia Aisy."

"Aisy?CEO muda Budi Emas?"

Anggukan Elyana membuatkan Haziq mencebik.Megat Othman pula tersenyum.

"Akak,jangan nak rapat dengan dia.Haz tak suka."

Matanya tertancap pada skrin telefon,bibirnya menutur penuh amaran.Muka Haziq penuh ketegasan.Elyana menayang muka jengkel.

"Why?Dia baik,akak suka berkawan dengan dia.I feel so comfortable with him."

"Akak,when I say no,it means no.Haz tau akak minat dengan dia.You are in love with him.Tapi,believe in me.Dia langsung takde perasaan apa dengan akak."

"Haz,you are too much!Don't bother with who I befriend,with who I'm in love.That's none of your bussiness!"

Elyana terus bangun meninggalkan dua  beranak itu tanpa pamitan.Matanya penuh meluap rasa amarah.Dia benci bila ada orang cuba memburukkan dan menjauhkan dia dari Aisy,lelaki yang paling dia cintai.

Pintu kereta dia hempas kuat lalu pedal minyak ditekan laju meninggalkan perkarangan rumah agam itu.Dia menuju ke restoran yang dijanjikan dengan Aisy.

Sampai saja di sana,dia terus memarkir keretanya dan menuju masuk ke dalam restoran.Dari jauh dia ternampak susuk tubuh yang segak berkemeja hitam di sudut restoran.Bibirnya menguntum senyum lebar.

"Hai,Aisy.Lama dah ke you sampai?"

"Hai,Ely.Not really.Ten minutes macam tu."

Jawab Aisy ringkas.Jus epal asam boi yang dipesan,dia sedut sedikit.Dia sudah tak betah di situ.Dia ke sini pun atas sebab Elyana yang hendak berbincang tentang tender syarikat The Gold Holding yang menjadi impian Aisy.

"Ouh,okay."

Elyana menjawab janggal.Sebenarnya dia berharap supaya Aisy menarik kerusi untuknya.Tetapi,tiada pun tanda-tanda Aisy berbuat demikian.Jadi Elyana menarik kerusi lalu duduk di hadapan lelaki itu.

"You,dah order makanan ke?Kalau belum-"

"Nah,it's okay.I sampai awal tadi,I dah makan dah.Erm,can we proceed now?I ada hal kejap lagi."

Tersentak Elyana mendengar kata-kata Aisy itu.Serta-merta air mukanya berubah.Dia terasa hati dengan tindakan Aisy.

Lelaki itu benar-benar tidak memahaminya.

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ