Chapter 30

8.3K 237 14
                                    

Sayangku Mrs.Yusuf

Just be my sweetie brat , FOREVER ..

Aisy menolak troli yang berisi bagasinya dan bagasi Dee.Meliar matanya mencari tempat duduk yang masih kosong.Sesungguhnya lapangan terbang ini semakin dilimpahi manusia.Ramai dan sesak sekali.

Selepas saja Aisy checked-in bagasi mereka,terus dia dan Dee berjalan ke restoran di dalam lapangan terbang itu.Daus setia mengekori mereka dari belakang.Akhirnya mereka memilih Arabic Cuisine sebagai makanan pilihan.

Dee sudah diarah agar duduk diam-diam.Aisy dan Daus yang pergi mengambil makanan.Tidak lama kemudian,mereka datang dengan dulang makanan.

"Nah,makan."

Aisy menolak dulang yang terisi nasi arab berlaukkan kambing.Sungguh menaikkan selera Dee.Terus kecur liurnya.

"Thanks!"

Aisy mengambil tempat duduk di sebelah Dee.Manakala Daus pula duduk berhadapan dengan Dee.Fuh,rancak.Makan sambil diapit dua jejaka kacak idaman Malaya!

Mereka bertiga menjamu selera bersama-sama.Memandangkan mereka bertiga belum bersarapan,jadi semuanya khusyuk menikmati juadah masing-masing.

"So,Daus.Kau stay ke balik Abu Dhabi?"

Soalan Aisy memecah keheningan masa makan mereka.Daus yang sudah selesai makan,menolak pinggannya ke tengah meja lalu menyisip sedikit minuman barli kegemarannya sebelum menjawab pertanyaan Aisy.

"Saya stay kut.Sebab urusan tender tu kan belum selesai.Esok atau lusa baru saya gerak balik Abu Dhabi."

Aisy angguk mendengar jawapan Daus.Sungguh dia bersyukur punya pekerja yang sangat rajin dan komited seperti Daus.Memandangkan dia masih bujang,jadi dia tidak terikat dengan sebarang komitmen melainkan kerja.

"Okay,glad to hear that.Jaga diri kau tu.Ni tempat orang."

Pesan Aisy ringkas.Dee hanya diam membisu.Masih lagi asyik dengan makanannya.

"Alaa,bos.Jangan risau.Ni tempat saya.Taulah saya nak jaga diri.Selok belok Abu Dhabi dengan Dubai tu--dalam poket saya je."

Ujar Daus riak.Aisy ketawa mendengar kata-kata Daus.Ya,dia lupa.Daus sudah mahir dengan tempat ini.Sepatutnya Daus yang berkata begitu pada dia.

"Iya,aku lupa.Kau pun dah jadi warganegara sini."

Sindir Aisy.Terburai ketawa Daus.Kalau boleh memerli.

"Amin,bos.Manalah tahu masin mulut bos,saya dapat jadi warganegara sini.Takdelah rasa diri ni macam Bangladesh kat Malaysia tu."

Kali ini mereka berdua ketawa serentak.Dee sekadar berdiam diri.Sebenarnya dia tak dengar apa pun yang mereka bualkan.

"Ouh ya,pasal tender tu.Aku dah maklumkan pada pihak sana yang kau akan menggantikan aku.So don't worry,semuanya akan okey.Once dah dapat dokumen bertulis,tolong fakskan pada aku ASAP.Kalau boleh aku nak siapakan semuanya dengan cepat dan projek boleh bermula dengan pantas."

Aisy bersuara.Daus angguk faham.Dia tahu Aisy sangat mementingkan pelabur dalam syarikat.Dia mahukan servis yang terbaik untuk pelaburnya.

"Okey,noted bos.Insha Allah,saya akan siapkan semuanya secepat mungkin.Erm,saya ingat lepas habis tender ni..Saya nak balik Malaysia.Rindu pulak dengan angin Malaysia."

Luah Daus sambil menyisip airnya.

"Why not?Kau pun dah lama merantau negara orang.Sekali sekala tukarlah angin.Aku takde masalah untuk tu.Balik jelah Malaysia bila-bila kau nak.Kau inform je kat aku,nanti aku prepare flight ticket untuk kau."

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Where stories live. Discover now